Khamis

Tingkatan Keilmuan Berasaskan Aras Ilmu

Ilmu ni ada 3 level.

Level 1:
Siapa yang masuk level 1, dia akan rasa dia sorang ja yang pandai dan nampak, orang lain tak pandai dan tak nampak. Ini orang yang 'terkejut' sebab baru jumpa sesuatu ilmu, maka dia dok rasa orang lain belum jumpa macam yang dia jumpa. Level ni ramai yang perasan tahu, dan di level ni juga ramai yang berani salahkan orang yang lebih berilmu. Terkadang, manusia di level akan anggap segala perkara yang tak sama dengan kefahamannya adalah dikira salah. 

Level 2:
Siapa yang berada di level 2, dia mula rendah diri dengan orang lain. Sebab dia mula sedar orang lain pun mesti tau macam yang dia tau. Jadi dia rendah diri sebagai tanda hormat. Pengalaman mengajarnya agar jangan mudah pandang rendah pada sesiapa. 

Level 3:
Siapa yang masuk level 3, dia mula rasa rupanya masih banyak tak tau. Di level ni dia lebih banyak membaca, meneliti, memilih pandangan paling bernas dan kurang membuang waktu, sebab dia sedar banyak benda lagi yang dia tak tau. Orang di level ini akan tingkatkan bahan bacaan sebelum memberi pandangan. Manusia di level ni juga lebih hormat orang dari bidang lain sebab dia sedar dia hanya tahu ilmu di bidangnya, tapi tak tahu ilmu di bidang lain.

Bila Anak Tanya tentang Palestin

B I L A  A N A K  T A N Y A

Apabila anak kita bertanya, "Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitulmaqdis?"

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita;

"Wahai anakku, sesungguhnya Palestin adalah tempat tinggal para Nabi"

"Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke Palestin"

"Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin"

"Nabi Daud عليه السلام tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya"

"Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari Palestin, kisahnya yang popular berkaitan semut yang berkata, 'Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.' Tempat yang disebut dengan Wadi an-Naml (Lembah Semut) itu terletak di Palestin dekat Asqalan"

"Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan Al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi"

"Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya"

Di Palestin, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita"

"Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi Isa عليه السلام akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut"

Anak kita bertanya, "Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan Palestin?"

Jawab, "Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke Palestin, dan ketika Nabi ‎ﷺ hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan beliau sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitulmaqdis ke Mekah Al-Mukarramah lalu masjid tempat Baginda ‎ﷺ solat dinamakan Masjid Dzulqiblatain (dua kiblat)"

"Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Israk, beliau pergi ke Baitulmaqdis sebelum Mikraj ke langit. Inilah terminal pertama Baginda ‎ﷺ berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan Baginda ‎ﷺ menjadi imam solat para Nabi"

Abu Dzar رضي الله عنه bertanya kepada Rasulullah ‎ﷺ, "Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "Masjidil Haram." Aku bertanya lagi, "Kemudian masjid mana?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "Masjidil Aqsa." Aku bertanya lagi, "Berapa jarak antara keduanya?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "40 tahun." Kemudian Baginda ‎ﷺ bersabda, "Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid."

"Wahai anakku, apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah"

"Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar Al-Faruq رضي الله عنه, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu

Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin Al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab, tanggal yang sama dengan malam Mikrajnya Nabi ‎ﷺ ke langit melalui Baitulmaqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian Al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Israk dan Mikraj"

Anak kita bertanya lagi, "Kenapa dinamakan dengan Baitulmaqdis?"

Jawab, "Nama ini telah ada sebelum turunnya Al-Quran, ketika Al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid Al-Aqsa, dan dinamakan Baitulmaqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah Palestin dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5,000 dari kalangan para sahabat رضي الله عنهم yang mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitulmaqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada dan tanah ribat"

Anak kita berkata, "Jadi, pentingnya Masjid Al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?"

Jawab, "Ya, anakku. Allah mengumpulkan keduanya dalam firmanNya, 'Demi buah Tiin dan buah Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta demi negeri (Mekah) yang aman ini'." (At-Tiin 95:1-3)

Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata, "At-Tiin adalah negeri Syam, Az-Zaitun negeri Palestin, Gunung Tursina adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan Al-Balad Al-Amin adalah Mekah Al-Mukarramah"

Allah berfirman, "Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh" (Al-Anbiyaa' 21:105)

Anak kita berkata, "Sekarang saya faham pentingnya Palestin dan Masjid Al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?"

Jawab, "Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak Palestin dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu"

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di Palestin

#MakeIsraelPalestineAgain
#AbuFaqihCentre

Rabu

Antara kiblat pertama dan kedua.

Antara kiblat pertama dan kedua. 
.
Mari kita kenali mengenali Aqsa agar kita lebih mencintainya.
.
Masjid aqsa adalah kiblat pertama seluruh orang yang beriman untuk bersembahyang, sedangkan sembahyang itu telah syariatkan sejak zaman Nabi Adam lagi.
.
Kaabah di Mekah pula, menjadi tempat untuk ibadah haji. Nabi Ibrahim diperintahkan untuk membangunkan bagunan kaabah bagi tujuan tersebut. Nabi Ibrahim hidup sekitar 1800 tahun SM.
.
Kiblat pertama seluruh orang beriman iaitu Masjid Aqsa dibangunkan sebagai sebuah bangunan oleh Nabi Sulaiman pada tahun 950 tahun SM.
.
Ketika Nabi SAW mendapat syariat sembahyang pada tahun 620 Masihi ketika peristiwa Israk dan Mikraj maka ibadah solat itu menghala kepada kiblat pertama iaitu Masjid al-Aqsa.
.
Selama 18 bulan solat dihadapkan ke Masiid Aqsa sebelum Allah perintahkan agar solat dihadapkan ke Kaabah. Jadi peranan Kabaah bukan sahaja untuk ibadah haji, tetapi juga ibadah solat.
.
Bagi orang Y4hud1, mereka tetap menganggap Aqsa sebagai kiblat untuk sembahyang mereka, sebab itu sehingga sekarang, mereka bersembahyang menghadap ke Aqsa. Wailing Wall tempat mereka sembahyang sebenarnya adalah dinding bahagian barat al-Aqsa.
.
Apa yang menariknya adalah, keluasan Kaabah, termasuk Hijir Ismail adalah segi empat tepat. Jika skala itu dibesarkan sebanyak 40 kali, maka itulah keluasan Al-Aqsa  yang berbentuk segi 4 tepat juga.
.
Ulama membahaskan, siapakah yang meletakkan batu asas kedua kiblat ini sebelum dibangunkan dalam bentuk bangunan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman? Kebanyakkan Ulama ahli sirah berpendapat, batu asas yang telah diletakkan oleh orang yang sama iaitu Nabi Adam a.s dengan tunjuk ajar daripada malaikat.
.
Sesungguhnya para Nabi dan Rasul itu membawa risalah yang sama iaitu mentauhidkan Allah.
.
Beruntunglah orang yang mengenali Allah sebagai tuhan dan menyembahNya.
.
Tenang-tenang saja lah.
.

.⁣
.⁣
.⁣
.⁣
.⁣
#motivasi #ustazamin #tenangtenangsajalah #ustazaminofficial #ustazdiving #ustazaminquote

Sumber fb :Ustaz Muhammad Abdullah

Isnin

ISU DANA NGO MALAYSIA TIDAK SAMPAI KE AL-AQSA; SATU PENJELASAN

ISU DANA NGO MALAYSIA TIDAK SAMPAI KE AL-AQSA; SATU PENJELASAN

1. Tuduhan bahawa dana daripada NGO-NGO Malaysia tidak sampai kepada Masjid Al-Aqsa, secara umum tanpa penjelasan terperinci, adalah berniat jahat.

2. Saya yakin bahawa pihak yang melontarkan tuduhan tersebut cukup tahu dengan modus operandi NGO-NGO di Malaysia. Pertamanya, majoriti NGO-NGO ini tidak mensasarkan kutipan sumbangan ke Masjid Al-Aqsa atau Tebing Barat secara am, malah menumpukan kepada Gaza, dengan sebab-sebab yang akan saya terangkan di bawah. Keduanya, tidak ada syarat yang diletakkan mana-mana pihak bahawa sumbangan yang hendak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa, atau Palestin secara am perlu melalui Kementerian Wakaf yang dipertanggungjawabkan menjaga Al-Aqsa.

3. Justeru kenyataan yang lebih bijak dan diplomatik sepatutnya berbunyi, dana NGO Malaysia tidak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa, atau dana NGO tidak disalurkan melalui Kementerian Wakaf, sebagai galakan berbuat demikian.

4. Misalnya, kalau berlaku banjir di Kelantan atau Terengganu, kerajaan-kerajaan negeri tersebut, tidak boleh menuduh bahawa berlaku penyelewengan bantuan am semata-mata kerana sumbangan tidak disampaikan kepada mangsa melalui agensi kerajaan yang mengurus bencana. Malah, mana-mana pihak bebas menyampaikan bantuan samada melalui pihak ketiga atau terus kepada mangsa.

5. Isu Palestin adalah isu yang lama dan besar. Tetapi apabila isu tersebut signifikan hanya dengan krisis kemanusiaan dan perjuangan di Gaza, sehingga menyebabkan fokus media, solidariti  dan bantuan kewangan hanya sampai ke Gaza, maka ada pihak yang perlu menjawab, kenapa penduduk Malaysia hanya mengenali Gaza? Jawapan saya, ialah kerana pihak yang berada di Gaza, secara kolektif daripada penduduknya, kerajaannya (tanpa persoalan diiktiraf atau tidak), dan aktivisnya memainkan peranan yang sangat berkesan sehingga kemelut mereka dirasai dan dikongsi dengan masyarakat antarabangsa.

6. Tetapi tidak ramai yang mengenali kesusahan penduduk yang berada di Tanah Jajahan 1948 dan di Tebing Barat. Tidak ramai yang faham dengan proses normalisasi yang sedang giat berlaku sehinggakan sedikit demi sedikit negara luar mengiktiraf kewujudan negara haram tersebut tanpa disedari. Tidak ramai yang menyedari bagaimana demografi Kota Al-Quds berubah dengan mendadak setelah puluhan ribu penduduk asal terpaksa berhijrah akibat tidak mampu membayar cukai yang bernilai puluhan ribu ringgit setahun yang dikenakan oleh kerajaan Zionis, dipaksa merobohkan rumah dengan tangan sendiri dan dilarang dibesarkan rumah sehingga puluhan anggota tinggal di dalam ruang kecil.

7. Malah, dukacitanya masih banyak pihak yang mendabik dada bangga bahawa ziarah mereka ke Al-Aqsa sebagai pelancong membantu ekonomi penduduk kerana menginap semalam dua di hotel penduduk tempatan dan membeli cenderahati dari mereka. Kalau jahil, silakan bertanya, jangan tegakkan benang yang basah.

8. Waktu ini bukan waktu yang sesuai untuk mencari lawan. Ia waktu untuk menyusun semula saf dan memperbetulkan barisan berdepan musuh yang tidak berpecah-belah. Berbanding mencari salah dan menuding jari, lebih baik mencari jalan menyatukan faksi yang banyak di dalam barisan Palestin - yang menyebabkan pendokong kalian muak - dan bersatu tatkala ummah sedia bersatu untuk kalian. Daripada sibuk mengorek lubang baru, wujudkan gelombang bagaimana memaksa kepimpinan menghentikan kerjasama sekuriti dengan penjajah dan menoktahkan saki-baki Perjanjian Oslo dalam berdepan neo-Oslo iaitu Deal of The Century.

9. Saya telah bertemu dengan pihak yang melontar tohmah ketika berada di Malaysia dan menasihati supaya mereka mengadakan pertemuan mahabbah bersama-sama dengan NGO tempatan dan membentuk kerjasama. Pandangan yang sama juga telah saya berikan kepada pihak di kerusi sama sebelumnya, tetapi tidak ada tindakan yang diambil. Yang ada hanyalah tuduhan dan persoalan mengapa NGO-NGO Malaysia gemar bekerjasama dengan pecahan Palestin yang tidak diiktiraf, dan mengapa kerajaan Malaysia sendiri menjalinkan hubungan dengan pihak terbabit yang ‘tidak diiktiraf dunia’. Kalau pun kami terlalu kecil dan usaha kami terlalu kerdil untuk dibentuk kerjasama, paling-paling kumpulkanlah mereka yang berusaha membantu anak bangsa kalian untuk bersilatur-rahim sebagai penghargaan.

10. Malaysia mempunyai sejarah panjang membantu perjuangan rakyat Palestin, daripada kerajaan sehinggalah kepada NGO dan rakyat marhaen. Kami di PALM Strategic sendiri pernah menyiapkan kertas kerja berkaitan tajuk tersebut, sebagai tanda bangga bahawa kami merupakan sebahagian perjuangan pembebasan tanah milik ummah ini. Perjuangan ini, adalah perjuangan ummah, perjuangan milik bersama yang tidak ada tuan atau pemilik. 

11. Justeru itu, puluhan NGO bekerjasama di bawah payung Wisma Malaysia di sini untuk membantu dari segenap aspek dan sudut. Dan kami akan terus membantu penduduk Palestin di Gaza, di Masjid Al-Aqsa, atau di mana sahaja bumi yang dijajah, sama ada melalui Kementerian Wakaf, secara terus kepada penduduk atau melalui mana-mana badan yang kami yakini sebagai jalan dan jambatan menyampaikan amanah tersebut, sehinggalah Kiblat Pertama ummah kembali ke tangan kita.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman,
PALM Strategic Initiatives Centre, Gaza

Senarai NGO bersama :

Cinta Gaza Malaysia - CGM
MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization
Iman Care
Warga Cakna
Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd Official
Serantau Muslim
Perdana Global Peace Foundation
Dana Kita
Sedekah Subuh
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Tolong share seluasnya supaya orang faham dan tahu 👆🏼

Ahad

Hakikat Bermazhab adalah hakikat mengikut Quran dan Sunnah.

Hakikat Bermazhab adalah hakikat mengikut Quran dan Sunnah.

Bagus pemerhatian di bawah ni:

Mereka berkata: kamu  bermazhab kerana kamu seorang yg taksub!

Saya jawab: Tidak! saya bukan taksub. Saya berlindung dgn Allah drpd sifat taksub. Saya bermazhab hanyasanya kerana saya lihat bahwa mazhab-mazhab fiqh semuanya:

1) Musannadah (مسندة):
Mazhab-mazhab ini memiliki sanad sampai kepada Rasulullah saw. sehingga kesahihannya terjamin.

2) Mudallalah (مدللة):
Mazhab-mazhab ini memiliki landasan argumentasi/dalil. Dalil tersebut tidak hanya dalil disebutkan secara eksplisit saja, namun ada dalil yang implisit.

3) Muashshalah (مؤصلة):
Mazhab-mazhab ini memiliki metodologi berfikir yang terkodifikasikan dalam kitab-kitab usul fiqh, sehingga sangat tepat dan terukur dalam pengambilan dalil dari al-Quran dan Sunnah.

4) Makhdumah (مخدومة):
Mazhab-mazhab ini dikhidmah oleh ratusan bahwa ribuan ulama setelahnya, dari matan menjadi syarah dan dari syarah melahirkan hasyiah. Kemudian juga diberi taqrir dan tanbih, serta khidmah ilmiah lainnya. Ini juga memberikan jaminan akan kesahihan pemahaman keagamaan yang ada di dalam mazhab.

5) Muqa’adah (مقعدة):
Mazhab-mazhab ini memiliki kaedah-kaedah fiqh yang sangat rasional, seperti kitab “al-Asybah wan Nazoir” karya Imam Suyuti dalam mazhab Syafi'i, kitab “al-Asybah wan Nazoir” karya Ibnu Nujaim dalam Mazhab Hanafi, kitab “Ta’sisun Nazor” dalam Mazhab Maliki, dan kitab “Raudhatun Nadhir” dalam mazhab Hanbali.

6) Mumanhajah (ممنهجة):
Mazhab-mazhab ini memiliki manhaj berfikir yang jelas, detail dan tepat

7) Muttasiqah (متسقة):
Mazhab-mazhab ini memiliki tingkat amanah ilmiah yang sangat tinggi dalam menisbatkan sebuah pendapat kepada penuturnya, di dalamnya ada yang dikenal dengan qaul mukharraj dan ada juga yang disebut dengan qaul mansus.

8) Munfatihah (منفتحة):
Mazhab-mazhab ini memiliki cara berfikir yang elegan dan terbuka serta sangat toleran. Karena mempunyai kaedah-kaedah usul fiqh dan hal-hal yang bersifat kulli yang masih memungkikan generasi penerusnya untuk mengembangkannya sesuai dengan masalah-masalah kontemporari yang terjadi seiring perkembangan zaman.

Syeikh Dr. Amru Wardani 
- Ahli Darul Ifta' Mesir
- Pengajar Usul Fiqh di Masjid al-Azhar.

Statement ini dimuatkan dalam kitab Fawaid Makkiyah dan diquote oleh Dr Hapiz Kodiang dalam karyanya Ini Mazhabku beberapa tahun lalu

Iannya sebuah formulasi mazhabiy yang baik utk menjawab kepada golongan yang hijack mazhab atas nama Salafiyyah Wahhabiyah 

Isnin

RUQYAH SYAR’IYYAH SEBAGAI PERUBATAN KOMPLIMENTARI MEMBENDUNG PANDEMIK COVID-19

RUQYAH SYAR’IYYAH SEBAGAI PERUBATAN KOMPLIMENTARI MEMBENDUNG PANDEMIK COVID-19

Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia (DarusSalam) adalah persatuan yang berdaftar di bawah akta pertubuhan 1966 yang menjalankan perkhidmatan merawat pesakit dan penyakit serta masalah kerohanian semenjak ditubuhkan pada tahun 2005. 

Kaedah rawatan yang diaplikasi di DarusSalam diperakui Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu kaedah ruqyah syar’iyyah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, zikir dan doa sebagai usaha dan ikhtiar merawat pelbagai penyakit berlandaskan hukum syarak. Firman Allah SWT: 

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (Surah al-Isra’ ayat 82).

Ibnul Qayyim menyebut dalam kitab Zaadul Ma’ad “Surah al-Fatihah itu telah terkandung dalamnya dua jenis ubat, iaitu ubat hati dan ubat badan”. 

Ini bermakna ruqyah syar’iyyah  menepati konsep rawatan komplimentari bagi melengkapkan penyembuhan kepada sesuatu penyakit khasnya yang sukar diubati oleh perubatan moden seumpama COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini. Kaedah kombinasi antara ruqyah, doa dan bahan-bahan tertentu yang sesuai dengan penyakit juga digunakan di DarusSalam. 

Islam merupakan agama yang syumul. Agama yang memberi panduan kepada seluruh aspek kehidupan samada berkaitan keagamaan, pemerintahan, ekonomi,  kekeluargaan dan sebagainya. Agama Islam juga memberi panduan tentang kaedah dan cara merawat atau membendung sesuatu penyakit. 

Kaedah penjarakan serta larangan merentas negeri atau daerah yang dilaksanakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga merupakan kaedah membendung penyakit berjangkit yang telahpun diajar dalam agama Islam sejak 1400 tahun dahulu.

Sabda Rasulullah SAW: 
 وعن أسامة بن زيد رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏ "‏إذا سمعتم الطاعون بأرض، فلا تدخلوها، وإذا وقع بأرض، وأنتم فيها، فلا تخرجوا منها‏"‏ ‏(‏‏‏متفق عليه‏)‏‏‏.‏
Maksudnya : Daripada Usamah Bin Zaid RA, Nabi SAW bersabda  : Apabila kamu mendengar wabak penyakit taun berlaku di sesuatu tempat maka jangan kamu pergi ke tempat itu, dan apabila (wabak taun) itu berlaku di tempat kamu, maka jangan kamu keluar dari kawasannya.”( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadith Rasulullah SAW tersebut memberi kefahaman bahawa penjarakan merupakan satu kaedah Islam yang tuntas untuk meredakan sesuatu penyakit berjangkit.

Berkenaan saranan yang diutarakan Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Hilmi Abdullah yang juga perawat DarusSalam agar pesakit COVID-19 dibenarkan untuk dirawat mengikut kaedah rawatan Islam adalah satu idea kreatif yang sangat baik untuk dikaji. 

DarusSalam menyambut baik saranan tersebut dan mengajak masyarakat untuk menilai secara positif, adil dan saksama. Bukanlah perkara asing dalam rawatan Islam jika diminta untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan virus kerana pengamal atau perawat DarusSalam sering diundang oleh keluarga pesakit untuk melakukan ruqyah terhadap keluarga mereka yang terlantar di hospital dalam keadaan doktor belum mendapat keputusan yang jelas tentang sakit yang dihidapi. 

Bahkan DarusSalam juga turut merawat penyakit yang dikaitkan dengan jangkitan kuman oleh pihak doktor perubatan. Rawatan dilakukan atas permintaan daripada pesakit atau keluarga pesakit. Penyakit seumpama ketumbuhan, leukemia, gout, dan pelbagai penyakit fizikal yang lain turut dirawat secara ruqyah syar’iyyah berpandukan ilmu rawatan Islam DarusSalam yang diijazahkan oleh al-Marhum Tuan Guru Dato Ismail Kamus, pengasas dan penasihat DarusSalam.

Prinsip DarusSalam jelas dan mudah difahami, sesuai dengan pegangan akidah ahli sunnah wal-jamaah iaitu berusaha dan berikhtiar adalah tanggungjawab hamba manakala kesembuhan adalah anugerah Allah SWT. Oleh yang demikian, ditegaskan bahawa rawatan Islam sememangnya serasi ke atas pelbagai jenis penyakit.

Prinsip utuh ini meletakkan sesuatu yang bukan mustahil dan bukan perkara baharu jika rawatan Islam diminta untuk dilakukan ke atas pesakit COVID-19 kerana terbukti bahawa beberapa jenis penyakit berupaya sembuh dengan rawatan Islam yang tidak dapat dinafikan oleh mereka yang memiliki ilmu tentangnya. 

Perawat DarusSalam sendiri berpengalaman merawat penyakit-penyakit fizikal dan juga penyakit berkaitan virus yang akhirnya ternyata sembuh dengan izin Allah SWT. Rentetan itu, Persatuan DarusSalam berharap agar perubatan Islam perlu diberi perhatian serta diakui dan disambut baik sebagai perubatan komplimentari oleh Bahagaian Perubatan Tradisional dan Komplimentari (BPTK) juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Wakil DarusSalam juga menghadiri beberapa taklimat Akta PT&K (Akta 775) serta perbincangan bersama agensi jabatan agama untuk memastikan perubatan Islam ruqyah syari’yyah ini selari dengan kehendak (BPTK). Etika perawatan Islam dititikberatkan agar tidak mengelirukan masyarakat dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada pesakit.

Bukan semua penyakit yang diruqyah itu sembuh sebagaimana bukan semua pesakit di hospital itu kembali sehat tetapi usaha mencari kesembuhan dalam bidang masing-masing amat dihargai masyarakat khasnya pesakit. Dalam masyarakat Islam, setiap muslim percaya bahawa perubatan Islam secara ruqyah syar’iyyah bersumberkan al-Quran dan hadith mempunyai keupayaan tersendiri dan mampu mencapai kesembuhan.  

Semua pihak perlu berlapang dada dan bersama-sama mengetengahkan perubatan Islam sebagai rawatan alternatif  yang bergerak seiring di tengah-tengah medan perubatan sebagai salah satu perubatan komplimentari yang sah dan diperakui bagi melengkapkan kesembuhan yang lebih sempurna terhadap sesetengah penyakit. 

DarusSalam Malaysia mengambil berat tentang etika perawat dan etika semasa merawat lebih-lebih lagi semasa pandemik COVID-19 agar ahli-ahli persatuan juga memikul tanggungjawab berusaha bersama-sama memutuskan pandemik ini. 

DarusSalam mengulangi pendirian bahawa pandemik COVID-19 adalah berpunca dari virus sepertimana kajian yang dilakukan pakar-pakar perubatan dan sekaligus menolak pandangan sebilangan pengamal atau bomoh yang mengatakan pandemic COVID-19 berpunca dari jin. 

Lantaran itu DarusSalam meletakkan dasar dan prinsip yang jelas kepada masyarakat iaitu sekiranya menghidapi sesuatu penyakit, maka keutamaannya ialah mendapatkan rawatan di hospital terlebih dahulu.  

Masyarakat hendaklah membuang sikap dan perasaan takut untuk ke hospital atau bertemu dengan doctor perubatan, sebaliknya lebih suka berjumpa bomoh dan dukun. Ini suatu perkara yang perlu dibendung dan diperbaiki dalam masyarakat. 

Pesanan al-Marhum Dato Ismail Kamus kepada perawat-perawat DarusSalam jika sekiranya pesakit datang meminta dirawat secara rawatan Islam atau ruqyah syar’iyyah, soalan pertama yang perlu ditanya kepada pesakit ialah: adakah pesakit telah pergi mendapatkan rawatan di hospital atau doktor perubatan?. Jika belum, dinasihatkan agar bertemu doktor perubatan atau pergi ke hospital atau ke klinik kesihatan terlebih dahulu kerana rawatan Islam dan ruqyah syar’iyyah adalah perubatan komplimentari kepada perubatan moden sepertimana perubatan tradisional dan komplimentari yang lain. 

Setiap individu muslim tidak boleh sama sekali meninggalkan perubatan moden dan tidak boleh menolak perubatan Islam kerana kedua-duanya seumpama melengkapi dan mencari kesembuhan yang lebih baik dikala berpadu dengan syarat dan panduan tertentu. Utamakan perubatan moden atau rawatan di hospital, disamping itu mendapatkan rawatan Islam sekiranya berlarutan agar kombinasi kedua-duanya mencapai kesembuhan yang lebih baik dan lebih padu. 

Akhirnya ditegaskan bahawa Persatuan DarusSalam berpandangan  perubatan Islam dan ruqyah syar’iyyah selayaknya diangkat selaras dengan perubatan komplimentari yang lain. DarusSalam bersedia bergerak seiring KKM untuk merawat pesakit-pesakit COVID-19 jika diberi peluang. Rawatan moden di hospital dengan segala pengawalan, pemantauan dan kajian terhadap pesakit diutamakan dan serentak dengan itu rawatan Islam turut diberikan kepada pesakit, mudah-mudahan Allah SWT anugerahkan kesembuhan yang lebih baik. 

“Ikhtiar, Doa Tawakkal”

Hj Abd Manaf Bin Jusoh
Pengerusi, Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia 
Tarikh: 1 Februari 2021 M | 19 Jamadil Akhir 1441 H

Sabtu

📌Tip Pilih Tembikai 📌



1) Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja.

2) Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.

3) Tompokan ‘Jaringan Lebah’

Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang ‘bersih’ tanpa cacat cela, selepas ini pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah ni. Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya. Sebab ia menunjukkan yang buah ini banyak kali dihinggapi sang lebah. Lebah kan suka buah-buah manis.

4) Tekstur Licin

Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.

5) Timbangan Berat

Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.

6) Tangkai Kering

Pilih tembikai yang mempunyai tangkai kering dan kecut, bermakna tembikai tersebut telah masak sempurna. Jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum masak ranum sepenuhnya.

7)Tepuk Tembikai

Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.