Isnin

PETUA KALAU ORANG KERANA RASUK

PETUA KALAU ORANG KERANA RASUK.

Petua ini mudah sahaja dan amat mujarab kalau ada orang yang kerasukan kerana petua ini tidak pernah mengecewakan saya sebelum ini.

Caranya mudah sahaja dengan membaca:-

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ sebanyak 7x sambil menahan nafas dan sewaktu menembus nafas baca ayat ini. لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله
Nafas hendaklah di hembuskan ke telinga orang yang kerasukan itu sambil menjetik telinga orang kerasukan tu berkali-kali sehingga habis hembuskan nafas.

Baca dan buatlah beberapa kali In Sha Allah syaitan itu akan keluar dan sekiranya tak keluar juga syaitan tu nak kena 🖐️ pula le tu.

Ahad

Keluarga sebelah mek hasanah Kg Kerasak Pasir Mas Kelantan

Keluarga sebelah mek hasanah
=======================
Daud bin wan kecik
Isteri
Esah bin yusof

Daud bin wan kecik dan ali wan kecik (beradik)

Esah bin yusof
Daud bin yusof (beradik)

Hamzah bin daud (anak 8)
Abdul ghani bin daud (anak 3)
Hasanah bt daud (anak 6)
Abdul Ghafar bin daud (umur 10thn meninggl)

Abdullah daud
Atiqah daud
Sepiah daud
Rahimah daud (mokcik mah)
Mohd Nasir daud (ayah cik)
Hanisah daud

Keluarga sebelah mek hasanah
=======================

Isnin

Pesanan Sufyan Ath-Thauri.

‘TACKLE’ MURID DI TAPAK PERHIMPUNAN DENGAN 5 TIP DARI SUFYAN ATH-THAURI

Nak handle murid di tapak perhimpunan mesti ada skill tertentu. Bila murid berkumpul dalam jumlah yang agak ramai dan padat, cikgu cuba amalkan 5 tip di bawah. Moga bermanfaat untuk sahabat semua.

Pesanan Sufyan Ath-Thauri.

Pesanan ini selalu saya sebut di hadapan murid jika terlibat menyampaikan ceramah atau kendalikan sesuatu program.

Sebenarnya 5 pesanan daripada tokoh hadith ini merupakan disiplin ilmu terpenting.

أول العلم الصمت والثاني حسن الإستماع والثالث حفظه والرابع العمل به والخامس نشره

1.  As-sumtu maksudnya diam :

Disiplin paling asas dalam menuntut ilmu murid mesti diam, fokus pada guru dan tidak bercakap.

Boleh gugur pahala menuntut ilmu jika suasana bising dan pendengar tidak memberi perhatian kepada guru yang sedang bercakap di hadapan.

2.  Husnul istima’, pendengar yang baik.

Ajari murid menjadi pendengar yang baik, tidak mengelamun dan faham apa yang di sampaikan.

Setiap kali menyampaikan satu maklumat guru mesti menguji murid, cuba dengar jawapan mereka, jika tidak menyasar daripada apa yang disampaikan bermakna murid menyerap ilmu dengan baik.

Allah SWT menjanjikan rahmat kepada hambaNYA yang mampu mendengar setiap ilmu yang disampaikan dengan sabar dan tawadduk.

3.  Hifzuhu, hafaz dan ingat.

Ingat, hafaz maklumat yang diperolehi perkara paling penting dalam disiplin menuntut ilmu. Objektif utama guru menyampaikan ilmu ialah murid dapat menyebarluaskan ilmu yang disampaikan. Syarat utama ialah murid mesti ingat dengan baik dan mampu menyampaikan kepada orang lain dengan betul dan tepat.

4.  Wal ‘amalu, amalkan.

Ingatkan murid, ilmu yang mereka perolehi tidak akan berakhir sebaik sahaja keluar dari dewan. Seseorang itu tidak akan diiktiraf sebagai berilmu sekiranya tidak beramal dengan apa yang dipelajarinya. Serapkanlah apa yang di sampaikan oleh guru dalam amalan dan kehidupan seharian. Akhlak yang baik datangnya daripada kesan ilmu yang diamalkan, itu juga menjadi tanda keberkatan ilmu yang di sampaikan oleh guru.

5.  Wan-nasyr, sebarkan.

Dalam Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) murid yang merangkumi 5 disiplin ini layak mendapat PT 6. Mampu menyampaikan semula ilmu dan maklumat yang diperolehi adalah nilai murni yang terbaik dan boleh dipuji.

Galakkan murid berkongsi ilmu dan mempunyai semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama rakan walaupun di mana mereka berada. Jangan terkejut jika daripada amalan menyebarkan dan berkongsi ilmu bersama rakan melahirkan murid yang penyayang, bertanggungjawab, berketerampilan dan mempunyai nilai integriti dalam diri mereka.

Pesanan paling "Deep" untuk cikgu..

Jika  mahukan murid jadi penuntut yang hebat,

1.  Cikgu mesti mulakan dengan arahan yang jelas, jangan berleter kerana ia menghilangkan kepercayaan dan rasa hormat murid pada guru.

2.  Kedudukan guru mesti sesuai, selalu bergerak dan tidak statik kerana murid sangat suka bergerak, walaupun sekadar menggerakkan kepala dan pandangan.

3.  Jika suasana berubah kerana guru meminta jawapan daripada murid, diamkan mereka dengan meminta murid betulkan kedudukan dan fokuskan pandangan kepada guru. In Sha Allah berkesan.

4.  Serahkan hati dan perasaan, murid dapat merasai jika bait ucapan guru itu ikhlas ditujukan kepada mereka. Semasa bercakap sebarkan emosi yang baik dan lembut kerana ia memberi kesan kepada hati murid.

Jika kita bercakap dengan perasaan marah, murid akan menyerap perasaan itu dan menyebarkannya kepada orang lain, malahan ia akan kekal lama dalam sanubari murid. Mungkin bila mereka pulang, perasaan marah ini disebarkan dalam keluarga pula, akhirnya ia tiada penghujung.

Jadilah artis pujaan kepada murid.. Sentiasa dirindui dan tidak sabar untuk bertemu.

- Aminah Mat Yusoff -

#ShareIlmuAllah
#UmmiWafaberbicara
#NikmatIlmuImandanIslam

Ahad

Penawar busung dan gila meroyan

HERBA PENYAKIT GILA MEROYAN DENGAN PENYAKIT BUSUNG.

Dari pagi lagi saya menjelajah beberapa Bukit kerana hendak mencari herba untuk masalah lelaki dan wanita, memang bukan mudah hendak mendapatkan herba yang kita mahukan.

Dalam masa mencari herba saya teringat kepada seseorang yang minta saya merawat penyakit busung, jadi membuat rakaman video  untuk memudahkan beliau mengenali pokok yang ingin saya sampaikan.

Pokok ini namanya pokok sulaiman, ia tumbuh di tempat yang sejuk Dan amat mudah untuk didapati.

Khasiatnya amat berguna bagi mereka yang bermasalah dengan penyakit busung. Cara merawatnya ambil daun dan batang di campur dengan kunyit hidup sebesar ibu jari dan tiga jemput beras, kemudian tumbuk sehingga hancur.

Bila sudah hancur masukkan sedikit air ( semoleknya air itu dibaca dengan empat Qul.) kemudian sapu di perut yang membusung itu. Lakukan setiap hari In Sha Allah akan sembuh penyakitnya.

Untuk wanita yang sakit gila meroyan rebus akarnya dan baca empat Qul dan Ayatul Qursi tujuh kali bagi pesakit itu minum selalu, In Sha Allah akan sembuh penyakit itu.

Drpd fb ustz rosdi

Sabtu

Keluasan Jarak Tanah Haram

Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melindungi Masjidil Haram dari segenap penjuru. Allah s.w.t. menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah s.w.t. semenjak dijadikan bumi hinggalah ke hari kiamat. Sempadan Tanah Haram memang patut di ketahui kerana ia berkaitan dengan beberapa hukum khas . Hukum Tanah Haram ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. semenjak bumi dijadikan dan ia berkekalan sehingga hari kiamat. Lantaran itulah, Makkah telah menjadi perhatian umat Islam sejak dahulu lagi.

Orang yang pertama dikatakan membuat tanda sempadan Tanah Haram ialah Nabi Ibrahim a.s. berpandukan petunjuk daripada Jibrail a.s. Selepas pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah melantik Tamim bin Asad al-Khuza’I r.a. agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram.

Selepas itu khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa memperbaharui a’lam (tanda) Tanah Haram di setiap penjuru, di atas bukit dan tempat tinggi, begitu juga di lembah. Ada yang masih kekal dan ada yang telah rosak. Bilangan tanda yang dibuat telah mencecah sehingga 934 tanda, sebagaimana yang di catat oleh Dr. Abdul Malik bin Abdullah bin Duhais dalam tesis Ph.D nya yang bertajuk ‘Al-Haram al-Makki al-Syarif wa al-A’lam al-Muhithah bihi.

Pembaharuan terakhir dilakukan pada tahun 1422H, pada zaman Khadimul Haramain al-Malik Fahd bin Abdul Aziz.

Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya ialah 127 km dan keluasannya ialah 550 km dan 300 meter persegi.

Di sini dinyatakan anggaran jarak di antara Masjidilharam dengan beberapa sempadan Tanah Haram. Jarak ini sentiasa berubah-ubah mungkin disebabkan oleh factor perubahan jalan, atau ikhtilaf dalam menentukan ukuran. Pada zaman dahulu, ukuran yang didunakan ialah mile (batu) hasta dan sekarang pula ialah meter dan kilometer.

1. Al-Tan’im
Iaitu jalan keluar menuju ke Madinah. Ia terletak berdekatan dengan Masyid Sayidah Aishah r.ha. Jaraknya ialah 7.5 km.

2. Adhaat Libn
Kini dikenali dengan nama Uqaisyiah, iaitu jalan menuju ke arah Yaman. Jaraknya ialah 16 km.

3. Al-Syara’i
Terletak pada jalan menuju ke masjid Ji’ranah. Jaraknya ialah 16 km.

4. Al-Hudaibiyyah
Iaitu jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya ialah 22 km. Jalan baru sekarang dikenali dengan nama al-Syumaisi.

5. Jabal Namirah (Zat al-Sulaim)
Jaraknya ialah 22 km mengikut jalan raya dan 15 km mengikut jalan lurus pejalan kaki (pesestrian).

Manakala sempadan Tanah Haram dengan tanah halal di Arafah (tempat wuquf) dikenali melalui tanda-tanda yang banyak dibina di Wadi ‘Uranah.

Allah s.w.t. telah menjadikan seluruh kawasan ini sebagai kawasan yang aman dan menjadi tempat tumpuan manusia.

Firman Allah bermaksudnya: ‘Sesiapa memasuki Tanah Haram, maka dia akan mendapat keamanan’.

Allah memberi ancaman kepada mereka yang cuba melakukan kejahatan (ilhad) di dalam Tanah Haram dengan firman-Nya yang bermaksud ‘Dan sesiapa yang berniat (belum melakukannya) untuk melakukan ilhad (kezaliman dan kejahatan) di Tanah Haram, nescaya Kami rasakan kepadanya sebahagian daripada seksaan yang pedih’.

Allah akan menimpakan azab ke atas mereka yang berniat untuk melakukan kejahatan di Tanah Haram. Kata Ibn Mas’ud r.a.: “Tiada tempat yang seseorang itu dikira bersalah dengan hanya bercita-cita untuk melakukan sesuatu kejahatan sebelum melakukannya, kecuali di Makkah."

Jumaat

BAWANG MERAH MEMBANTU ORANG YANG TERKENA SANTAU

BAWANG MERAH  MEMBANTU ORANG YANG TERKENA SANTAU

Santau pasa asalnya ialah satu ilmu yang diamalkan oleh wanita pada asalnya ilmu ini berasal dari negara seberang.
Kisah santau bermula dari kisah seorang wanita dari negeri Perak daerah Gerik, di mana si suami  belaku curang pada Isterinya sehingga  belaku perceraian.

Si isteri berasa sedih yang amat sangat dan berdendam kepada bekas suaminya.
Di takdirkan cerita secara kebetulan ada seorang wanita tua dari negara sebarang yang datang ketanah melayu, merasa kasihan melihat wanita yang di tinggalkan suaminya itu yang hidup dalam kekecewaan.

Wanita dari negara seberang itu telah mengajarnya ilmu yang bernama santau untuk mengajar bekas suaminya yang telah membuatnya begitu kecewa.

Setelah wanita itu mempelajari  ilmu santau dari wanita seberang, wanita itu telah menyantau bekas suaminya sehingga menyebabkan mati dalam keadaan muntah darah.

Dari situlah bermulanya kisah ilmu santau, sebab itulah santau mempunyai ibu atau lebih dikenali dengan jolokkan ibu santau, kerana ia pada asalnya diamalkan oleh wanita, kalau lelaki tentu telah diberi  nama bapak santau. Sehingga kini sama ada lelaki atau wanita tetap diberi nama ibu santau kepada orang yang mengamalkan ilmu santau itu.

TANDA ORANG YANG TERKENA SANTAU.

Orang yang terkena santau akan batuk yang teruk seperti batuk kering sehinggakan doktor tidak dapat mengesan pesakit yang terkena sihir santau.

Orang yang terkena santau boleh mengesannya melalui tanda-tanda seperti berikut :

1. Di bawah bibir akan menjadi biru kehitaman.

2. Kuku akan tangan akan berasa kasar dan sedikit kebiruan.

3.  Badan akan merasa ada seperti garam yang keluar dari liang ruma.

4. Gigi akan menjadi goyang.

5. Dada mereka akan merasa sakit bila memakan apa jua jenis asam terutamanya limau, nenas serta tumbuhan yang menjalar serta berdebu termasuk juga rebung buluh.

6. Orang yang terkena santau juga akan merasa sakit dada bila memakan ikan seperti ikan bujuk serta ikan yang mempunyai sengat.

Santau di buat dari benda yang tajam dan amat halus, oleh itu adalah amat mustahil orang yang terkena santau bila dirawat akan mengeluarkan paku dan pisau pengcukur, ini amat jelas satu penipuan sekiranya terkeluar benda yang besar seperti itu.

Bila orang yang terkena santau itu dirawat benda yang akan keluar ialah seperti habuk kaca, miang buluh, habuk besi yang amat halus hanya boleh dilihat dengan lampu suluh sahaja  bila santau itu jatuh di atas daun pisang bila tubuh pesakit itu ditepuk oleh perawat.

Selalunya daun pisang kelat air selalu digunakan yang diambil dari daun pisang muda masih bergulung.

Orang yang termakan santau yang kuat akan merasa sakit dada dan muntah darah, jadi apa yang perlu mereka buat ialah mereka perlu memakan bawang merah sebanyak mungkin kerana bawang merah dapat mencegah dari bisa santau masuk kejantung, maka sempatlah mereka mendapatkan rawatan dari perawat.

Drpd fb ustaz rosdi

Rabu

DUA IMAM ASY-SYATIBI

DUA IMAM ASY-SYATIBI

1. AL-QASIM IBN FIRUH ASY-SYATIBI : PENGASAS ALIRAN BACAAN ASY-SYATIBI (538 - 590H) 👨‍🏫

Anda tahu atau tidak? Majoriti bacaan Al-Quran yang diamalkan di Malaysia (keseluruhan masyarakat Islam) ialah bacaan Qiraat Imam ‘Asim melalui riwayat Imam Hafs beraliran Al-Syatibi.

Siapakah beliau?

Nama beliau adalah Al-Qasim Bin Firuh Bin Khalaf Bin Ahmad Al Ru’ayni Al-Syatibi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan di Xativa, Sepanyol yang terletak 70 KM daripada Wilayah Valencia pada tahun 538H (1144M). Kehidupan beliau melalui era kebangkitan Kerajaan Al-Muwahhidun (1146 – 1238M) yang mula menguasai kota – kota Andalusia selepas Kerajaan Al-Murabitun mengalami kemunduran (1086 – 1145M).

Imam As-Syatibi Rahimahullah seorang yang amat alim dalam pelbagai bidang ilmu terutama berkaitan dengan ilmu Qiraat, Tafsir, Nahu, Lughah, Hadis dan Fekah. Bahkan beliau bijak menta’bir mimpi, beliau juga dikenali sebagai tokoh sasterawan bahasa Arab yang terkenal di Kota Syatibah dengan lahirnya Kitab Nuzum fi Mawani’ Al-Sarf. Di Kota Syatibah, beliau menjadi pakar rujuk Ilmu Qiraat dan Ulum Al-Quran seawal remaja kerana kecerdikan yang dianugerahkan.

Beliau berguru dalam bidang Al-Quran dan ilmu Qiraat bersama para gurunya Abu Abdullah Muhammad Abil Ash Al-Nafari (550H), Ibn Huzayl – Anak murid Imam Ad-Dani (563H), Imam al-Mubarrad, Abu Tahir al-Salafi, Ibn Humayd (586H), Ibn al-Ni’mah al-Balansi (567H), Abu Abdullah Al-Isybili (600H), Ibn Asy’ir al-Ansari (567H), Abu Tahir al-Salafi (576H), Abu al-Qasim bin Hubaysy (584H), Abu al-Husayn al-‘Umri (564H), Ibn al-Faras (567H).

Antara anak – anak murid beliau adalah Abu Al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdus Samad Al-Sakhawi (643H), Al-Kamal Ali bin Syuja’ bin Salim al-Darir al-Masri (661H), Ali bin Muhammad bin Musa Al-Tujibi (626H), Abdul Rahman bin Abul Qasim Al-Azdi Al-Tunisi dan ramai lagi.

Antara kitab karangan beliau di dalam bidang Ilmu Qiraat dan Ulum Quran ialah Kitab Matan Hirzul Amaani wa Wajhu Al-Tahaani fi Al-Qiraat (Matan As-Syatibiyah) yang menerangkan tentang 7 Imam Qiraat yang masyhur yang disusun seribu lebih baris puisi. Manakala Kitab ‘Aqilah Atrab al-Qasaid fi Asna’ al-Maqasid pula membicarakan Ilmu Rasm Uthmani.

Imam As-Syatibi berhijrah ke Kaherah, Mesir pada tahun 572H (1177M). Pengembaraan ilmu beliau ke bumi Mesir amat dialu-alukan oleh warga Kota Mesir atas ketinggian ilmu dan mulianya beliau sebagai seorang guru Ilmu Qiraat, Ulum Al-Quran yang unggul. Imam An-Nawawi ada menyebut, Imam As-Syatibi jika dibanding dengan orang lain di Mesir tiada tandingan pada masa itu kerana ilmu yang banyak. Imam Az-Dzahabi juga memuji ketokohan Imam As-Syatibi merupakan Imam yang sangat alim, cerdik dan menguasai pelbagai bidang ilmu dan antaranya mengetuai ilmu Qiraat, ilmu Hadis dan menghafaznya, pakar Bahasa Arab dan sebagainya.

Imam As-Syatibi mengabadikan dirinya dengan ilmu hingga dijemput Allah S.W.T pada 28 Jamadilakhir tahun 590H (20 Jun 1194M) usianya 52 tahun dan dimakamkan di Jabal Muqattam, Kaherah Mesir. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan kesejahteraan kepada beliau Imam As-Syatibi, ilmuan unggul bumi Andalusia.

Al-Fatihah.
-----------------------------------------------------------------
2. ABU ISHAQ IBRAHIM ASY-SYATIBI : ARKITEK MAQASID SYARIAH (720 - 790H) 👨‍🔧

Selepas lebih kurang 130 tahun pemergian Al-Qasim Ibn Firuh As-Syatibi di Mesir, maka dengan izin Allah lahirlah seorang lagi tokoh yang bernama Abu Ishaq Ibrahim b. Musa b. Muhammad Al-Lakhmi Al-Shatibi Al-Garnati. Dicatatkan beliau berketurunan Suku Arab Lakhmi yang lahir di bumi Garnatah (Granada, Sepanyol) pada tahun 720H (1320M) ketika era pemerintahan Kerajaan Bani Ahmar / Nasriyyah (1238 – 1492M) iaitu sebuah Kerajaan Daulah yang terakhir di Andalusia.

Gelaran As-Syatibi merujuk kepada sebuah tempat bernama Syatibah (beliau tidak dilahirkan disitu atau tinggal) tetapi keturunannya berasal daripada Shatibah. Kota Xativa telah ditakluki Kerajaan Kristian Aragon sejak 1244M lagi daripada Kerajaan Al-Muwahhidun yang kalah dalam mempertahankan wilayah itu.

Imam Abu Ishaq As-Syatibi turut dikenali sebagai Al-Imam Al-‘Allamah (yang amat mendalam pengetahuannya), Al-Muhaqqiq (yang memiliki kemampuan menyelesaikan masalah). Al-Hafidz (yang menjaga dan menghafaz ribuan hadis), Al-Qudwah (yang diiikuti) dan Al-Mujtahid (yang mampu menyelesaikan masalah hukum).

Beliau berguru bagi mendalami pelbagai ilmu bahasa arab, dengan Abu Abdullah Muhammad Al-Biri (754H) yang terkenal dengan gelaran Sheikh An-Nuhat Al-Andalus “Penguasa Ilmu Tatabahasa”, dan seterusnya Abu Qasim Muhammad Ibn Ahmad As-Sabti (760H), Abu Ja’far As-Syaquri Al-Garnati (762H) yang mengajarnya Kitab Sibawaih dan Alfiah Ibn Malik, Selain itu beliau mendalami Ilmu Tafsir bersama Abu Abdillah Al-Balansi (765H), guru Hadis beliau adalah Abul Qasim Ibn Bina dan Syamsuddin Al-Tilimsani (767H) mendalami Kitab al-Jami’ As-Sahih Al-Bukhari dan Al-Muwatta’ Imam Malik.

Penguasaannya dalam Ilmu Kalam dan falsafah pula daripada Abu Ali Mansur Al-Zawawi (753H) yang merupakan pakar falsafah di Granada, dan Ilmu Sastera dipelajari dari Abu Bakr Al-Qarsyi Al-Hasymi (769H). Beliau menuntut Ilmu Usul Fiqh dari Abu Abdillah Muhammad Ibn Ahmad Al-Maqqari (761H) merupakan Ketua Qadi Kerajaan Mariniyun Sultan Abu Inan ketika itu, dan gurunya Abu Abdillah Muhammad Ibn Ahmad Al-Syarif At-Tilimsani (771H) adalah orang yang dikenali kerana ketinggian ilmunya dan mencapai taraf Mujtahid pada zamannya juga penulis kitab Miftah Al-Usul ila Bina Al-Furu’ ‘ala Al-Usul, dan beliau mempelajari hukum hakam islam dari Ulama terkenal bernama Abu Said Ibn Lubb (764H).

Antara anak-anak murid Imam As-Syatibi yang dicatatkan dari Timbuktu adalah Abu Yahya Ibn ‘Asim dan Abu Bakr Ibn ‘Asim dan yang ketiga Faqih Abu Abdullah Al-Bayani. Selain itu, Abul Afjan menyebut yang lain adalah Abu Ja’far Al-Qassar dan Abu Abdullah Al-Majari.

Antara karya agung beliau adalah Kitab Al-Muwafaqat yang dianggap sebagai magnum opusnya. Penjelasan dan penerangan beliau tentang konsep maslahah (kepentingan awam / kebajikan) dan Maqasid Al-Syariah (tujuan sebenar Syariah) menjadi rujukan karya kontemporari para ilmuan Fiqh masakini.

Imam Abu Ishaq As-Syatibi hidup pada era terjadinya banyak perubahan dalam Kerajaan Bani Ahmar, Granada pada abad ke – 14 melalui perkembangan politik, sosial, ekonomi dan pengaruh hukam – hakam Islam. Malahan pada zamannya juga berkembang pesat ilmu pengetahuan melalui para intelektual seperti Ibn Khaldun di Afrika Utara, Imam Ibnu Kathir, Badruddin Al-Zarkashi & Imam Taqiuddin As-Subki (Mesir), Imam Ibn Taimiyyah (Syam), Imam Ibn Rajab Al-Hambali (Baghdad), Imam Az-Dzahabi & Ibn Qayyim Al-Jauzi (Damsyik), Said Al-Taftazani (Khurasan) dan ramai lagi.

Ilmuan hebat yang lahir dari bumi Sepanyol ini, meninggal dunia pada 8 Syaaban 790H (1388M) di Granada dengan meninggalkan jasa yang amat besar dalam dunia Islam.

Semoga Allah Taala meredhai segala khidmatnya untuk Islam.
Wallahua’lam.
------------------------------------------------------------

JOM AMBIL IKTIBAR, HAI UMAT 💪

-ADMIN-

Andalus : Tamadun Islam yang Hilang

LIKE PAGE : https://www.facebook.com/MuslimAndalus/

Ahad

BERADAB dengan ulama Salafus Soleh.

Ramai orang-orang yang self-claimed pakar hadith rata-ratanya menampakkan diri mereka amat TIDAK BERADAB dengan ulama Salafus Soleh.

Antara kebiadapan yang mereka lakukan adalah apabila mereka membacakan hadith yang diriwayatkan oleh para Imam Salafussolleh sama ada Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, An Nasaie, Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain. Mereka akan sudahi dengan ..... DI SAHIHKAN OLEH AL BANI ...

Benarkah anda ini orang yang faham tentang hadith?

Jika faham, bagaimana anda boleh begitu KURANG AJAR dengan para Imam Hadith?

Siapa Al Bani hendak dibandingkan dengan para Imam Hadith?

Layakkah Al Bani "mensahihkan" hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para Imam Hadith?

Nampak sangat mereka-mereka ini tidak kenal, siapa AlBani. Hanya ikut-ikutan.

SIAPA ALBANI?

Tahukah anda, Albani hakikatnya DITOLAK OLEH ualma-ulama besar hadith ?

Penolakan Ulama Terhadap Albani

Ikhwah, di kalangan 'pendakwa salaf zaman khalaf' nama Nashir bin Nuh al-Albani / Albani (penyokongnya menyebutnya sebagai Nashiruddin konon-kononnya dia sebagai "pembela agama", tetapi yang nyata dibawanya ialah virus perpecahan ummat) dipandang tinggi sehingga dianggap sebagai seorang muhaddits ulung zaman ini, bahkan ada yang mensejajarkan kedudukannya dengan para imam ahli hadits terdahulu. Punya hebat promosinya sehingga orang ada yang terkeliru sehingga menjadikannya sebagai pemutus dalam persoalan ilmu hadis.

Sebenarnya keilmuan dan kepakaran Albani dalam bidang ilmu hadits dan lain-lain ilmu banyak dipertikaikan oleh ramai ulama dan muhadditsin. Ternyata Albani banyak mengeluarkan fatwa yang keliru dan bercelaru serta haru biru. Albani merasa dia telah layak untuk menyaring kitab-kitab hadits kepada shohih dan dhaif seperti yang dilakukannya kepada kitab-kitab sunan, bahkan Bukhari dan Muslim pun tidak terlepas dari kritikan Albani.

Alhamdulillah, fatwa-fatwa mengarut Albani telah dipertikaikan oleh banyak ulama dan mereka telah menulis berpuluh-puluh kitab untuk menjawab pendapat-pendapat Albani yang keliru. Antara ulama yang membuat penolakan kepada Albani adalah:-

1. Muhaddits besar India, Habibur Rahman al-'Adhzmi yang menulis "Albani Syudzudzuhu wa Akhtha-uhu" (Albani kesamarannya dan kesalahannya) dalam 4 jilid;

2. Dahhan Abu Salman yang menulis "al-Wahmu wath-Thakhlith 'indal-Albani fil Bai' bit Taqshit" (Keraguan dan kekeliruan Albani dalam jual beli secara ansuran);

3. Muhaddits besar Maghribi, Syaikh Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari yang menulis "Irgham al-Mubtadi` 'ala ghabi bi jawazit tawassul bin Nabi fil radd 'ala al-Albani al-Wabi"; "al-Qawl al-Muqni` fil radd 'ala al-Albani al-Mubtadi`"; "Itqaan as-Sun`a fi Tahqiq ma'na al-bid`a";

4. Muhaddits Maghribi, Syaikh 'Abdul 'Aziz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari yang menulis "Bayan Nakth an-Nakith al-Mu'tadi";

5. Ulama Yaman, 'Ali bin Muhammad bin Yahya al-'Alawi yang menulis "Hidayatul-Mutakhabbitin Naqd Muhammad Nasir al-Din";

6. Muhaddits besar Syria, Syaikh 'Abdul Fattah Abu Ghuddah yang menulis "Radd 'ala Abatil wal iftira'at Nasir al-Albani wa shahibihi sabiqan Zuhayr al-Syawish wa mu'azirihima" (Penolakan terhadap kebatilan dan pemalsuan Nasir al-Albani dan dahulu sahabatnya Zuhayr al-Syawish serta penyokong-penyokong keduanya);

7. Muhaddits Syria, Syaikh Muhammad 'Awwama yang menulis "Adab al-Ikhtilaf" dan "Atsar al-hadits asy-syarif fi ikhtilaf al-a-immat al-fuqaha";

8. Muhaddits Mesir, Syaikh Mahmud Sa`id Mamduh yang menulis "Tanbih al-Muslim ila Ta`addi al-Albani 'ala Shahih Muslim" (Peringatan kepada Muslimin berhubung serangan al-Albani ke atas Shahih Muslim) dan "at-Ta'rif bil awham man farraqa as-Sunan ila shohih wad-dho`if" (Penjelasan terhadap kekeliruan orang yang memisahkan kitab-kitab sunan kepada shohih dan dho`if);

9. Muhaddits Arab Saudi, Syaikh Ismail bin Muhammad al-Ansari yang menulis "Ta`aqqubaat 'ala silsilat al-ahadits adh-dha`ifa wal maudhu`a lil-Albani" (Kritikan atas buku al-Albani "Silsilat al-ahadits adh-dha`ifa wal maudhu`a"); "Tashih Sholat at-Tarawih 'Isyriina rak`ataan war radd 'ala al-Albani fi tadh`ifih" (Kesahihan sembahyang tarawih 20 rakaat dan penolakan terhadap al-Albani pada mendhaifkannya); "Ibahat at-tahalli bidz-dzahab al-muhallaq lin-nisa' war radd 'ala al-Albani fi tahrimih" (Keharusan perempuan berhias dengan emas berlingkar (gelang) dan penolakan terhadap al-Albani pada mengharamkannya); dan "Naqd ta'liqat al-Albani 'ala Syarh at-Tahawi" (Sanggahan terhadap al-Albani atas ta'liqatnya pada Syarah at-Tahawi";

10. Ulama Syria, Syaikh Badruddin Hasan Diaab yang menulis "Anwar al-Masabih 'ala dhzulumatil Albani fi shalatit Tarawih".

Ramai lagi ulama dan banyak lagi buku karangan mereka yang menjelaskan kesilapan, kekeliruan dan kekacauan pemikiran serta ilmu Albani. Malangnya buku-buku dan ulama-ulama yang menolak al-Albani kurang mendapat promosi kerana penajanya kurang berbanding dengan al-Albani. Contohnya buku Albani yang mendhaifkan sembahyang tarawih 20 rakaat boleh didapati di mana-mana dalam terjemahan bahasa melayu, sedangkan penolakannya amat payah didapati. Maka geng pemalas sembahyang tarawih 20 rakaat dengan egonya berhujjah dengan buku tersebut, sedangkan hujjah - hujjah yang ada didalamnya telah lumat dijawab oleh ulama lain tanpa diketahui mereka. Orang awam yang malas mencari, membisu 1000 bahasa, keliru dan ada yang termakan dakyah Albani and the gang.

Inilah yang berlaku sekarang, hatta di Malaysia puak-puak Wahhabi dan Syiah mendapat tajaan yang lumayan daripada penaja-penaja mereka. Contohnya sekolah-sekolah berbau salafi-wahhabi mendapat tajaan dan murid-murid yang ditaja mereka mendapat akses mudah ke universiti-universiti berorientasikan salafi-wahhabi walaupun murid tersebut alif besar batang kelapa pun tak kenal, bahasa 'arab pun arap-arap. Tak apa, masuk ma'had dahulu di Saudi sebelum kuliyyah. Maka masuklah kawan ni ke ma'had, lepas ma'had baru kuliyyah, lepas kuliyyah balik kampung bid`ahkan orang kiri kanan dan ajar Tuhan ada kat langit. Ini berlaku kat kampung aku kepada salah seorang kawan ku sendiri. Aku juga ingat ada kawan dari Kelantan sewaktu temuduga untuk ke Universiti Madinah antara soalan yang ditanya ialah "Aina-Allah ?" (Di mana Allah ?). Allahu..... Allaaaah.

Dicatat oleh Abu Muhammad di 10:46 PTG

Sabtu

Ayat menceritakan perihal nabi musa

Seorang pelajar bertanya kepada Fadhilatus Syaikh Usamah Al Azhari ; “Apakah cara yang benar untuk memahami agama ini dan memahami Al-Qur’an dan Hadith?”

Fadhilatus Syaikh menjawab :”Baik,sebutkan kepadaku apa yang engkau faham dari ayat

[وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الأَلْوَاحَ]
pada perkataan “wa alqa al-alwah”?

(Ayat yang menceritakan tentang Nabi Musa Alaihis Salam pulang dari bermunajat lalu melihat kaum Baginda menyembah berhala)

Pelajar itu menjawab : “Ayat ini bermakna Nabi Musa AlaihisSalam telah melempar lembaran wahyu yang dipegangnya akibat terlalu marah dengan perlakuan kaum Baginda”

Mendengar jawapan dari pelajar tersebut,Fadhilatus Syaikh menerangkan secara panjang lebar :

“Apabila engkau mentafsirkan perkataan أَلْقَى dengan makna melempar atau menghempas,ketika itu engkau telah melakukan kesalahan yang amat besar dalam memahami kalaamullah. Lembaran wahyu itu mengandungi kandungan Taurat.  Taurat adalah kitab suci. Kefahaman engkau bahawa Saidina Musa melempar dan mencampakkan kitab suci akibat terlalu marah mengandungi kesalahan yang amat besar. Pertamanya ia bercanggah dengan perkara pokok dalam agama iaitu Para Nabi adalah Maksum. Maksum bererti terpelihara dari melakukan sebarang perkara terlarang dalam syariat,walaupun hanya sekadar khilaf aula. Perbuatan melemparkan lembaran suci adalah haram hukumnya.Bagaimana engkau boleh faham bahawa Saidina Musa melemparkan lembaran wahyu yang suci itu? Kemudiannya,engkau cuba pula untuk merasionalkan kefahaman engkau itu dengan berkata perbuatan itu dilakukan kerana Saidina Musa terlampau marah ketika itu. Kefahaman ini lebih berat kerana engkau mengatakan bahawa Saidina Musa dapat ditewaskan oleh perasaan marah,sehingga melakukan perkara yang dilarang syarak,sedangkan kita dapat lihat orang-orang soleh biasa mampu mengawal marah mereka. Kefahaman sebegini amat-amat bercanggah dengan persoalan maksumnya para Nabi.

“Oleh itu,cara yang benar untuk memahami ayat ini dengan betul adalah dengan kita mestilah menghimpunkan terlebih dahulu kesemua ayat dan hadith yang menyebut lafaz أَلْقَى lalu kita teliti penggunaannya. Kita perlu lihat apakah makna lafaz ini dalam penggunaan bahasa Arab yang fasih. Apabila kita melihat kamus-kamus utama bahasa arab,kita akan mendapati perkataan أَلْقَى membawa makna “meletakkan sesuatu dalam keadaan tenang”. Apabila kita menghimpunkan ayat Al-Qur’an yang menyebut perkataan أَلْقَى sebagai contoh ayat yang menyebutkan tentang Ibu Saidina Musa ingin menyelamatkan anaknya yang baru dilahirkan dari buruan Firaun :

وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ .

Adakah lafaz “فَأَلْقِيهِ” di sini bermaksud “lempar dan campaklah anakmu itu ke tali air”?

Tentu sekali tidak dapat digambarkan bahawa seorang ibu yang penyayang yang ingin memastikan keselamatan anaknya akan melempar dan mencampakkan anaknya ke dalam tali air itu. Pastinya makna yang tepat bagi lafaz itu adalah “letakkanlah anakmu itu dengan baik di tali air..”

Kemudian Fadhilatus Syaikh menghimpun dan menyebutkan ayat-ayat lain satu persatu (sekitar 10 ayat dan hadith) yang mengandungi perkataan الإلقاء untuk menjelaskan maksud sebenar dari perkataan tersebut yang mana akhirnya membuatkan kami semua yang hadir dapat faham makna sebenar bagi lafaz أَلْقَى yang disebut dalam kisah Nabi Musa setelah pulang dari bermunajat dengan Allah tersebut.

Fadhilatus Syaikh menegaskan lagi bahawa adalah menjadi satu kesalahan yang besar apabila kita cuba mentafsir dan memahami ayat Al-Qur’an dengan berpandukan penggunaan semasa di zaman kita bagi lafaz tertentu dengan mengabaikan makna asal dalam penggunaan bahasa arab.

Sebagai contoh perkataan أَلْقَى tersebut yang biasanya diguna pada zaman kita dengan makna يرمي yakni melempar dan menghempas,sedangkan makna asalnya berlainan dengan penggunaan hari ini.

Akhirnya,Fadhilatus Syaikh menekankan 4 syarat utama dalam memahami sebarang Ayat Al-Qur’an,Hadith atau sebarang perbahasan dalam persoalan agama:

1. Mestilah menghimpunkan segala ayat dan hadith yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.

2. Mestilah berkemampuan untuk menyusun atur dan menggabungjalinkan segala dalil yang telah dihimpunkan tadi.

3. Mestilah memastikan ketepatan dalam mengeluarkan makna dari lafaz-lafaz ayat dan hadith tersebut dengan mengikuti disiplin istinbat yang betul (lughah arabiah dan usul fiqh)

4. Kefahaman yang telah dikeluarkan tadi ditimbang dan disemak pula dengan perkara teras dan pokok dalam agama juga maqasid syariah.

HafizaAllahu Syaikhana As-Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang telah mendidik dan menunjukkan buat kami akan jalan dan cara faham untuk mendalami agama dengan benar.

Bukan sekadar dakwaan dan semangat yang jauh dari panduan Ilmu.

Ditulis oleh:

Muhammad Noorazam Bin Bahador
Graduan Darul Ifta’ Al-Misriyyah.

Jumaat

Amalan Bulan Rejab

Amalan Bulan Rejab

Ramai orang bertanya tentang kesahihan puasa sunat bulan Rejab. Sebenarnya, bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Oleh itu, secara umumnya, sunat berpuasa pada bulan Rejab ini apatah lagi sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Namun, anggapan sesetengah orang tentang fadhilat puasa bulan Rejab yang diwar-warkan sejak sekian lama.... kononnya ganjaran puasa bulan Rejab ini akan mendapat pahala yang amat banyak, adalah tidak sahih, bahkan banyak fadhilat-fadhilat tersebut disandarkan kepada hadis palsu. Ada orang menyatakan bahawa untuk mendapat fadhilat dengan 'sebenar' ialah hendaklah berpuasa 3 bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Anggapan seumpama ini juga adalah tidak benar.

Nabi sendiri tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Manakala hadis yang sering-kali diwar-warkan apabila datangnya bulan Rejab iaitu... “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Justeru, ia tidak sepatutnya disebarkan kerana ia tidak datang daripada nabi sebaliknya ia adalah hadis palsu yang direka.

Kesimpulannya, banyakkanlah ibadat pada bulan Rejab sama ada berpuasa, bersedekah, berzikir dan sebagainya.... namun ganjaran dan pahalanya terserah pada Allah... sekiranya ibadah-ibadah tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah.

Share : Blog Ustaz Dr Shauqi Othman

Khamis

Bermasalah saat seperti orang saat meninggal

Cara rawat pd yg diragukan gangguan jin pd orang lama sakit dan seperti sukar saat hembuskan nafas.

يس
الواقعة
الملك
الرعد

Jumaat

CARA MERAWAT BUASIR BEDARAH

CARA MERAWAT BUASIR BEDARAH.

Tadi semasa di Masjid Negara saya di sapa oleh seseorang lelaki yang tidak dikenali katanya telah lama mencari saya sebab untuk merawat masalah buasir yang parah.
Melihat keadaannya memerlukan bantuan jadi saya pun merawat lelaki itu dengan doakan sebotol air agar penyakit buasir yang dideritainya itu cepat sembuh.

Jadi disini saya nak mengajar bagai mana merawat penyakit buasir berdarah dengan cara mudah dan amat mustajab..

Caranya ambilkan tujuh biji buah peria katak lalu di tumbuk halus kemudian masukkan kedalam periuk dan masukkan setengah liter air.

Anda hendaklah merebus buah peria katak tadi sehingga menidih.
Selepas menidih letak periuk di lantai rumah dan anda haruslah duduk dalam keadaan bercangkung dengan meletakkan periuk ditengah kelangkang anda lakukan ia seperti bertangas...

Percayalah tak sampai seminggu sekiranya anda melakukan setiap hari tangasan dari wap peria katak penyakit buasir anda akan sembuh sepenuhnya..

Sumber:fb wall ustz rosdi hasan pd 25/1/2019