Khamis

Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.

Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.


Begini kisah Adi: "Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.