Selasa

Isu Forex satu penelitian ilmiah

*Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa : Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik.*

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

*• Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,* Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut.

• Syarat-syarat umum jual beli:

o Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);

o Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;

o Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;

o Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

• Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:

o Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platfom forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;

o Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan

o Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.

• Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay' (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.

• Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platform elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.

• Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. 

• Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

• Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

[12/09, 10:42 PM] 👳‍♀: Credit to: muamalat.my

*Ringkasan Kajian dan Fatwa FOREX Online - Ada ke yang kata harus? Fatwa mana?*

1. Prof Dr Rafiq Yunus al-Misri (2010), “Tijarah al-‘Umlah ‘Ibra al-Internet”, Journal Jami’ah al-Malik ‘Abd al-Aziz: al-Iqtisad al-Islami, j. 23, bil. 1.
Keputusan: Hukumnya haram kerana spekulasi yang melampau, berbentuk gambling, dan tidak menepati kaedah sarf sebenar yang dikehendaki oleh Islam, iaitu riba serta penyumbang kepada krisis ekonomi.

2. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “al-Hukm al-Syar’i li al-Tijarah al-‘Umlat Bi Nizam al-Hamisy”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1a.
Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada kaedah margin dan laverage yang digunakan dalam FOREX trading online. Kajian ini menganggap semua transaksi berasaskan marjin dan leverage adalah haram kerana terdapat unsur qard  yang menghasilkan keuntungan kepada platform dan ini adalah riba.  Selain itu tidak berlaku qabd walaupun secara hukmi seperti yang disyaratkan dalam akad sarf.

3. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “Dawabit al-Syar’iyyah li al-Tijarah al-Iliktruniyyah fi al-Umlat al-Dawliyah”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1b.
Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada parameter urus niaga forex global secara elektronik. Berasaskan parameter yang diberikan, forex secara dalam talian gagal mematuhi parameter dan garis panduan Syariah kerana berunsur spekulasi sepenuhnya, tidak memenuhi syarat qabd walaupun secara hukmi.

4. Rafik Fakhry Omar Eleri Jones , (2015),"Critical evaluation of the compliance of online Islamic FOREX trading with Islamic principles", International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, Vol. 8 Iss 1 pp. 64 – 84
Keputusan: Kajian ini menilai semua urus niaga FOREX Online yang didakwa Islamic Trading. Penilaian dilakukan mendapati semua yang mendakwa islamic trading itu cuma menukar istilah, tanpa menukar apa-apa kontrak dan urus niaga masih tidak mematuhi kehendak Syariah terutama dalam bab sarf. Bahkan ia lebih jelas kepada bentuk perjudian kerana tahap gharar dan spekulasi yang tinggi.

5. DR. MARJAN MUHAMMAD et.al (2011) Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut Syariah. RESEARCH PAPER (No: 24/2011), Kuala Lumpur: ISRA.
Keputusan: Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard, leverage, riba al-nasi’ah,  rollover interest, qabd, menjual mata wang yan tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi individual spot forex secara online tidak menepati tuntutan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli mata wang

6. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah  memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

7. Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUIN) No: 28/DSN-MUI/III/2002 tentang Jual Beli Mata Uang (Al-Sharf)
Keputusan: Fatwa hanya mengharuskan jika FOREX dilakukan bukan tujuan spekulasi (mengambil untung atas perubahan harga), untuk keperluan, dan berjaga-jaga. Oleh kerana FOREX online adalah tujuannya spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan ini.

8. Fatwa Negeri Perak Tentang Forex
Keputusan: Jabatan Mufti Negeri Perak memutuskan FOREX adalah harus jika tidak bertujuan untuk spekulasi. Oleh kerana FOREX ONLINE adalah 100% berbentuk spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan yang disyaratkan itu. Bagi yang menggunakan fatwa perak mengatakan harus, baca baik-baik fatwa dan bandingkan dengan apa yang trader lakukan.

9. Majma’ Fiqh Islami Sedunia Tentang Trade With Margin tahun 2006.
Keputusan: Perniagaan dengan margin dan leverage jika melibatkan FOREX, adalah haram dan berunsur riba.

Kesimpulan:
Semua kajian dan fatwa yang berasaskan kajian terperinci menganggap FOREX TRADING ONLINE adalah haram.  Jangan bandingkan kajian dan fatwa ini dengan pendapat seorang ustaz kuliah itu yang bercakap tanpa kajian, tanpa ilmu dalam bidang ekonomi dan muamalat.

Baca dan sebarkan! Semoga kita dan keluarga terselamat daripada dosa riba dan judi.

#forex #jauhiforex #ribaharam
[12/09, 10:42 PM] 👳‍♀: *Benarkah Forex Online Trading Harus?*

Dalam banyak-banyak kajian dan fatwa, hanya Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang berani mengatakan Forex Online Trading harus. Sebenarnya saya tidak berminat mengulas video ini pun sebab dalam video ini tiada dalil dan hujah langsung diberikan yang sesuai dan valid untuk diulas atau dibincangkan. Keduanya video ini sudah lama ada di Youtube dan saya tidak pasti sama ada Ustaz mungkin sudah menarik balik pendapat beliau berkenaan dengan Forex. Dan tidaklah menjadi satu isu besar seorang ustaz mahupun ulama menarik balik pendapat hukum mereka setelah mereka memperolehi maklumat baru.

Namun oleh kerana banyak sangat video ini diletakkan di ruangan komen juga permintaan untuk diulas, saya berikant sedikit ulasan,secara ringkas sahaja untuk maklumat dan kefahaman semua.  (kalaupun beliau sudah tarik balik pendapat beliau, tidak menjadi masalah)
Beberapa Point Dalam Video :

1. Forex adalah bidang beliau. Saya tak pasti apa yang dimaksudkan dengan bidang beliau. Kalau nak dikatakan bidang, hampir semua fatwa dan kajian yang dibuat di peringkat master mahupun kajian oleh penyelidik kewangan Islam mengakui ia haram.  Ia hujah yang tidak berapa valid.

2. Forex Trading online sama dengan forex di luar sana tempat tukar wang. Ia jauh daripada kebenaran. Forex diluar sana ialah tukar duit sahaja. Setiap dolar, euro ada dalam stok dan disimpan dan wujud dalam pegangan, diserahkan secara spot, begitu juga tiada unsur spekulasi yang jelas.

3. Jika forex ini haram, maka semua bank-bank Islam adalah haram. Perbankan Islam tidak buat online trading sama seperti online trader kita buat. Memang ada forex kerana bank memang sediakan khidmat tukaran wang asing, bahkan apabila berinteraksi secara global, duit masuk di Malaysia, keluar di UK, masuk di China keluar di Malaysia. Sudah tentu ada pertukaran wang. Namun bank-bank Islam tidak suka-suka invest dalam forex. Setiap tukaran wang mesti dipastikan wang asing cukup dalam akaun. Produk-produk forex dalam Treasury pun lebih kepada bertujuan untuk melindung nilai (hedging) khasnya apabila melibatkan pembayaran antarabangsa dan tukaran wang asing. Itu pun dipantau, dibincang berasaskan kontrak apa yang digunakan sebagai asasnya dikaji oleh pegawai Syariah, diaudit lagi, direview lagi pelaksnaannya, dibahas pula diperingkat Komiti Syariah,bahkan diaudit diperingkat BNM. Kalau forex online, siapa yang audit? Mana pegawai Syariah?

4. Jika forex haram, maka saham lebih haram. Minta maaf, saham dan wang lain. Alasan ini menunjukkan bahawa forex dan ekonomi bukan bidang beliau. Forex adalah wang, saham adalah saham. Memang dibahaskan panjang isu spekulasi dalam pasaran saham, namun spekulasi mata wang hanya menjadi amalan para kapitalis sahaja. Perbincangan berkenaan spekulasi ini agak mendalam kerana pelaburan dan spekulasi adalah jurang kelabu. Namun forex online trading adalah spekulasi tulen dalam mata wang. Bahkan saham juga bukan produk ribawi seperti mata wang. Saham ialah pemilikan terhadap perniagaan, namun kalau nak buat short selling (SBL) pun ada beberapa syarat untuk pastikan kepatuhan Syariah bagi yang membenarkannya, tidak kurang juga ulama yang mengharamkan short selling.

5. Dalam video tersebut, dinyatakan bahawa dalam dalam forex boleh buat untung walaupun harga naik mahupun harga jatuh. Inilah yang jadi masalahnya. Apabila harga jatuh boleh buat untung, ini jelaslah orang itu buat 'sell' kemudian bila jatuh baru 'buy'. So mekenisma Shariah apa yang dibuat? Ini mata wang, bukan saham. Kalaupun ada mekanisme Shariahnya, bagaimana ia dipantau? Bagaimana diaudit? Siapa yang sahkan?

Itu sahaja point-point yang nak diberi komentar.
Dan saya harap pendapat ini sudah ditarik balik memandangkan fatwa-fatwa banyak negara Islam seperti Brunei, Indonesia, Malaysia pun mengharamkannya.
Itu belum kira kajian master, penyelidikan ahli akademik dalam journal, dan yang semuanya dikaji oleh pakar dalam bidang ekonomi Islam, turut mengambil keputusan bahawa forex online trading adalah haram walaupun didakwa platform patuh Syariah.

Bagi mereka yang inginkan ketenangan jiwa dalam melabur, elakkanlah main forex trading online ini.
Sayugia diingatkan forex dengan riba sangatlah dekat. Pendakwah Islam lebih-lebih lagi yang selalu ingatkan tentang alam kubur, sepatutnya menggesa orang Islam menjauhi forex sebagai mana Imam Malik menegah umat Islam terlibat dengan forex kecuali bagi mereka yang bertakwa sahaja, iaitu yang tahu hukum hakam dan sangat berusaha untuk mengelakkannya. Imam Ibn Rushd al-Jadd pula berpesan bahawa forex ialah pintu riba yang paling dekat dengan riba. Ya! Dalam forex, silap sedikit sahaja dosa besar riba yang menanti. Ia bukan perkara main-main.

(Sumber : FB muamalat.my)
Menjawab video Ustaz Dusuki..

Blh buka linknya :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1465843306831747&id=400595843356504