Jumaat

Kenapa perlu memilih mazhab?

Kita tidak berijtihad, tetapi kita memilih salah satu dari dua pendapat imam-imam. Bagaimana pula ini dikatakan sebagai ijtihad? Mengapa kita hanya perlu mengikut satu mazhab sahaja? Tidak bolehkah kita mencampur-adukkan semua pendapat dan memilih yang terbaik?

Menjawab persoalan di atas, ijtihad bermakna mengeluarkan pendapat. Apabila terdapat dua pendapat yang berlainan, memilih salah satu dari kedua pendapat itu juga dikira sebagai ijtihad. Ikhtilaf yang timbul antara mazhab hari ini sebenarnya adalah ikhtilaf dan perbezaan pendapat sejak zaman para sahabat lagi.

Sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara dua sahabat, maka imam-imam akan terlebih dahulu meneliti yang mana satukah antara percanggahan tersebut yang lebih menepati syarak.

Hasilnya adalah ikhtilaf yang kita lihat pada hari ini. Imam Abu Hanifah lebih condong dalam memilih pendapat Ibnu Mas’ud misalnya dan Imam Syafie lebih kepada Ibnu Abbas. Tidaklah bermakna mereka tidak mengetahui pendapat sahabat-sahabat yang lain.

Jadi, apabila kita melihat terdapat dua pendapat yang berlainan, maka memilih salah satu ke atas yang lain juga dikira sebagai ijtihad kerana ini jualah amalan imam-imam mujtahid yang terdahulu. Dan untuk kita memilih salah satu dari pendapat tersebut kita mestilah mempunyai dalil dan nas yang cukup di samping mengetahui kesemua dalil dan nas, pro dan kontra masalah berkenaan.

Alasan bahawa kita tidak mengeluarkan pendapat dan masih berpegang kepada pendapat seseorang imam tanpa mengikut imam tersebut dalam lain-lain masalah adalah tidak dapat diterima sama sekali. Oleh itu sekiranya ada dalam kalangan kita yang mahu berbuat demikian, hendaklah dia fikirkan kesemua jawapan terhadap persoalan yang bakal dibangkitkan dari segi bahasa, usul, hadis dan lain-lain sebelum dia memilih untuk memilih sebarang pendapat kerana inilah yang telah dilakukan oleh mujtahid-mujtahid terdahulu.

Pernah satu ketika Khalifah Harun ar-Rashid mencadangkan kepada Imam Malik agar disatukan kesemua mazhab dan diambil yang terbaik. Jawapan Imam Malik ialah kesemua perbezaan pendapat adalah berdasarkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya diambil satu sahaja dari kesemua perbezaan tersebut dan ditinggalkan yang lain sedangkan ada kemungkinan yang ditinggalkan itu sebenarnya tepat maka seolah-olah kita meninggalkan sunnah Nabi s.a.w. Jadi tiada keperluan untuk menyatukan semua mazhab apabila kesemua sunnah Nabi s.a.w dapat diamalkan walaupun oleh berlainan puak.

Majoriti ummah pada hari ini membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada Imam ‘Asim al-Kufi. Seperti yang diketahui umum, terdapat 10 qiraat hari ini yang masih boleh dibaca dalam solat. Di utara Afrika misalnya mereka membaca al-Quran dengan riwayat Qalun atau Warsh dari Imam Nafi’ Madani. Ulama qiraat mengatakan bahawa qiraat yang boleh dibaca pada hari ini hanyalah sepuluh dan setiap sepuluh qiraat tersebut mencapai darjat mutawatir (terlalu ramai bersepakat mengenai cara pembacaannya sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga kini sehingga mustahil untuk mereka berkomplot untuk menipu mengenainya).

Semua ahli qiraat bersetuju bahawa diperbolehkan untuk membaca kesemua qiraat dalam satu tilawah dengan cara kita membaca setiap ayat beberapa kali di samping mengkhatamkan setiap cara bacaan. Ataupun kita kumpulkan kesemua qiraat tanpa mengulang ayat tersebut berulang kali, sebaliknya menghabiskan setiap qiraat terhadap setiap perkataan. Untuk memahami hal ini lebih lanjut kita bolehlah mendengar tilawah dari Syeikh Abdul Basit atau dari bacaan Syeikh Na’ina misalnya.

Pun begitu ahli qiraat mengatakan ketika tilawah tidak dibolehkan membaca satu ayat dalam sesuatu qiraat, kemudian membaca ayat yang berikutnya dalam qiraat yang lain kerana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak. Hal ini disepakati oleh semua sama ada pihak yang bermazhab atau selainnya. Jadi sekiranya kita tidak boleh mengambil qiraat dan membacanya bercampur-aduk dengan sesuka hati, bagaimana pula kita boleh mencampur-adukkan pendapat antara mazhab sesuka-hati?

Mengapa golongan yang tidak bermazhab dalam bidang fiqh bertaqlid dengan Imam Hafs dan Imam ‘Asim dalam bidang qiraat? Mengapa tidak mengatakan bahawa Imam ‘Asim tidak pernah memaksa sesiapun untuk bertaqlid dengan beliau? Mengapa soalan-soalan yang sering diutarakan dalam perbahasan fiqah langsung tidak pernah diutarakan dalam ilmu qiraat?

Sekiranya kita berpendapat perlu kita bertaqlid dengan Imam qiraat, maka tidak dapat tidak kita juga mesti bertaqlid dengan imam-imam mujtahidin.

Sumber

Selasa

Fungsi Antara Kekunci Keyboard yang berguna


Salam,ana ada pergi ke kedai buku,ada la beli sedikit buku2 agama dan juga buku berkaitan komputer ni...Ana rasa mau kongsi di blog ni la skit...Jarang ana post pasal komputer,blogging atau biz mana blog ni...tp ana rasa mau letakk sini la jgk...ok la kan...

Antara Kekunci Keyboard yang berguna :

Mungkin jarang dikalangan kebanyakkan pakai fungsi ini..



1 – HOME

  • Bila ditekan, kursor akan dibawa ke permulaan baris di mana kursor itu berada
  • Boleh digunakan semasa proses menaip

2 – INSERT

  • Bila ditekan, ayat yang ditulis akan overwrite ayat yang sedia ada, jika ditulis di antara dua ayat sedia ada
  • Sesuai digunakan dalam mana2 program menaip seperti Word

3 – DELETE

  • Akan padam ayat di sebelah kanan kursor, bila ditekan
  • Berlawanan dengan kekunci "BACKSPACE" yang padam ayat di sebelah kiri kursor
  • Juga sesuai diguna masa menaip

4 – END

  • Berlawanan dengan kekunci "HOME"
  • Bila ditekan, kursor akan bergerak ke hujung baris di mana kursor itu terletak
  • Amat sesuai ketika menaip

5 – PRT SC SYSRQ (PRINT SCREEN)

  • Akan copy apa yang terdapat di screen monitor anda
  • Boleh dipaste ke mana2 program editor gambar seperti MS Paint

6 – PAGE DOWN / PAGE UP

  • Sama fungsi dengan butang skrol di mouse anda
  • Sesuai jika mouse anda versi lama yang tiada fungsi skrol

7 – NUM LOCK

  • Bila ditekan dan ada lampu menyala di atasnya, kekunci nombor di sebelah kanan keyboard akan diaktifkan
  • Proses menaip nombor lebih cepat dengan aktifkan kekunci nombor

8 – TAB

  • Di dalam program menaip seperti Word, kekunci ini digunakan untuk "indent" perenggan anda. Kursor akan bergerak ke tengah semakin ditekan
  • Bila digabung dengan kekunci lain, boleh tukar view program anda.

Cukup setakat ini dulu . Cuba la anda praktikkan, Belum cuba belum tahu tau..


Isnin

Al Quran..Jangan diriku menjauhinya..


Kesibukan urusan hari ke hari serta kelalaianku dalam mengingati Tuhan pencipta menjauhkan aku serba sedikit dari kalamNya..Sungguh aku terasa kian jauh dari cahayaNya..Quran yang kupegang untuk dibaca kadang2 terbiar sepi tatkala urusan dunia memburu diri..Allahu Rabbi aku lalai lagi..memohon nusrahMu Ya Rabb, ku hadirkan kalam penguat semangat untuk aku terus menjunjung kalam Rabbul Izzati kerana aku adalah pemegang amanahMu..moga-moga ia menjadi syafaat buatku di akhirat kelak..bukan hadirnya sebagai azab..nauzubillah min zaalik..

*...................*

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah olehmu Al Qur'an, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa'at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)."" (HR. Muslim)

Sabtu

Tautan Ukhuwwah @ Jalinan Kemesraan


MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)