Isnin

Petua besi

Petua besi

Ada beberapa petua besi yang sentiasa digunapakai oleh ambo dalam perubatan untuk memulihkan penyakit

1. Sekeping besi atau logam (biasa ambo guna duit syiling 50 sen) untuk memindahkan angin/penyakit/tenaga negatif pesakit yang diurut.

2. Pisau atau senjata tajam panjang sejengkal untuk memindahkan sakit-sakit berat seperti barah, busung atau santau yang berat.

3. Mata kapak lama yang bekas digunapakai untuk kerja digunakan untuk memutuskan sihir pengikat nafsu. Petuanya, mata kapak tadi dibakar sehingga berbara kemudian pesakit kencing di atasnya. Wap panas yang terhasil dibiarkan kena pada badan pesakit.

4. Mata golok atau parang yang tajam digunakan untuk celup di dalam air bagi menawarkan sakit-sakit yang bersifat panas seperti demam panas atau bengkak.

5. Keris atau badik yang pernah merasai darah manusia boleh dijadikan penawar kepada sakit kulit dengan merendamkannya ke dalam air.

6. Besi pencolek kapur boleh digunakan untuk mematikan jin dalam badan dengan menekan ke tempat duduk jin tersebut.

7. Besi 7 pa (parang, pasak, pahat, pagar, pahar, payung, paku) yang digabungkan mengikut petua tertentu baik untuk menakutkan jin dan juga mempunyai lain-lain khasiat apatah lagi jika bahan tadi adalah patah secara semula jadi.

Sudah tentulah keris, badik serta senjata-senjata Melayu itu juga dibuat bukan sahaja untuk berperang bahkan mengikut petua-petua dalam memperelok setiap bidang kehidupan masyarakat melayu itu sendiri.