Rabu

Kitab thobaqat as-Syafiiyyah

kitab thobaqat as-Syafiiyyah

Mempunyai pengetahuan tentang thobaqah ulama Syafie
adalah satu keperluan dalam pengajian ilmu fekah mazhab Syafie. Imam Nawawi dilihat sebagai sangat teliti dalam perkara ini. Beliau juga ada menulis kitab dalam bidang ini yang ia merupakan ringkasan dari kitab thobaaqah oleh Ibnu Solah.

Disini saya suka mencadangkan sebuah kitab yang amat bermanfaat dalam bidang ini iaitu 'TAHZIB AL-ASMA WAL LUGHAT' karangan Imam An-Nawawi .

Apa yang saya perhatikan ialah Imam Nawawi apabila membawa tarjamah bagi seseorang alim dari kalangan ulama Syafie beliau akan menerangkan kedudukan ulama tersebut didalam mazhab dari segi fatwa dan menjelaskan juga sebahagian fatwa khusus ulama tersebut dan sekiranya mereka mempunyai pendapat syaz maka akan dinyatakan juga supaya ia ditinggalkan dan tidak diberi fatwa dengannya.

Cetakan yang bagus ialah yang di tahkik oleh Sheikh Abduh ِAli Kosyak
[27/07, 11:21 PM] m: Lagi perkongsian Thobaqah as-Syafiiyyah
Faedah yang mula sekali saya dengar dari Ustaz Zaidi Abdullah (Pengkaji sanad Nusantara) bahawa Sheikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi ada menyebut pembahagian ulama Syafiiyyah kepada empat
1- Yamaniyyun
2- Misriyyun
3-Iroqiyyun
4- Khurosaniyyun
Faedah ini beliau sebut dalam kitabnya السقاية المرضية بأسامي الكتب الفقهية لأصحابنا الشافعية
(Para asatizah yang mempunyai tambahan rujukan tentang empat pembahagian ini boleh kongsi
Link PDF https://ia601308.us.archive.org/…/siq…/siqayathulmarliya.pdf