Ahad

Penawar busung dan gila meroyan

HERBA PENYAKIT GILA MEROYAN DENGAN PENYAKIT BUSUNG.

Dari pagi lagi saya menjelajah beberapa Bukit kerana hendak mencari herba untuk masalah lelaki dan wanita, memang bukan mudah hendak mendapatkan herba yang kita mahukan.

Dalam masa mencari herba saya teringat kepada seseorang yang minta saya merawat penyakit busung, jadi membuat rakaman video  untuk memudahkan beliau mengenali pokok yang ingin saya sampaikan.

Pokok ini namanya pokok sulaiman, ia tumbuh di tempat yang sejuk Dan amat mudah untuk didapati.

Khasiatnya amat berguna bagi mereka yang bermasalah dengan penyakit busung. Cara merawatnya ambil daun dan batang di campur dengan kunyit hidup sebesar ibu jari dan tiga jemput beras, kemudian tumbuk sehingga hancur.

Bila sudah hancur masukkan sedikit air ( semoleknya air itu dibaca dengan empat Qul.) kemudian sapu di perut yang membusung itu. Lakukan setiap hari In Sha Allah akan sembuh penyakitnya.

Untuk wanita yang sakit gila meroyan rebus akarnya dan baca empat Qul dan Ayatul Qursi tujuh kali bagi pesakit itu minum selalu, In Sha Allah akan sembuh penyakit itu.

Drpd fb ustz rosdi

Sabtu

Keluasan Jarak Tanah Haram

Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melindungi Masjidil Haram dari segenap penjuru. Allah s.w.t. menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah s.w.t. semenjak dijadikan bumi hinggalah ke hari kiamat. Sempadan Tanah Haram memang patut di ketahui kerana ia berkaitan dengan beberapa hukum khas . Hukum Tanah Haram ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. semenjak bumi dijadikan dan ia berkekalan sehingga hari kiamat. Lantaran itulah, Makkah telah menjadi perhatian umat Islam sejak dahulu lagi.

Orang yang pertama dikatakan membuat tanda sempadan Tanah Haram ialah Nabi Ibrahim a.s. berpandukan petunjuk daripada Jibrail a.s. Selepas pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah melantik Tamim bin Asad al-Khuza’I r.a. agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram.

Selepas itu khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa memperbaharui a’lam (tanda) Tanah Haram di setiap penjuru, di atas bukit dan tempat tinggi, begitu juga di lembah. Ada yang masih kekal dan ada yang telah rosak. Bilangan tanda yang dibuat telah mencecah sehingga 934 tanda, sebagaimana yang di catat oleh Dr. Abdul Malik bin Abdullah bin Duhais dalam tesis Ph.D nya yang bertajuk ‘Al-Haram al-Makki al-Syarif wa al-A’lam al-Muhithah bihi.

Pembaharuan terakhir dilakukan pada tahun 1422H, pada zaman Khadimul Haramain al-Malik Fahd bin Abdul Aziz.

Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya ialah 127 km dan keluasannya ialah 550 km dan 300 meter persegi.

Di sini dinyatakan anggaran jarak di antara Masjidilharam dengan beberapa sempadan Tanah Haram. Jarak ini sentiasa berubah-ubah mungkin disebabkan oleh factor perubahan jalan, atau ikhtilaf dalam menentukan ukuran. Pada zaman dahulu, ukuran yang didunakan ialah mile (batu) hasta dan sekarang pula ialah meter dan kilometer.

1. Al-Tan’im
Iaitu jalan keluar menuju ke Madinah. Ia terletak berdekatan dengan Masyid Sayidah Aishah r.ha. Jaraknya ialah 7.5 km.

2. Adhaat Libn
Kini dikenali dengan nama Uqaisyiah, iaitu jalan menuju ke arah Yaman. Jaraknya ialah 16 km.

3. Al-Syara’i
Terletak pada jalan menuju ke masjid Ji’ranah. Jaraknya ialah 16 km.

4. Al-Hudaibiyyah
Iaitu jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya ialah 22 km. Jalan baru sekarang dikenali dengan nama al-Syumaisi.

5. Jabal Namirah (Zat al-Sulaim)
Jaraknya ialah 22 km mengikut jalan raya dan 15 km mengikut jalan lurus pejalan kaki (pesestrian).

Manakala sempadan Tanah Haram dengan tanah halal di Arafah (tempat wuquf) dikenali melalui tanda-tanda yang banyak dibina di Wadi ‘Uranah.

Allah s.w.t. telah menjadikan seluruh kawasan ini sebagai kawasan yang aman dan menjadi tempat tumpuan manusia.

Firman Allah bermaksudnya: ‘Sesiapa memasuki Tanah Haram, maka dia akan mendapat keamanan’.

Allah memberi ancaman kepada mereka yang cuba melakukan kejahatan (ilhad) di dalam Tanah Haram dengan firman-Nya yang bermaksud ‘Dan sesiapa yang berniat (belum melakukannya) untuk melakukan ilhad (kezaliman dan kejahatan) di Tanah Haram, nescaya Kami rasakan kepadanya sebahagian daripada seksaan yang pedih’.

Allah akan menimpakan azab ke atas mereka yang berniat untuk melakukan kejahatan di Tanah Haram. Kata Ibn Mas’ud r.a.: “Tiada tempat yang seseorang itu dikira bersalah dengan hanya bercita-cita untuk melakukan sesuatu kejahatan sebelum melakukannya, kecuali di Makkah."

Jumaat

BAWANG MERAH MEMBANTU ORANG YANG TERKENA SANTAU

BAWANG MERAH  MEMBANTU ORANG YANG TERKENA SANTAU

Santau pasa asalnya ialah satu ilmu yang diamalkan oleh wanita pada asalnya ilmu ini berasal dari negara seberang.
Kisah santau bermula dari kisah seorang wanita dari negeri Perak daerah Gerik, di mana si suami  belaku curang pada Isterinya sehingga  belaku perceraian.

Si isteri berasa sedih yang amat sangat dan berdendam kepada bekas suaminya.
Di takdirkan cerita secara kebetulan ada seorang wanita tua dari negara sebarang yang datang ketanah melayu, merasa kasihan melihat wanita yang di tinggalkan suaminya itu yang hidup dalam kekecewaan.

Wanita dari negara seberang itu telah mengajarnya ilmu yang bernama santau untuk mengajar bekas suaminya yang telah membuatnya begitu kecewa.

Setelah wanita itu mempelajari  ilmu santau dari wanita seberang, wanita itu telah menyantau bekas suaminya sehingga menyebabkan mati dalam keadaan muntah darah.

Dari situlah bermulanya kisah ilmu santau, sebab itulah santau mempunyai ibu atau lebih dikenali dengan jolokkan ibu santau, kerana ia pada asalnya diamalkan oleh wanita, kalau lelaki tentu telah diberi  nama bapak santau. Sehingga kini sama ada lelaki atau wanita tetap diberi nama ibu santau kepada orang yang mengamalkan ilmu santau itu.

TANDA ORANG YANG TERKENA SANTAU.

Orang yang terkena santau akan batuk yang teruk seperti batuk kering sehinggakan doktor tidak dapat mengesan pesakit yang terkena sihir santau.

Orang yang terkena santau boleh mengesannya melalui tanda-tanda seperti berikut :

1. Di bawah bibir akan menjadi biru kehitaman.

2. Kuku akan tangan akan berasa kasar dan sedikit kebiruan.

3.  Badan akan merasa ada seperti garam yang keluar dari liang ruma.

4. Gigi akan menjadi goyang.

5. Dada mereka akan merasa sakit bila memakan apa jua jenis asam terutamanya limau, nenas serta tumbuhan yang menjalar serta berdebu termasuk juga rebung buluh.

6. Orang yang terkena santau juga akan merasa sakit dada bila memakan ikan seperti ikan bujuk serta ikan yang mempunyai sengat.

Santau di buat dari benda yang tajam dan amat halus, oleh itu adalah amat mustahil orang yang terkena santau bila dirawat akan mengeluarkan paku dan pisau pengcukur, ini amat jelas satu penipuan sekiranya terkeluar benda yang besar seperti itu.

Bila orang yang terkena santau itu dirawat benda yang akan keluar ialah seperti habuk kaca, miang buluh, habuk besi yang amat halus hanya boleh dilihat dengan lampu suluh sahaja  bila santau itu jatuh di atas daun pisang bila tubuh pesakit itu ditepuk oleh perawat.

Selalunya daun pisang kelat air selalu digunakan yang diambil dari daun pisang muda masih bergulung.

Orang yang termakan santau yang kuat akan merasa sakit dada dan muntah darah, jadi apa yang perlu mereka buat ialah mereka perlu memakan bawang merah sebanyak mungkin kerana bawang merah dapat mencegah dari bisa santau masuk kejantung, maka sempatlah mereka mendapatkan rawatan dari perawat.

Drpd fb ustaz rosdi