Ahad

Persoalan yang sering timbul untuk permohonan belajar di Universiti Madinah

Banyak betul soalan bertindan setiap hari. Ada moleknya ahli baru lihat hantaran-hantaran sebelum ini untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan. Malu bertanya sesat jalan tapi sebelum bertanya berusahalah dengan semak dan cari dahulu. Bertanya itu solusi terakhir.

Berikut adalah jawapan yang saya kumpul hasil semakan hantaran-hantaran terdahulu dengan penggunaan fungsi 'Cari' atau 'Search' dan skrol satu-persatu. 

1) Syarat asalkan lulus SPM. Jumlah A tidak diambil kira tapi andai keputusan cemerlang logiknya sudah tentu makin menguatkan permohonan.
2) Sijil tahfiz dan STAM adalah penguat permohonan.
3) Bukan aliran agama boleh memohon. Tiada syarat perlu dari aliran agama sahaja. Aliran agama itu penguat permohonan dan sudah tentu lebih memudahkan pembelajaran kerana sudah ada asas. 
4) Apabila diterima, pelajar bukan penutur Bahasa Arab diwajibkan ikuti kursus bahasa Arab selama setahun di sana sebelum diserap masuk ke kursus ijazah pilihan.
5) Laman web Universiti Madinah ada dalam Bahasa Inggeris. Teliti betul-betul. Tukar tetapan bahasa Arab kepada Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia andai tak mahir BI. Ini pautan kepada laman web UIM : http://admission.iu.edu.sa/
6) Slip SPM yang diterima masa ambil keputusan boleh digunakan. Tak perlu tunggu dapat sijil. Slip itu juga dikenali dengan nama 'transkrip'.
7) Terjemah semua dokumen yang diperlukan kecuali laporan kesihatan. Laporan itu minta doktor tulis dalam bahasa Inggeris. Pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di klinik kerajaan atau swasta. Tak perlu buat x-ray.
8) Hubungi (telefon atau emel) ITNM untuk kepastian harga terjemahan dokumen. Boleh cari di laman web ITNM nombor telefon dan alamat emel.
9) Dapatkan tazkiyah dari alumni UIM. Tapi andai susah sebab alumni UIM jarang mahu berikan tazkiyah, dapatkan daripada mufti, pegawai agama, pensyarah pengajian berkaitan Islam, alumni mana-mana universiti timur tengah dan ketua persatuan pelajar Islam. Parti politik pun boleh andai itu pilihan terakhir. Yang penting dalam bahasa Arab. 
10) Permohonan UIM tiada tarikh tutup. Had umur pemohon 25 tahun dan ke bawah untuk program ijazah. 11) Hanya pelajar lelaki. 
12) Uruskan segala dokumen dahulu sebelum isi borang online. Terjemah dahulu, dapatkan tazkiyah dan buat laporan kesihatan. Urusan isi borang akan jadi lebih lancar dan tak memeningkan. 
13) Pasport wajib buat atau masih hidup. Sekurangnya ada tempoh 2 tahun lagi sebelum mati.

Semoga memberi pencerahan kepada semua anak-anak yang bakal membuat permohonan UIM.