Khamis

Doa Kepada Bayi Yang Baru Di Lahirkan

Doa Kepada Bayi Yang Baru Di Lahirkan



Ustaz Hj Zahzan Mohammad didalam bukunya 101 Doa  dari Al Quran[1] menyebut emak Maryam ketika ia melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya ia bernazar kepada Allah jika ia mendapat anak akan disuruh berkhidmat kepada Baitul Makdis.[2]
Emak kepada Maryam adalah Istri Imran[3] bernama Hannah[4] Binti Faqud bernazar dengan berkata:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitulmakdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.[5]
Maka selepas Hannah melahirkan anaknya, dia pun berkata:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan

إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada setan yang terkutuk.”[6]
Ustaz Haron Din di dalam Bukunya  Ikhtiar penyembuhan Penyakit, menulis doa tahnik seperti berikut:

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah  Allah yang sempurna daripada syaitan-syaitan serta dijauhkan daripada penyakit-penyakit yang menyerang manusia.

[1] 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam al-Quran, Penulis :  Ustaz Haji Zahazan Mohamed , HARGA     :  RM 19.90
[2] Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi dengan merujuk kepada Ibnu Ishak dan lain-lain  sumber.
[3] Menurut Ibnu Katsir , ulama sepakat mengatakan Imran  adalah keturunan Nabi Daud a.s.
[4] Ada pendapat Hanah adalah saudara perempuan kepada isteri nabi Zakaria. Isteri Nabi Zakaria bernama Elisabeth. Mengikut pendapat ini maka Maryam  adalah anak saudara Zakaria a.s  yang mengasuhnya.(Rujuk Ibnu Katsir : Kisah para Nabi)
Pendapat lain mengatakan Elisabeth adalah sepupu Maryam. ( Maulana Abdullah Yusof Ali memetik daripada Luke. i.36.)
Nama lain bagi Hannah ialah Anna (bahasa Latin) dan Anne ( bahasa Inggeris)
[5] QS Ali Imran  35
[6] QS Ali Imran 36 – penulis memaparkan teks al Quran hanya pada bahagian doa berkaitan. Teks doa tersebut diulas oleh Ustaz Zahazan, elok diamalkan membaca doa ini kepada bayi yang baru di lahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. Beliau merujuk kepada Tafsir al-Khazin ayat 36 surah Ali Imran