Sabtu

Culik?Apa Perlu buat

Anda tahukan sekarang ini kes culik kanak-kanak meningkat? Mungkin kita yang hanya mendengar berita merasakan perkara ini tak akan berlaku pada anak-anak kita. Sebenarnya orang yang berfikir begitulah akan ditimpa kejadian ini. Bukannya berfikiran negatif, tetapi sediakan payung sebelum hujan.

Semua kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi. Mereka fikir merekalah hero di atas dunia ini. Mereka rasa semua orang baik dan sayang mereka. Tetapi kerana berfikir begitu tanpa ilmu akan menyebabkan kejadian-kejadian yang kita tak nak.

Kanak-kanak perlu diajar berfikir supaya mereka tahu bezakan yang mana baik dan yang mana tak baik. Cuba perhatikan kanak-kanak sekarang, mereka mudah mengikut orang yang mereka tak kenal. Hanya dengan umpan gula-gula, mereka mudah mengikut orang yang mereka tak kenali itu.


Sebagai ibu-bapa, abang atau kakak, kita harus memegang tanggungjawab mendidik mereka cara berfikir. Ajarkan mereka cara bertindak jika berlaku sesuatu. Kita kena ceritakan kepada mereka mengenai kes culik. Biar mereka tahu apa yang terjadi sekarang.

Kenapa kita nak terlalu extreme salahkan penculik? Sebenarnya kita kena salahkan diri kita dahulu. Kita yang tak ajar kanak-kanak tersebut. Ajarlah mereka sehingga mereka betul-betul memahami perkara ini. Kebanyakkan keluarga ada mengajar anak-anak tetapi masalahnya tidak 100% difahami mereka. Mungkin sebelum anda baca artikel ini, anda tak pedulikan semua ini, tapi saya yakin jika anda benar-benar menyayangi mereka, anda pasti akan mula bertindak sekarang.


Mungkin sekarang anda sudah sedar, tapi bagaimana dengan yang lain? Bagaimana mereka nak sedar jika tiada orang memberitahu mereka? Maka terserahlah kepada anda. Jika anda sayangi semua kanak-kanak di atas dunia ini, beritahulah jiran-jiran anda, pengujung blog anda dan rakan-rakan anda. berkongsilah dengan mereka apa yang anda sedar.