Isnin

Al Quran..Jangan diriku menjauhinya..


Kesibukan urusan hari ke hari serta kelalaianku dalam mengingati Tuhan pencipta menjauhkan aku serba sedikit dari kalamNya..Sungguh aku terasa kian jauh dari cahayaNya..Quran yang kupegang untuk dibaca kadang2 terbiar sepi tatkala urusan dunia memburu diri..Allahu Rabbi aku lalai lagi..memohon nusrahMu Ya Rabb, ku hadirkan kalam penguat semangat untuk aku terus menjunjung kalam Rabbul Izzati kerana aku adalah pemegang amanahMu..moga-moga ia menjadi syafaat buatku di akhirat kelak..bukan hadirnya sebagai azab..nauzubillah min zaalik..

*...................*

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah olehmu Al Qur'an, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa'at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)."" (HR. Muslim)

Sabtu

Tautan Ukhuwwah @ Jalinan Kemesraan


MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)