Jumaat

Huruf dalam Alquran

Huruf dalam Alquran

Sejak 1200 tahun silam, ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis, IMAM SYAFI'I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURĀN secara detail dan tepat.

Imam Syafi’i dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur'an disusun sesuai dgn banyaknya:

o ا Alif  : 48740 huruf,
o ل Lam : 33922 huruf,
o م Mim : 28922 huruf,
o ح Ha ’ : 26925 huruf,
o ي Ya’ : 25717 huruf,
o و Waw : 25506 huruf,
o ن Nun : 17000 huruf,
o لا Lam alif : 14707 huruf,
o ب Ba ’ : 11420 huruf,
o ث Tsa’ : 10480 huruf,
o ف Fa’ : 9813 huruf,
o ع ‘Ain : 9470 huruf,
o ق Qaf : 8099 huruf,
o ك Kaf : 8022 huruf,
o د Dal : 5998 huruf,
o س Sin : 5799 huruf,
o ذ Dzal : 4934 huruf,
o ه Ha : 4138 huruf,
o ج Jim : 3322 huruf,
o ص Shad : 2780 huruf,
o ر Ra ’ : 2206 huruf,
o ش Syin : 2115 huruf,
o ض Dhadl : 1822 huruf,
o ز Zai : 1680 huruf,
o خ Kha ’ : 1503 huruf,
o ت Ta’ : 1404 huruf,
o غ Ghain : 1229 huruf,
o ط Tha’ : 1204 huruf dan terakhir
o ظ Dza’ : 842 huruf.

Jumlah semua huruf dalam al-Quran sebanyak 1⃣.0⃣2⃣7⃣.0⃣0⃣0⃣  (satu juta dua puluh tujuh ribu).

Setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

🔭Jika 1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan. 

Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca al-Quran dan memahami maknanya ✍🍂🍃

Wallahuaklam..

Ahad

TUAN GURU HAJI ISMAIL BIN HAJI SALLEH AL KELANTANI AL MAKKI AL MAGHRIBI AL AZHARI

TUAN GURU HAJI ISMAIL BIN HAJI SALLEH AL KELANTANI AL MAKKI AL MAGHRIBI AL AZHARI

>Di lahirkan di Pasir Mas Kelantan pada tarikh 09 Mei 1941 atau tahun 1944

>PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN:-
•Belajar al-Qur`an kepada Tuan Guru Abdul Ghani bin Awang kecil sehingga khatam

>Pada Tahun 1950 - 1961:
•Belajar di Madrasah Nahdhatul Ulama yang telah didirikan oleh Ustaz Haji Ghazali Lubis Al-Mandili al-Kelantani selama 10 tahun
•Belajar di Madrasah Al-Ihsaniyah yang telah didirikan oleh Syeikh Sulaiman Al-Serami Al-Kelantani sambil mengajar di madrasah ini.

>Pada tahun 1962
•Beliau melanjutkan pelajaran Madrasah Dar Al-Ulum Al-Diniyyah Makkah, ketika itu beliau memasuki Peringkat Aliah pada kelasa satu.

>Pada tahun 1963
•Beliau pindah ke Madrasah Al-Saulatiyah, dan masuk terus ke Peringkat Akhir Aliyah sehingga pada tahun 1964 beliau telah menyelesaikan pembelajarannya di Saulatiyah.

>Pada tahun 1964
•Beliau kembali masuk ke Madrasah Dar Ulum dan terus masuk ke kelasa dua Aliyah dan berasil meraih Syahadah Aliyah Dar Ulum pada tahun 1965
•Kemudian beliau mengaji ke rumah-rumah ulama Makkah dan Masjid Haram Al-Makki.

GURU-GURU DI MAKKAH

>Diantara guru-guru beliau di Makkah adalah:-
•Syeikh Abdul Qadir bin Tolib Al-Mandili
•Syeikh Hasan Al-Masyath Al-Maliki
•Syeikh Al-Arabi At-Tabbani
•Syeikh Daud bin Sulaiman Al-Fathoni
•Syeikh Alawi bin Abbas Al-Maliki
•Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani
•Syeikh Abdul Karim Al-Banjari

PENGAJIAN KE MAROKO

>Pada tahun 1969
•Beliau berhijrah ke Maroko, kemudian masuk ke Universiti Al-Qarawiyyin selama empat tahun, sehingga mendapat Syahadah Lisence dari Syari`ah Islamiyah.
•Belajar di Dar Hadis Al-Hasaniyah selama setahun.

PENGAJIAN KE MESIR

>Pada tahun 1981
•Beliau kembali ke tanah kelahirannya Kelantan

>Pada tahun 1982
•Beliau berangkat ke Mesir dan menyambung pengajiannya ke Universiti Al-Azhar Syarif dan berhasil mendapat Lisence dari Fakulti Syari`ah Islamiyah.

>Pada tahun 1985
•Beliau kembali ke Malaysia dan mengajar di masjid-masjid sehingga pada akhirnya beliau di tetapkan sebagai guru Pondok Moden pada tahun 2000 oleh Mufti Kelantan, sehingga wafatnya beliau.

>Beliau meninggal dunia pada tarikh 11 september 2015.

Rabu

JANGAN ROSAKKAN LAFAZ INSYA-ALLAH

JANGAN ROSAKKAN LAFAZ INSYA-ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Saya tak mahu INSYA-ALLAH! Saya nak betul-betul punya janji.” Arniza tergamam apabila seorang Cina (Belum Islam) menegaskan pendiriannya tentang lafaz Insya-Allah yang baru diucapnya sebagai tanda janji bakal dikota.

Pada situasi lain, seorang Datuk berpesan pada cucu kesayangannya: “Nanti untuk peperiksaan akhir, Atuk mahu kamu belajar sungguh-sungguh biar berjaya dengan cemerlang.”

Si cucu yang “BELAJAR DI SEKOLAH AGAMA” pun menjawab: “Insya-Allah Atuk!”

Atuknya yang “SUDAH LAMA TERBUDAYA DENGAN ADAT MELAYU” segera menyanggah: “Atuk tak mahu Insya-Allah! Atuk nak betul-betul punya study.”

Si cucu tergamam tak terkata sambil menggaru-garu kepalanya. Tingkah datuknya sangat berbeza dengan apa yang dipelajarinya di sekolah agama.

Itulah antara beberapa situasi atau dilemma yang biasa dialami oleh Muslim Melayu di Malaysia. Lafaz Insya-Allah adalah lafaz mulia yang menunjukkan pengucapnya berazam penuh melaksanakan apa yang dijanji. Sepatutnya lafaz Insya-Allah yang bermaksud “IA AKAN BERLAKU HANYA DENGAN IZIN ALLAH” adalah lafaz Tawhid yang tidak boleh dipermainkan. Tiada sesuatu apa pun akan terjadi tanpa izin Allah selaku Tuhan Semesta Alam. Malangnya sikap mungkir sesetengah Melayu Muslim di Malaysia yang berlapikkan lafaz Insya-Allah mengakibatkan lafaz mulia ini menjadi lambang ketidakpastian atau lesen rasmi untuk mungkir janji.

Wahyu kepada Rasulullah SAW pernah terputus selama beberapa ketika kerana baginda lupa menyebut Insya-Allah dalam satu peristiwa. Berikutan itu, Allah mengingatkan baginda dan semua Muslim agar menyebut Insya-Allah:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا (23) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (24)

Ertinya: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini" (al-Kahf[18:23-24]).

A-Quran merekodkan bahawa lafaz Insya-Allah biasa bermain di bibir para nabi. Lihat apa kata nabi Yusuf AS kepada bapanya setelah mereka kembali bersatu:

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَى يُوسُفَ آَوَى إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آَمِنِينَ

Ertinya: Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman (Yusuf[12:99]).

Nabi Musa AS juga berjanji untuk sabar (dalam memenuhi syarat berguru yang diletakkan Khidir) dengan lafaz Insya-Allah:

قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (66) قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (67) وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (68) قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (69)

Ertinya: Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" Dia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.  Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu" (al-Kahf[18:66-69]).

Lelaki tua di Madyan yang meminang nabi Musa AS untuk anak perempuannya turut mengikat tawaran pilihan mahar kepada Musa dengan lafaz yang sama:

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِنْدِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Ertinya: Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya" (al-Qasas[28:27]).

Nabi Ismail AS turut menyebut Insya-Allah ketika akur menuruti arahan Allah yang mengarahkan nabi Ibrahim AS menyembelihnya:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Ertinya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" (al-Saffat[37:102]).

Lafaz Insya-Allah memang sangat pendek, namun impaknya sangat besar. Lihat sahaja bagaimana Allah memusnahkan sebuah kebun hanya dalam satu malam sahaja sebagai teguran kepada pemiliknya yang yakin mampu memetik hasilnya pada hari yang ditetapkan tanpa menyebut Insya Allah:

إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ (17) وَلَا يَسْتَثْنُونَ (18) فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ (19) فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (20)

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; - Sedang mereka tidak menyebut pengecualian (Insya-Allah atau melainkan jika diizinkan Allah). (Akibat kesombongan tidak menyebut Insya-Allah) Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur. Lalu jadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya (al-Qalam [68:17-20]).

Marilah kita menjaga hak Allah dalam lafaz Insya-Allah. Lafaz Insya-Allah wajib beriring usaha dan keazaman yang penuh mahu mengotakan janji yang dibuat. Selepas ini jika benar berazam mahu melaksanakan sesuatu janji, ucapkan dengan penuh keazaman lafaz Insya-Allah. Jika masih ragu tidak mampu melaksanakan apa yang dijanji, ucaplah “SAYA TAK JANJI, TENGOKLAH DAHULU.” Jangan rosakkan lafaz mulia ini dengan tabiat buruk kita.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Isnin

Petua besi

Petua besi

Ada beberapa petua besi yang sentiasa digunapakai oleh ambo dalam perubatan untuk memulihkan penyakit

1. Sekeping besi atau logam (biasa ambo guna duit syiling 50 sen) untuk memindahkan angin/penyakit/tenaga negatif pesakit yang diurut.

2. Pisau atau senjata tajam panjang sejengkal untuk memindahkan sakit-sakit berat seperti barah, busung atau santau yang berat.

3. Mata kapak lama yang bekas digunapakai untuk kerja digunakan untuk memutuskan sihir pengikat nafsu. Petuanya, mata kapak tadi dibakar sehingga berbara kemudian pesakit kencing di atasnya. Wap panas yang terhasil dibiarkan kena pada badan pesakit.

4. Mata golok atau parang yang tajam digunakan untuk celup di dalam air bagi menawarkan sakit-sakit yang bersifat panas seperti demam panas atau bengkak.

5. Keris atau badik yang pernah merasai darah manusia boleh dijadikan penawar kepada sakit kulit dengan merendamkannya ke dalam air.

6. Besi pencolek kapur boleh digunakan untuk mematikan jin dalam badan dengan menekan ke tempat duduk jin tersebut.

7. Besi 7 pa (parang, pasak, pahat, pagar, pahar, payung, paku) yang digabungkan mengikut petua tertentu baik untuk menakutkan jin dan juga mempunyai lain-lain khasiat apatah lagi jika bahan tadi adalah patah secara semula jadi.

Sudah tentulah keris, badik serta senjata-senjata Melayu itu juga dibuat bukan sahaja untuk berperang bahkan mengikut petua-petua dalam memperelok setiap bidang kehidupan masyarakat melayu itu sendiri.

Khamis

KHAMIS 19hb April/03

As Salam pagi KHAMIS 19hb April/03 Syaaban 1439h yang *BAIK*..😊                                                                         Ajar diri buat baik, walaupun belum baik..Jangan tunggu baik baru nak buat baik, sebab kita tak akan pernah cukup baik..💗🕋

Selasa

JAWAPAN kepada soalan Wahabi iaitu Cikgu Hairi Nonchi.

JAWAPAN kepada soalan Wahabi iaitu Cikgu Hairi Nonchi.


##baca gambar dibawah sekali##

1) Adakah umat Islam mengadakan kenduri Arwah kepada Nabi Muhammad s.a.w?

Jawapannya:
Tiada seorang pun yang mengadakan kenduri arwah atau majlis tahlilan kepada Baginda s.a.w kerana Rasulullah s.a.w adalah MAKSUM dan telah dijamin Syurga.

》Majlis Tahlilan bertujuan untuk keluarga si mati sedekahkan makanan kepada keluarga jauh dan jiran tetangga yang mana sedekah itu diniatkan pahalanya kepada si mati. Dan hadirin berzikir, membaca Al-Quran, berdoa agar pahala disedekahkan kepada si mati.

عن عمرو بن عبسة قال اتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلت: يا رسول الله ما الاسلام؟ قال طيب الكلام واطعام الطعام
"Dari Amru bin Abasah berkata: Aku mendatangi Rasulullah s.a.w lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w, apakah Islam? Baginda s.a.w berkata: Perkataan yang baik dan menjamu makanan" (Hr. Ahmad)

》Jika ada yang mempertikaikan hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, mari kita lihat hadis Muslim:

عن عبد الله بن عمرو ان رجلا سال رسول الله صلى الله عليه وسلم اي الاسلام خير؟ قال "تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف"
"Dari Abdullah bin Amru berkata, telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shalallah alaihi wasallam, bagaimana Islam yang terbaik? Baginda s.a.w bersabda, yang menjamu makanan dan menyebarkan salam kepada yang kamu kenali atau kepada orang yang tidak kamu kenali" (Hr. Muslim, no.39)

》Mengenai persoalan sampai atau tidak kiriman pahala kepada si mati, ia telah dijawab bahawa pahala sampai kepada si mati oleh:
1) Imam Nawawi melalui kitab Fatawa Nawawi
2) Imam Ibnu Hajar Al-Haitami melalui kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiah Al-Kubra, j.2, ms.30-31.
3) Ibnu Qayyim melalui kitab Al-Ruh, ms.143.
4) Ibnu Taimiyyah melalui kitab Hukm Al-Syar'iyyah Al-Islamiyyah fi Ma'tam Al-Arbain, ms.36
Dan lain-lain.

》Imam Suyuthi telah menyatakan boleh diadakan jamuan makan sebagai sedekah kepada si mati selama 7 hari atau 40 hari:

"Sesungguhnya At-Thowus berkata: Seorang yang mati akan beroleh ujian dari Allah dalam kuburnya selama 7 hari"
Untuk itu, sebaiknya mereka (yang masih hidup) mengadakan jamuan makan (sebagai sedekah) untuk si mati selama hari-hari tersebut."
Sahabat Ubaid bin Umair berkata: "Seorang mukmin dan munafiq sama-sama akan mengalami ujian dalam kubur. Bagi seorang mukmin akan beroleh ujian selama 7 hari, sedangkan seorang munafiq selama 40 hari di waktu pagi"
(Rujuklah kitab al-Hawi, Imam Suyuthi, j.2, ms. 178)

》Selain itu, Imam Suyuthi telah bersaksi bahawa:

"Sesungguhnya sunatnya bersedekah memberi makan selama 7 hari telah sampai kepadaku, ia berterusan hingga sekarang di Mekkah dan Madinah. Secara zahirnya ia tidak ditinggalkan (daripada diamalkannya) dari masa sahabat sehingga sekarang dan mereka melakukannya sebagai tradisi diambil dari ulama Salaf sejak generasi pertama"
(Rujuklah kitab al-Hawi, Imam Suyuthi, j.2, ms. 194)

》Kelihatannya, persaksian Imam Syuthi yang hidup sepanjang tahun 849-911H ada benarnya juga kerana telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Asakir:

"Beliau telah mendengar Al-Syeikh Al-Faqih Abu Al-Fath Nashrullah bin Muhammad bin Abd Al-Qawi Al-Masyisyi berkata: Telah wafat Al-Syeikh Nashr bin Ibrahim Al- Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyiq. Kami telah berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca Al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.
(Rujuklah Tabyin Kazb Al-Muftari fi Ma Nusiba ila Al-Imam Abi Al-Hasan al-Asy'ari)
* Hal ini berlaku pada tahun 490H.

》Dan juga dibuktikan oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani:
"Ahmad Ibn Muni' melaporkan di dalam Musnadnya daripada Al-Ahnaf Ibnu Qais berkata: Apabila Saidina Umar r.a telah ditikam (dibunuh) beliau telah memerintahkan Suhaib untuk mengerjakan sembahyang dengan orang ramai selama 3 hari dan beliau menyuruh agar disedikan makanan kepada orang ramai." Kata Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Isnadnya adalah hasan.
(Rujuklah Al-Mathalib Al-Aliyyah, j.1, ms.199, hadis no. 709)
* Hal ini berlaku sekitar tahun 23H.

》Dan juga, terdapat hadith dalam Sunan Abu Daud yang menyatakan selepas mengebumian jenazah, Rasulullah menerima jemputan ke rumah untuk makan. Menurut syarah Sunan Abu Daud:
(داعى امراة)...وفى المشكاة، داعي امرأته بالاضافة الى الضمير. فال القاري: أي زوجة المتوفي
(Da'i Imra'ah)... dan di dalam kitab al-Misykat digunakan 'da'i imra'atihi' yang disandarkan kepada dhamir (iaitu 'nya'). Al-Qari berkata: iaitu ISTERI SI MATI.
(Rujuklah 'Aun Al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud)
* Hal ini menunjukkan ahli keluarga si mati menjemput nabi s.a.w makan seperti yang telah disimpulkan oleh Syeikh Ibrahim Al-Halabi:
"Hadith ini menunjukkan atas bolehnya ahli keluarga mayat menyediakan makanan dan menjemput orang lain untuk makan. Jika makanan itu diberikan kepada fakir miskin adalah baik. Melainkan (iaitu tidak boleh berbuat demikian) jika salah seorang dari ahli waris ada yang masih kecil makan tidak boleh diambol dari harta ahli waris si mati"
(Rujuklah Al-Bariqah Al-Muhammadiyyah, j.3, ms.235 dan Al-Masail Al-Muntakhabah,ms.49)
* Hal ini berlaku pada zaman Nabi s.a.w.
= = = = = = = = = = = =

2. Siapa pula yang memimpin majlis tahlilan ketika Imam Syafie wafat?

Jawapannya:
Ia adalah seorang wali (penguasa) yang bernama Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam.

Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam adalah seseorang yang diwasiatkan oleh Imam Syafie, apabila beliau wafat agar dimandikan dan diurus oleh Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam, dari kerja-kerja  memandikan, memimpin solat jenazah, menguburkan, mendoakan serta mengadakan majlis tahlilan bersama jamaah yang lain yang hadir saat Imam Syafi’i wafat.

Imam Syafie wafat pada malam Jumaat pada waktu subuh pada hari terakhir bulan Rejab tahun 204 Hijriyyah atau tahun 809 Masihi pada usia 52 tahun.

Jenazah kemudian dibawa, sampai ke tanah anak-anak Ibnu Abdi al-Hakam, disanalah ia dikuburkan, yang kemudian terkenal dengan Turbah asy-Syafie sampai hari ini, dan disana pula dibangun sebuan masjid yang diberi nama Masjid asy-Syafie. Penduduk Mesir terus menerus menziarahi makam sang Imam sampai 40 hari 40 malam, setiap penziarah tak mudah dapat sampai ke makamnya kerana banyaknya penziarah. (Sila rujuk kitab tarikh atau Manaqib Imam Syafie)

》Persoalan mengenai pendirian Imam Syafie:
Imam Al-Hasan bin Muhammad Az-Za'farani berkata: "Saya pernah bertanya kepada Imam Syafie mengenai bacaan Al-Quran di kubur. Ternyata beliau itu (Imam Syafie) membolehkannya".

》Hal ini dikukuhkan lagi apabila Imam Syafie sendiri pernah menziarahi makam Imam Laith bin Sa'ad, kemudian beliau membaca Al-Quran.
وقد تواتر ان الشافعي زار الليث بن سعد واثنى خيرا وقرأ عنده ختمة وقال: ارجوا ان تدوم فكان الامر كذلك
"Dan telah mutawatir (masyhur) riwayat bahawa Imam Syafie telag menziarahi makam Imam Laith bin Sa'ad. Beliau memujinya dan membaca Al-Quran di sisi kuburnya dengan sekali khatam. Imam Syafie berkata: Aku mengharapkan agar ia (amalan membaca Al-Quran seperti di sisi makan Imam Laith) akan berterusan, maka begitulah seperti apa yang dikatakan (didoakan) oleh Imam Syafie"
(Rujuklah kitab az-Zakhirah Ath-Thaminah, ms.64)

》Bagaimana pula dengan perkataan Imam Syafie:
وأكره المأتم وهي جماعة وان لم يكن لهم بكاء فان ذلك يحدد الحزن ويكلف المؤنة
"Dan aku membenci ma'tam iaitu adanya perkumpulan walaupun tidaklah berlaku pada mereka perbuatan menangir kerana perbuatan itu akan mengembalikan kesedihan dan menambahkan bebanan." (Al-Umm, j.1, ms.318)
* Segelintir orang jahil bertopengkan 'ustaz' telah menyangka Majlis Ma'tam yang dibenci oleh Imam Syafie adalah sama dengan Majlis Tahlilan. Sedangkan "ma'tam ialah perkumpulan orang yang kebiasaannya akan bertambahlah kesedihan dalam perkumpulan mereka." (Rujuklah Al-Munjid, ms.2)
* Maka, illah larangan ma'tam ialah kerana ia termasuk dalam 'niyahah' iaitu meratap pemergian si mati. Hal ini dilarang dalam agama kerana Nabi s.a.w bersabda:
الميت يعذب ببكاء الحي عليه او ببكاء اهله عليه
"Mayat akan diazab kerana tangisan rantapan orang hidup ke atasnya atau tangisan rantapan keluarganya" (HR. Muslim)
* Konsep yang berbeza pada majlis tahlilan, kerana ia bukan majlis meratap dan bersedih. Melainkan sebagai suatu usaha keluarga si mati untuk mengirimkan pahala kepada si mati dengan pelbagai amalan kebaikan.

》Begitu juga seperti larangan kenduri wahsyah yang diterangkan dalam kitab-kitab fiqh yang lain, larangan tersebut berserta dengan illah yang berbeza. Sebab itulah, urusan menentukan hukum diberikan kepada alim ulama bukannya kepada cikgu geografi.

》Bagaimana pula, dengan pendapat Imam Syafie mengenai mengirim pahala bacaan Al-Quran?
* Imam Nawawi telah menyatakan mengirim pahala doa dan sedekah adalah sampai dengan IJMAK ULAMA.
يصله ثواب الدعاء وثواب الصدقة بالاجماع
(Rujuklah Fatawa Imam Nawawi, ms.146)
* Ini bermakna, usaha keluarga mengirim pahala sedekah makanan dalam majlis tahlilan itu SAMPAI kepada si mati dengan ijmak ulama.

》Namun, yang menjadi khilaf ialah 0ahala bacaam Al-Quran. Menurut Imam Nawawi, ia sampai. Dan menurut Syeikhul Islam Zakaria Al-Anshari:
ان مشهور المذهب اي فى تلاوة القران محمول على ما اذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو الثواب له او نواه ولم يدع
"Sesungguhnya pendapat masyhur dalam mazhab Syafie mengenai bacaan Al-Quran  (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah apabila dibaca tidak dilakukan ketika mayat berada dihadapan pembaca, dan jika tidak diniatkan hadiah pahala kepadanya atau diniatkan pahala bacaan kepadanya tetapi tidak membaca doa sesudah bacaan Al-Quran tersebut."
(Rujuklah Hukm Asy-Syar'iyyah Al-Islamiah fil Ma'tam Al-Arbain, ms.43)

* Maka, beginilah kesimpulan ulama bermazhab Syafie simpulkan setiap perbuatan, ijtihad dan wasiat Imam Syafie. Kerana mereka lebih memahami fiqh dalam mazhab berbanding cikgu geografi.

☆ Penulis kitab Al-Hawi iaitu Imam Suyuthi & penulis kitab Hukm Asy-Sya'iyyah Al-Islamiah fil Ma'tam Al-Arbain ialah Syeikh Hasanain Makhluf, kedua-duanya tinggal di Mesir. Mereka menyokong majlis tahlilan dengan pelbagai hujjah yang dinyatakan dalam kitab mereka tersebut.
SOALNYA, bilakah amalan hindu bertapak di Mesir?

"Jadilah seperti ulama bermazhab Syafie,
Jangan jadi seperti cikgu Geografie."

PERINGATAN:
Tulisan ini sebagai merealisasikan kaedah ASWJ iaitu "Kamu Serang Kami Terang". Bukan kerana mahu menuntut duit daripada Wahabi. =)

Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)

Rabu

Sideburn' ditakrifkan di dalam kitab fiqh

Sideburn' ditakrifkan di dalam kitab fiqh sebagai:
1) 'الشعر النابت المحاذي للأذن بين الصدغ والعارض   (al-Iqna: 1: 129) maknanya 'bulu yang tumbuh, yang berada setentang dengan telinga, dan berada antara bulu pelipis dan jambang.'
2)  'وهو أول ما ينبت للأمرد غالباً' (al-Iqna': 1:129) maknanya 'ia secara kebiasaannya bulu yang mula-mula tumbuh bagi amrad.'

Hukum Membasuhnya Ketika Wuduk:
1) Hukum membasuhnya ketika berwuduk adalah wajib seperti yang disebut di dalam al-Minhaj,
      "ويجب غسل كل هدب وحاجب وعذار." Maknanya wajib membasuh setiap daripada bulu mata, bulu kening dan 'sideburn'.
2) Ulama asy-Syafiiyyah bersepakat bahawa wajib membasuh zahir dan batin 'sideburn' ketika wuduk sama ada ia tebal atau nipis selagi ia berada di dalam had muka.
'فيجب غسل ظاهر هذه الشعور وباطنها مع البشرة تحتها وإن كثفت' (ar-Raudhah: 1: 162)
3) Terdapat pendapat syaz bahawa tidak wajib membasuh bahagian kulit tempat tumbuh bulu-bulu tersebut sekiranya ia lebat. (ar-Raudhah: 1: 162)
4) Adapun sekiranya 'sideburn' keluar dari had muka maka terdapat dua qaul Imam dalam masalah ini. Qaul pertama wajib membasuh kesemuanya sekiranya ia nipis dan zahir sahaja sekiranya ia tebal. Pendapat ini adalah 'الأظهر'. 
(ar-Raudhah: 1:163)
Qaul yang kedua tidak wajib membasuh bulu yang keluar dari had muka (di antaranya 'sideburn' ).
5) Hukum ini sama di antara lelaki dan wanita kerana semua hukum syarak asalnya sama taklifnya di antara lelaki dan wanita selagi tiada dalil yang menyatakan perbezaan dan 'sideburn' adalah bulu yang biasa tumbuh pada lelaki dan wanita.
6) Apakah yang dimaksudkan dengan bulu yang keluar dari muka? Terdapat perbezaan ulama ketika meletakkan dabit bagi masalah ini.
Pertama 'بأن كان لو مد خرج بالمد عن جهة نزوله' (Tuhfat ul-Muhtaj: 1:205) maknanya iaitu bulu yang kalaulah ditarik dari arah turunnya maka dia akan terkeluar dari had muka.
Zahirnya Syeikh Ibn Hajar mentarjihkan dabit ini.
Kedua 'بأن يخرج عن تدويره بأن طال على خلاف الغالب' maknanya iaitu bulu itu keluar dari had bulatan iaitu ia panjang berbeza dengan kebiasaan.
Ketiga 'أن يلتوي بنفسه إلى غير جهة استرساله كأن يلتوي شعر الذقن إلى الشفة أو الى الحل maknanya bahawa membengkok bulu itu dengan sendiri tetapi bukan kearah menjulurnya ia seperti bulu dagu membengkok ke arah bibir
7) Kesimpulannya 'sideburn' wanita wajib dibasuh zahir dan batin samaada ia tebal atau nipis sekiranya ia masih dalam lingkungan bulatan muka dan sekiranya ia telah terkeluar dari bulatan muka maka wajib membasuh zahir dan batin juga sekiranya ia nipis dan sekiranya ia tebal maka wajib membasuh zahir sahaja.
Menurut satu riwayat dari Imam Shafie tidak wajib membasuh mana mana bulu yang telah terkeluar dari bulatan muka .
8- Khilaf dalam masaalah ini ialah pada martabat azhar
9-Peringatan , perbincangan ini iaah seputar sideburn yang takrifnya telah dinyatakan diatas dan ia juga ditakrifkan sebagai bulu yang tumbuh diatas tulang yang timbul bertentangan telinga
10- Adapun bulu yang tumbuh di

موضع التحذيف
الصدغ
Maka ia tidak wajib dibasuh

Ahad

100 DOA NABI SAW

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين.

100 DOA NABI SAW

1- Doa Kebaikan Dunia & Akhirat:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ[1]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami daripada azab apai neraka.

2- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. اللَّهُمَّ اغْسِلْ قَلْبِي بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّ قَلْبِي مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ[2].
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon denganMu daripada fitnah neraka, azab neraka, fitnah kubur, azab kubur, kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjah. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji, air sejuk dan bersihkanlah hatiku daripada kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran, jauhkanlah diantaraku dan kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, daku berlindung denganMu daripada kemalasan,

3- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ[3]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kelemahan, kemalasan, berpenyakit ketika tua dan kebakhilan. Dan daku berlindung denganMu daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian.

4- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ[4]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menanggung bala yang berat, sangat sangsara, takdir buruk dan merasa selesa terhadap musuh-musuh.

5- Doa
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.[5]
Maksudnya:
Ya Allah, perelokkanlah agamaku yang ianya pengawal urusan, perelokkanlah duniaku yang daku hidup padanya, perelokkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikanlah dunia ini sebagai tambahan bagiku terhadap semua perkara kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada semua kejahatan.

6-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى[6]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu hidayah, ketaqwaan, kehormatan dan kekayaan.

7- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا[7]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada lemah, malas, pengecut, kedekut, terlalu tua dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan pada jiwaku, bersihkanlah ia kerana Engkaulah yang sebaik-baik membersihkannya, Engkaulah pemilik dan tuan kepadanya. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas dan doa yang tidak mustajab.

8- Doa
اللَّهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ[8]
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku hidayah dan keteguhan. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu hidayah dan keteguhan.

9- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ[9].
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat, berubah kesihatan, kecelakaan secara tiba-tiba dan kesemua kemurkaanMu.

10- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ[10]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan yang daku lakukan dan daripada kejahatan yang tidak daku lakukan.

11- Doa
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padaku.

Doa ini Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) doakan untuk Anas bin Malik:
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ[11]
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah dia harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padanya.

12- Doa ketika kesedihan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ[12]
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Agong, Yang Maha Sopan. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan arasy yang agong. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan arasy yang mulia.

13- Doa ketika menghadapi masalah
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ[13]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata

14- Doa
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ[14]
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.

Lafaz doa Zannun (Nabi Yunus AS.) ketika baginda dalam perut ikan paus iaitu:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Maksudnya:
(Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.) Ianya tidak didoakan oleh seorang Muslim dalam apa jua keadaan melainkan pasti dimustajabkan oleh Allah kepadanya.

15- Doa menghilangkan kedukaan.
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي[15]
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya daku adalah hambaMu anak kepada hambaMu anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadap daku. Daku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu atau Engkau telah turunkan dalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku

16- Doa keteguhan hati
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ[16]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai yang membolak-balikkan hati, juruskanlah hati kami kepada ketaatanMu.

17- Doa keteguhan hati
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ[17]
Maksudnya:
Wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkankanlah hatiku dalam agamaMu.

18- Doa agar afiat.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ[18]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan akhirat.

19- Doa
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ[19]
Maksudnya:
Ya Allah, baikkanlah semua kesudahan urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan akhirat.

20- Doa
رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ، وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ، وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ عَلَيَّ، وَاهْدِنِي وَيَسِّرْ الْهُدَى إِلَيَّ، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ، رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا، لَكَ ذَكَّارًا، لَكَ رَهَّابًا، لَكَ مِطْوَاعًا، إِلَيْكَ مُخْبِتًا، لَكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي وَأَجِبْ دَعْوَتِي وَثَبِّتْ حُجَّتِي وَاهْدِ قَلْبِي وَسَدِّدْ لِسَانِي وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي[20]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, bantulah daku dan janganlah Engkau bantu yang lain ke atasku, menangkanlah daku dan janganlah Engkau menangkan yang lain ke atasku, tumpaskanlah musuhku dan jangan Engkau berikan musuhku menumpaskanku, pimpinkanlah daku, mudahkanlah pimpinan itu untukku bantulah daku terhadap orang yang membuat penganiayaan ke atas diriku. Wahai Tuhanku, jadikan daku sentiasa bersyukur kepadaMu, sentiasa zikir kepadaMu, sentiasa takut kepadaMu, sentiasa taat kepadaMu, sentiasa khusyuk dan tawadhuk, kepadaMu merendah diri dalam bertaubat. Wahai Tuhanku, Engkau terimah taubatku, bersihkan kesalahanku, terimalah permintaanku, teguhkanlah hujjahku terhadap musuhMu, berilah hidayah pada hatiku, luruskan lidahku, dan lucutkanlah dendam daripada hatiku. 

21- kesemua doa nabi (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ):
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَعَلَيْكَ الْبَلَاغُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ[21]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon daripadaMu kebaikan yang dimohon oleh nabiMu dan kami berlindung daripadaMu apa yang dipohon berlindung oleh nabiMu. Engkaulah tempat memohon pertolongan, Engkaulah yang menyampaikan. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

22- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي[22]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatan pendengaranku, daripada kejahatan penglihatanku, daripada kejahatan lidahku, daripada kejahatan hatiku, dan daripada kejahatan maniku.

23- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئْ الْأَسْقَامِ[23]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit yang keji.

24- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ[24]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kemungkaran akhlak-akhlak, amalan-amalan dan hawa nafsu.

25- Doa
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي[25]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Pemaaf, Mulia, Engkau sukaan kemaafan oleh itu maafkanlah daku

26- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ[26]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu perbuatan baik, meninggalkan kemungkaran, cintakan orang miskin, keampunanMu untukku, rahmatilah daku, apabila Engkau mendatangkan fitnah terhadap suatu kaum maka Engkau matikanlah daku dengan tiada fitnah, daku memohonMu cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu.

27- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا[27]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kebaikan kesemuanya sama ada cepat atau lambat. Yang daku tahu dan tidak tahu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kebaikan yang diminta oleh hamba dan nabiMu. Daku berlindung denganMu dari kejahatan yang diminta berlindung oleh hamba dan nabiMu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu syurga, apa yang mendekatkannya daripada perkataan atau amalan. Daku berlindung denganMu daripada neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya daripada perkataan atau amalan. Daku memohonMu agar Engkau jadikan semua qadak yang Engkau tentukan bagiku adalah yang baik.

28- Doa
اللَّهُمَّ احْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَائِمًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَاعِدًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ رَاقِدًا، وَلَا تُشْمِتْ بِي عَدُوًّا حَاسِدًا، وَاللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ كُلِّ خَيْرٍ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ شَرٍّ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ[28]
Maksudnya:
Ya Allah, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan berdiri, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan duduk, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan baring dan jangan Engkau gembirakan musuhku yang hasad terhadapku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu semua kebaikan yang di dalam kekuasaanMu dan daku berlindung denganMu daripada semua keburukkan yang di dalam kekuasaanMu.

29- Doa
اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ إِلَى جَنَّتِكَ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمْنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا[29]
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut kepadaMu yang boleh menghalang kami daripada membuat maksiat kepadaMu, berikanlah semangat untuk membuat ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami kepada SyurgaMu, berikanlah keyakinan yang dapat meringankan semua bala musibah dunia yang menimpa kami, kekalkanlah nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama Engkau menghidupkan kami, jadikanlah kesemua itu sebagai warisan daripada kami, berikanlah kami kekuatan untuk membalas sesiapa yang menganiaya kami, berikanlah kami pertolongan terhadap sesiapa yang memusuhi kami, janganlah Engkau turunkan musibah ke atas agama kami, jangan Engkau jadikan dunia ini kemuncak yang ditentukan oleh kami dan segala yang dicari dalam pengetahuan kami, dan janganlah Engkau biarkan orang jahat yang tidak ada sifat balas kesihan menguasai diri kami.

30-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.[30]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menjadi pengecut, daku berlindung denganMu daripada bersifat kebakhilan, daku berlindung denganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), daku berlindung denganMu daripada fitnah dunia dan daku berlindung denganMu daripada azab kubur

31- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي، وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي هَزْلِي وَجِدِّي، وَخَطَايَايَ وَعَمْدِي، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي[31]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku terhadap kesalahan-kesalahanku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam semua urusanku serta apa yang Engkau lebih mengetahuainya daripada diriku. Ya Allah, ampunkanlah daku, kegurauanku, kesungguhanku, kesilapan-kesilapanku, kesangajaanku, dan semua itu yang ada padaku.

32- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.[32]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku menzalim diri dengan kezaliman yang banyak dan tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau dari itu ampunkanlah bagiku dengan keampunan daripada sisiMu. Kasihanilah daku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

33- Doa
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْ تُضِلَّنِي، أَنْتَ الْحَيُّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالْإِنْسُ يَمُوتُونَ[33].
Maksudnya:
Ya Allah! UntukMu aku menyerah, denganMu aku aku beriman, kepadaMu aku sentiasa bertawakal, kepadaMu aku kembali bertaubat, denganMu aku berhujah. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keagonganMu, tiada Tuhan melainkan Engkau daripada Engkau sesatkan daku, Engkau Maha Hidup yang tiada mati manakala jin dan manusia akan mati.

34- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالْنَّجَاةَ مِنَ الْنَّارِ[34]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon padaMu agar mendapat rahmatMu, keazaman mendapat keampunanMu, selamat daripada dosa, keuntungan daripada semua kebaikan, kemenangan dengan Syurga dan terselamat dari neraka.

35- Doa
اللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْسِعَ رِزْقِكَ عَلَيَّ عِنْدَ كِبَرِ سِنِّي، وَانْقِطَاعَ عُمُرِي[35]
Maksudnya:
Ya Allah, luaskanlah rezekiMu kepadaku ketika daku tua dan ketika terputus umurku.

36- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي وَبَارِكْ لِي فِي  رِزْقِي[36]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, luaskanlah rumahku dan berikanlah keberkatan pada rezekiku.

37- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لا يَمْلِكُهَا إِلا أَنْتَ[37]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon padaMu kelebihanMu dan rahmatMu kerana tiada yang memilikinya melainkan Engkau.

38- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ التَّرَدِّي وَالْهَدْمِ وَالْغَرَقِ وَالْحَرِيقِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا[38]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada ditimpa keruntuhan, daku berlindung denganMu daripada mala petaka kejatuhan, daku berlindung denganMu daripada tengelam dan kebakaran. Daku berlindung denganMu dari dikucar-kacirkan syaitan ketika menghadapi kematian, daku berlindung denganMu agar tidak mati pada jalanMu dalam keadaan membelakangkanMu dan daku berlindung denganMu agar  tidak mati terkena sengat patukan

39- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُوعِ، فَإِنَّهُ بِئْسَ الضَّجِيعُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّهَا بِئْسَتِ الْبِطَانَةُ[39]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu dari kelaparan kerana ia mencelakan tidur dan daku berlindung denganMu daripada khianat kerana ia seburuk-buruk kelakuan.

40- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَالْهَرَمِ وَالْقَسْوَةِ، وَالْغَفْلَةِ، وَالْعِيلَةَ وَالذِّلَّةَ وَالْمَسْكَنَةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْكُفْرِ، وَالْفُسُوقِ، وَالشِّقَاقِ، وَالنِّفَاقِ وَالسُّمْعَةِ، وَالرِّيَاءِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الصَّمَمِ وَالْبَكَمِ وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَالْبَرَصِ، وَسَيِّئِ الْأَسْقَامِ[40]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada lemah, malas, pengecut, kedekut, terlalu tua, bersikap kasar, cuai, hina, dan hidup melarat kerana kefakiran. Daku berlindung denganMu daripada kefakiran, kekafiran, kefasikan, bersikap memecah-belah, berpura-pura, ingin diketahui (sum'ah) dan menunjuk-nunjuk. Daku juga berlindung denganMu daripada pekak, bisu, gila, penyakit sopak, kusta dan penyakit yang keji.

41- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ، وَالْقِلَّةِ، وَالذِّلَّةِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ[41]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kefakiran, kekurangan, kehinaan, dan daku berlindung denganMu daripada menzalimi atau dizalimi.

42- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ فِي دَارِ الْمُقَامَةِ، فَإِنَّ جَارَ الْبَادِيَةِ يَتَحَوَّلُ[42]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada jiran yang jahat di rumah yang didirikan kerana jiran orang-orang badwi sentiasa berpindah.

43- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ  لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَؤُلَاءِ الأَرْبَعِ[43]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak didengari, daripada jiwa yang tidak puas, dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daku berlindung denganMu daripada empat perkara itu.

44- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوءِ فِي دَارِ الْمُقَامَةِ[44]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada hari buruk, daripada malam yang buruk, daripada masa yang buruk, daripada sahabat yang buruk dan daripada jiran yang buruk pada rumah yang dirikan.

45-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَسْتَجِيْرُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Maksudnya:
Ya Allah sesungguhnya daku memohonMu Syurga dan daku meminta denganMu menjauhi neraka. Baca tiga kali.

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ الجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ[45]
Maksudnya:
Lafaz Nasa'i: Sesiapa meminta Allah Syurga (3kali), maka kata Syurga: (اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الجَنَّةَ) Ya Allah masukkanlah ia Syurga, sesiapa yang minta dijauhkan dari neraka (3kali) maka kata neraka:
(اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ) Ya Allah, jauhkanlah ia daripada neraka.

46- Doa
اللَّهُمَّ فَقِّهْنِي فِي الدِّينِ[46]
Maksudnya:
Ya Allah, fahamkanlah daku dalam urusan agama.

47- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ[47]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menyekutukan denganMu dalam keadaan daku mengetahuinya dan daku memohon keampunanMu tentang apa yang daku tidak tahu.

48-Doa
اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي، وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي، وَزِدْنِي عِلْمًا [48]
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku manfaat dengan apa yang Engkau ajar padaku, ajarkanlah daku apa yang mendatangkan padaku dan tambahkanlah ilmu.

49-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا[49]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

50-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ[50]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu ya Allah bahawa sesungguhnya Engkaulah yang Tunggal, yang Esa, tempat pergantungan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang sekutu denganMu, agar Engkau ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Pengasihani.

51- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، ياَ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ،  ياَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمَ، إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ[51]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kerana bagiMu kepujian, Tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Tunggal lagi tiada sekutu bagiMu, Yang Maha Memberi, wahai yang mencipta langit dan bumi tanpa contoh, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, wahai yang maha Hidup wahai yang Maha Kekal. Sesungguhnya daku memohonMu syurga dan daku berlindung denganMu daripada neraka.

52- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ[52]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu dengan menyaksikan bahawa daku bersaksi Engkaulah Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Tunggal, Pelindung yang tiada beranak lagi tiada diperanakan dan tiada sesuatu pun yang menyamaiNya.

53- Doa
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ[53]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan terimalah taubat ke atasku kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani.

54- Doa
اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ، وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ، أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي، اللَّهُمَّ وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْفَقْرِ وَالْغِنَى، وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَاءَ بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ، وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ[54]
Maksudnya:
Ya Allah dengan ilmuMu terhadap perkara ghaib, kekuasaanMu atas makhluk, hidupkanku apabila Engkau mengetahui bahawa hidup lebih baik untukku dan matikanku apabila Engkau mengetahui bahawa mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, daku memohonMu ketakutan terhadapMu dalam keadaan ghaib dan nyata. Daku memohonMu perkataan yang benar dalam redha dan marah. Ya Allah, daku memohonMu sederhana dalam kefakiran dan kekayaan. Ya Allah daku memohonMu kenikmatan yang tidak berkesudahan, daku memohonMu penyejuk mata memandang (kebahagiaan) yang tidak putus, daku memohonMu keredhaan setelah ditakdirkan, daku memohonMu kehidupan yang selesa setelah kematian, daku memohonMu keseronokkan yang amat sangat apabila memandang wajahMu, merindui untuk bertemu denganMu dengan tiada mudharat dan dimudharatkan  (tidak dapat bersabar dengan mudharat itu) dan tiada fitnah yang menyesatkan. Ya Allah hiaskanlah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami mendapat hidayah di kalangan orang-orang yang mendapat hidayah.

55- Doa
اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يَنْفَعُنِي حُبُّهُ عِنْدَكَ، اللَّهُمَّ مَا رَزَقْتَنِي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ قُوَّةً لِي فِيمَا تُحِبُّ، اللَّهُمَّ وَمَا زَوَيْتَ عَنِّي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ فَرَاغًا لِي فِيمَا تُحِبُّ.[55]
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah daku cintaMu dan mencintai orang yang daku dapat mencintaiMu. Ya Allah kurniakanlah apa-apa yang daku cinta lalu jadikanlah ia kekuatan untuk daku cinta terhadap cintaMu. Ya Allah, apa yang Engkau tidak setuju daripadaku terhadap apa yang daku sukai, jadikanlah ia sebagai kesudahan pada apa yang Engkau sukai.

56- Doa
اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي مِنْ الذُّنُوبِ وَالْخَطَايَا، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْهَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ[56]
Maksudnya:
Ya Allah, bersihkanlah daku dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan. Ya Allah, bersihkanlah daku daripadanya sebagaimana ianya membersihkan baju putih dari kotoran. Ya Allah, bersihkanlah daku dengan salji, sejuk dan air sejuk.

57- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَسُوءِ الْعُمُرِ وَفِتْنَةِ الصَّدْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ[57]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kebakhilan, pengecut, kesudahan yang buruk, fitnah dada (mati tidak bertaubat) dan azab kubur.

58- Doa
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَرَبَّ إِسْرَافِيلَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ حَرِّ النَّارِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ[58]
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Tuhan Israfil. Daku berlindung denganMu daripada kepanasan neraka dan azab kubur.

59- Doa:
اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي, وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي[59]
Maksudnya:
Ya Allah, ilhamkanlah padaku petunjukku dan lindungkanlah daku daripada kejahatan diriku sendiri.

60- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ[60]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat dan daku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

61- Doa
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ[61]
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan langit-langit, Tuhan bumi, Tuhan arasy yang agung. Wahai Tuhan kami, Tuhan bagi semua sesuatu, yang menumbuhkan biji-bijian, yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Furqan. Daku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatan semua sesuatu yang Engkaulah penguasanya. Ya Allah, Engkaulah yang awal tiada sesuatu yang sebelumMu. Engkaulah Yang terakhir tiada selepasMu sesuatu. Engkaulah Yang  Zahir tiada sesuatu yang mengatasiMu. Engkaulah yang batin tiada selainMu sesuatu. Engkau lunaskanlah hutang kami dan cukup serta hindarkanlah kami daripada kefakiran.

62- Doa
اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ، وَنَجِّنَا مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ قَابِلِينَ لَهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا[62]
Maksudnya:
Ya Allah, jinakkanlah di antara hati-hati kami, perbaikilah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan, selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya, halangilah kami daripada melakukan dosa-dosa yang nyata dan tersembunyi, berkatikanlah pendengaran, penglihatan, hati-hati, isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami. Terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami tergolong daripada golongan orang-orang yang bersyukur dengan nikmatMu, golongan yang memuji dengannya, menerimanya dan menyempurnakannya ke atas kami.

63- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَسْأَلَةِ، وَخَيْرَ الدُّعَاءِ، وَخَيْرَ النَّجَاحِ، وَخَيْرَ الْعَمَلِ، وَخَيْرَ الثَّوَابِ، وَخَيْرَ الْحَيَاةِ، وَخَيْرَ الْمَمَاتِ، وَثَبِّتْنِي، وَثَقِّلْ مَوَازِينِي، وَحَقِّقْ إِيمَانِي وَارْفَعْ دَرَجَاتِي وَتَقَبَّلْ صَلاتِي وَاغْفِرْ خَطِيئَتِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فَوَاتِحَ الْخَيْرِ، وَخَوَاتِمَهُ، وَجَوَامِعَهُ، وَأَوَّلَهُ، وَظَاهِرَهُ، وَبَاطِنَهُ، وَالدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا آتِي، وَخَيْرَ مَا أَفْعَل، وَخَيْرَ مَا أَعْمَل، وَخَيْرَ مَا بَطَن، وَخَيْرَ مَا ظَهَر، والدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تَرْفَعَ ذِكْرِي، وَتَضَعَ وِزْرِي، وَتُصْلِحَ أَمْرِي، وَتُطَهِّر قَلْبِي، وَتُحَصِّن فَرْجِي، وَتُنَوِّر قَلْبِي، وَتَغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تُبَارِكَ فِي نَفْسِي ، وَفِي سَمْعِي وَفِي بَصَرِي وَفِي رُوحِي وَفِي خُلُقِي ، وفي خَلْقِي، وَأَهْلِي وَفِي مَحْيَايَ وَفِي مَمَاتِي ، وَفِي عَمَلِي، فَتَقَبَّلْ حَسَنَاتِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ.[63]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik pekerjaan, sebaik-baik ganjaran pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, teguhkanlah daku, beratkanlah timbanganku, benarkanlah imanku, angkatkanlah darjatku, terimalah sembahyangku, ampunkanlah kesalahanku dan daku memohon darjat yang tertinggi daripada syurga. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kunci-kunci kebaikan, penutup-penutupnya, himpunan-himpunannya, awal, zahirnya, batinnya, dan darjat yang tinggi daripada syurga, mustajabkan doaku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu sebaik-baik apa yang datang kepadaku, sebaik-baik apa yang daku lakukan, sebaik-baik apa daku kerjakan, sebaik-baik apa yang daku sembunyikan, sebaik-baik apa yang daku nyatakan dan darjat yang tertinggi daripada syurga, mustajabkanlah doaku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu agar Engkau meninggikan ingatanku, meletakkan tanggungjawabku, membaiki urusanku, membersihkan hatiku, memelihara kemaluanku, menyinari hatiku, mengampun dosaku, dan daku memohon kedudukan yang tinggi di antara syurga. Mustajabkan doaku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu agar Engkau memberkati dalam diriku, dalam pendengaranku, penglihatanku, rohku, akhlakku, ciptaanku, keluargaku, kehidupanku, kematianku, pekerjaanku, terimalah keabjikanku, dan daku memohon darjat yang tertinggi daripada syurga. Mustajabkanlah doaku.

64- Doa
اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الأَخْلاقِ، وَالأَهْوَاءِ، وَالأَعْمَالِ، وَالأدْوَاءِ[64]
Maksudnya:
Ya Allah, elakkanlah daku daripada kerosakkan akhlak, hawa nafsu, amalan-amalan dan penyakit-penyakit.

65- Doa
اللَّهُمَّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيهِ ، وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي بِخَيْرٍ[65]
Maksudnya:
Ya Allah redhakanlah daku apa yang Engkau berikan rezeki padaku dan berikanlah keberkatan padanya. Berikanlah gantian yang lebih baik kepadaku semua yang hilang daripadaku.

66- Doa
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا[66]
Maksudnya:
Ya Allah, hisabkan daku dengan yang dimudahkan (diberi kemaafan setelah dihisab).

67- Doa
اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى شُكْرِكَ وَذِكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ[67]
Maksudnya:
Ya Allah, bantulah kami dalam menyukuriMu, mengingatiMu dan melakukan sebaik-baik ibadat kepadaMu.

68- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ، وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ[68]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku mohon padaMu keimanan yang tidak berkurang, nikmat yang tidak hilang dan menemani Nabi sallahu alai wasallam dalam syurga tertinggi yang kekal selamanya.

69- Doa
اللَّهُمَّ قِنِي شَرَّ نَفْسِي، وَاعْزِمْ لِي عَلَى أَرْشَدِ أَمْرِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَخْطَأْتُ، وَمَا عَمَدْتُ، وَمَا عَلِمْتُ، وَمَا جَهِلْتُ[69].
Maksudnya:
Ya Allah, jauhkanlah daku kejahatan diriku dan berikanlah keazaman untukku dalam petunjuk urusanku. Ya Allah, ampunkanlah apa yang daku sembunyikan, apa yang daku nyatakan, apa yang daku tersalah, apa yang daku sengajakan, apa yang daku tahu, dan apa yang daku tidak tahu.

70- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الْعَدُوِّ, وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ[70]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon perlindungan denganMu daripada dikuasai hutang, dikalahkan oleh musuh dan mendapat kegembiraan pihak musuh (apabila ditimpakan musibah).

71-Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي، وَعَافِنِي، أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ[71]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah daku, hidayahkanlah daku, rezekikanlah daku, dan sihatkanlah daku. Daku  berlindung dengan Allah daripada kesempitan kedudukan pada hari kiamat.

72-Doa
اللَّهُمَّ مَتِّعْنِي بِسَمْعِي، وَبَصَرِي، وَاجْعَلْهُمَا الْوَارِثَ مِنِّي، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ يَظْلِمُنِي، وَخُذْ مِنْهُ بِثَأْرِي.[72]
Maksudnya:
Ya Allah, nikmatikanlah daku dengan pendengaranku dan penglihatanku. Jadikan kedua ini penggantiku, bantulah daku terhadap orang yang menzalimiku dan ambillah daripadanya dengan perasaan pembalasanku

73- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ عِيشَةً نَقِّيَّةً، وَمِيتَةً سَوِيَّةً، وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍ، وَلاَ فَاضِحٍ[73]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kehidupan yang suci lagi bersih, kematian yang benar-benar dalam keIslaman dengan sebab yang tidak menampakan keaiban dan tidak memalukan.

74- Doa
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ اللَّهُمَّ لَا قَابِضَ لِمَا بَسَطْتَ وَلَا بَاسِطَ لِمَا قَبَضْتَ وَلَا هَادِيَ لِمَا أَضْلَلْتَ وَلَا مُضِلَّ لِمَنْ هَدَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُقَرِّبَ لِمَا بَاعَدْتَ وَلَا مُبَاعِدَ لِمَا قَرَّبْتَ اللَّهُمَّ ابْسُطْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتِكَ وَفَضْلِكَ وَرِزْقِكَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ الْمُقِيمَ الَّذِي لَا يَحُولُ وَلَا يَزُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ يَوْمَ الْعَيْلَةِ وَالْأَمْنَ يَوْمَ الْخَوْفِ اللَّهُمَّ إِنِّي عَائِذٌ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أَعْطَيْتَنَا وَشَرِّ مَا مَنَعْتَنَا اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنْ الرَّاشِدِينَ اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ وَأَحْيِنَا مُسْلِمِينَ وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ غَيْرَ خَزَايَا وَلَا مَفْتُونِينَ اللَّهُمَّ قَاتِلْ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ اللَّهُمَّ قَاتِلْ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَهَ الْحَقِّ [آمين][74]
Maksudnya:
Ya Allah, untukMu segala puji-pujian kesemuanya. Ya Allah, tiada yang menahan apa yang Engkau lepaskan dan tiada yang melepaskan apa yang Engkau tahan, tiada yang boleh memberi hidayah orang yang Engkau sesatkan dan tiada yang boleh menyesatkan orang yang berikan hidayah, tiada yang boleh memberi orang yang Engkau haling dan tiada yang boleh menghalang orang yang Engkau berikan, tiada yang boleh mendekat orang yang Engkau jauhkan dan yang boleh menjauhkan orang yang Engkau dekatkan. Ya Allah, mudahkanlah ke atas kami daripada keberkatanMu, rahmatMu, kelebihanMu dan rezekiMu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu nikmat yang berkekalan, yang tidak hilang dan berterusan. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu dari keburukan yang Engkau berikan kepada kami dan dari keburukan yang Engkau larang terhadap kami. Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada iman, hiasankanlah ia dalam hati kami dan jadikanlah kami benci terhadap perkara kekufuran, kefasikan serta maksiat dan jadikanlah kami daripada kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Islam, hidupkanlah kami dalam keadaan Islam, turutkanlah kami mengikut jejak langkah orang-orang sholeh dengan tiada cubaan dan fitnah. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mendustakan rasul-rasulMu dan mereka yang menghalang kepada jalanMu dan letakkan ke atas mereka bala bencanaMu dan azabMu. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang diberikan kitab, sesunggunhnya Engkau Tuhan Yang sebenar.

75- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي[75]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah daku, kasihanilah daku, berikanlah daku hidayah, sihatkanlah daku dan kurniakanlah daku rezeki.

76-Doa
اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا[76]
Maksudnya:
Ya Allah, tambahkanlah untuk kami dan jangan Engkau kurangkannya, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami, kurniakanlah kami dan jangan Engkau  haramkan kami, utamakanlah kami dan jangan diutamakan ke atas kami dan jadikanlah kami redha dan terimalah kerdhaan daripada kami.

77-Doa
اللَّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي[77]
Maksudnya:
Ya Allah, Engkau telah mencantikan ciptaanku maka baikanlah akhlakku.

78- Doa
اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِي وَاجْعَلْنِي هَادِيًا مَهْدِيًّا[78]
Maksudnya:
Ya Allah, teguhkanlah daku dan jadikanlah daku orang yang dapat memberi hidayah dan mendapat hidayah.

79- Doa
اللَّهُمَّ آتِنِيَّ الْحِكْمَةَ الَّتِي مَنْ أُوْتِيَهَا فَقَدْ أُوْتِيَ خَيْراً كَثِيْراً[79]
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku hikmah yang diberikan Engkua padanya maka ia diberikan kebaikan yang banyak.

80- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي جِدِّي وَهَزْلِي وَخَطَئِي وَعَمْدِي وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ[80]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku terhadap kesalahan-kesalahanku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam semua urusanku serta apa yang Engkau lebih mengetahuainya daripada diriku. Ya Allah, ampunkanlah terhadap kesungguhanku, gurauanku, kesalahanku, kesengajaanku dan yang kesemuanya daripadaku. Ya Allah! Ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang dilakukan secara tersembunyi dan yang secara terang-terangan. Engkaulah Yang Terdahulu, Engkaulah Yang Terkemudian dan Engkaulah Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

81-Doa
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ[81]
Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah daku dengan kehalalanMu daripada pengharamanMu dan jadikanlah daku tidak bergantung kepada yang lain dengan kelebihanMu selain daripadaMu.

82- Doa agar cintakan Allah lebih dari segala-galanya
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنْ الْمَاءِ الْبَارِدِ[82]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang menyampaikanku kepada cintakanMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih daku cintai kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang sejuk.

83- Doa
Daripada Ibnu Abbas RA katanya, apabila Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bangun malam dan bertahajjud baginda membaca:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ[83]

Maksudnya:
Ya Allah! BagiMu segala puji-pujian, Engkaulah yang mengurus langit dan bumi serta segala yang terkandung padanya. BagiMu segala puji-pujian, bagiMu kerajaan langit dan bumi serta segala yang terkandung padanya. BagiMu segala puji-pujian, Engkaulah cahaya langit dan bumi serta segala yang terkandung padanya. BagiMu segala puji-pujian, Engkaulah Pemilik langit dan bumi. BagiMu segala puji-pujian. Engkaulah yang benar, janjiMu benar, pertemuan denganMu benar, perkataanMu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, nabi-nabi itu benar, Muhammad shallahu alaihi wasallam itu benar, dan kiamat itu benar. Ya Allah! UntukMu aku menyerah, denganMu aku aku beriman, kepadaMu aku sentiasa bertawakal, kepadaMu aku kembali bertaubat, denganMu aku berhujah dan kepadaMu aku menghukum. Ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, sama ada yang aku lakukan secara tersembunyi atau secara terangan. Engkaulah Yang Terdahulu tanpa ada permulaan dan Engkaulah Yang Terkemudian yang tiada kesudahan. Tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Engkau.

84-Doa waktu pagi, petang dan ketika berbaring untuk tidur
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Abu Bakar assiddiq RA berkata kepada Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): Wahai Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  ajarkanlah sesuatu kepada hamba supaya hamba bacanya pada waktu pagi dan petang lalu baginda menyuruh membaca doa ini:
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ[84]
Maksudnya:
Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Yang Mencipta langit dan bumi, Tuhan kepada semua benda dan memilikinya. Daku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Engkau. Daku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan sekutunya. (dibaca juga pada ketika berbaring).

85- Doa
اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ[85]
Maksudnya:
Ya Allah, Engkau jauhilah daku daripada azabMu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu.

86- Doa
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bersabda: Apabila di kalangan kamu ke tempat tidur, hendaklah ia mengebas-ngebas salimut kerana ia tidak tahu apa yang ada di sebaliknya kemudian ia membaca:
بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ[86]
Maksudnya:
Dengan namaMu wahai Tuhanku, daku merebahkan diri dan denganMu daku bangun, sekiranya Engkau menahan jiwa maka kasihan padanya dan sekiranya Engkau melepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang sholeh.

87-Doa
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ[87]
Maksudnya:
Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Tersendiri dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.

88- Jampi sakit
Apabila terdapat kesakitan pada badan, letakan tangan pada tempat sakit tersebut dan bacakan:
بِاسْمِ اللَّهِ (3kali)
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِر(7kali)[88]
Maksudnya:
Dengan nama Allah (3kali) aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang ada dan kejahatan yang daku berwaspada.

89-Jampi
Daripada Anas bin Malik RA katanya kepada Sabit RA apakah kamu berjampi dengan jampi Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)? Kata Sabit: Ya. Kata Anas RA:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَأْسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا[89]
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan kepada manusia, Yang Menghapus kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah Penyembuh tiada yang menyembuhkan melainkan Engkau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.  

90-Jampi
Daripada Ibnu Abbas RA katanya bahawa Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bersabda: Sesiapa yang melawat pesakit yang belum habis nyawa, hendaklah ia membaca tujuh kali:
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ[90]
Maksudnya:
Aku mohon kepada Allah yang Maha Agong, Tuhan kepada Arasy yang agong agar menyembuhkan kamu. (Melainkan disembuhkan pesakit tersebut).

91- Jampi
Daripada Abu Said RA katanya Jibril telah datang kepada Nabi (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  lalu.
Jibril: Wahai Muhammad, kamu mengadu?
Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): Ya.
Jibril: bacalah:
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ[91]
Maksudnya:
Dengan nama Allah, aku jampimu daripada semua perkara yang mengganggumu daripada sem