Selepas l5minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan & duduk termenung memikirkan kejadian aneh yg berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yg sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorg wanita berjalan menuju ke arah saya. 1 lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yg berjalan seorg diri di bilik mayat pada pukul 4.00. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri dihadapan saya. Dia berusia 60-an & memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia & sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 & buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yg mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat & menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kpdnya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yg berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini." kata saya utk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh & taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah pun.
Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dlm hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yg mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kpd hadis nabi bahawa barang siapa yg tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yg berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dgn warna yg hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri utk pulang.Dia berjalan dgn pantas & hilang dlm persekitaran yg gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan & menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang 2-3 tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak utk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yg diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan org tua itu datang ke hospital seorang
diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yg ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi....emaknya dah meninggal 5tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yg datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dlm erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yg Allah turunkan utk memberitahu kita apa yg sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kpd sebuah hadis nabi, yg bermaksud bahawa jika seseorg itu meninggalkan sembahyang 1 waktu dgn sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yg akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.Kalau 80,000 tahun?