Ahad

TUAN GURU HAJI ISMAIL BIN HAJI SALLEH AL KELANTANI AL MAKKI AL MAGHRIBI AL AZHARI

TUAN GURU HAJI ISMAIL BIN HAJI SALLEH AL KELANTANI AL MAKKI AL MAGHRIBI AL AZHARI

>Di lahirkan di Pasir Mas Kelantan pada tarikh 09 Mei 1941 atau tahun 1944

>PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN:-
•Belajar al-Qur`an kepada Tuan Guru Abdul Ghani bin Awang kecil sehingga khatam

>Pada Tahun 1950 - 1961:
•Belajar di Madrasah Nahdhatul Ulama yang telah didirikan oleh Ustaz Haji Ghazali Lubis Al-Mandili al-Kelantani selama 10 tahun
•Belajar di Madrasah Al-Ihsaniyah yang telah didirikan oleh Syeikh Sulaiman Al-Serami Al-Kelantani sambil mengajar di madrasah ini.

>Pada tahun 1962
•Beliau melanjutkan pelajaran Madrasah Dar Al-Ulum Al-Diniyyah Makkah, ketika itu beliau memasuki Peringkat Aliah pada kelasa satu.

>Pada tahun 1963
•Beliau pindah ke Madrasah Al-Saulatiyah, dan masuk terus ke Peringkat Akhir Aliyah sehingga pada tahun 1964 beliau telah menyelesaikan pembelajarannya di Saulatiyah.

>Pada tahun 1964
•Beliau kembali masuk ke Madrasah Dar Ulum dan terus masuk ke kelasa dua Aliyah dan berasil meraih Syahadah Aliyah Dar Ulum pada tahun 1965
•Kemudian beliau mengaji ke rumah-rumah ulama Makkah dan Masjid Haram Al-Makki.

GURU-GURU DI MAKKAH

>Diantara guru-guru beliau di Makkah adalah:-
•Syeikh Abdul Qadir bin Tolib Al-Mandili
•Syeikh Hasan Al-Masyath Al-Maliki
•Syeikh Al-Arabi At-Tabbani
•Syeikh Daud bin Sulaiman Al-Fathoni
•Syeikh Alawi bin Abbas Al-Maliki
•Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani
•Syeikh Abdul Karim Al-Banjari

PENGAJIAN KE MAROKO

>Pada tahun 1969
•Beliau berhijrah ke Maroko, kemudian masuk ke Universiti Al-Qarawiyyin selama empat tahun, sehingga mendapat Syahadah Lisence dari Syari`ah Islamiyah.
•Belajar di Dar Hadis Al-Hasaniyah selama setahun.

PENGAJIAN KE MESIR

>Pada tahun 1981
•Beliau kembali ke tanah kelahirannya Kelantan

>Pada tahun 1982
•Beliau berangkat ke Mesir dan menyambung pengajiannya ke Universiti Al-Azhar Syarif dan berhasil mendapat Lisence dari Fakulti Syari`ah Islamiyah.

>Pada tahun 1985
•Beliau kembali ke Malaysia dan mengajar di masjid-masjid sehingga pada akhirnya beliau di tetapkan sebagai guru Pondok Moden pada tahun 2000 oleh Mufti Kelantan, sehingga wafatnya beliau.

>Beliau meninggal dunia pada tarikh 11 september 2015.