Ahad

Kefahaman dalam agama


Faham adalah satu yang sangat mahal nilainya. Burung tiung boleh berbicara, tetapi dia tidak faham apa yang dibicarakannya. Jika manusia yang berbicara dan tidak faham apa yang dibicarakannya, maka ia tidaklah jauh beza daripada sang burung tiung. Faham yang paling utama adalah faham dalam agama. Banyak orang mempunyai ilmu agama, tetapi sedikit yang faham agama yang dianutinya.

Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Maksudnya: Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Allah jadikan dia faham dalam agama.

Kefahaman dalam agama inilah yang telah Allah kurniakan kepada ramai sahabat. Kefahaman inilah yang Rasulullah saw doakan untuk Ibn Abbas:

اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi membahagikan faham dalam agama ini kepada 5 bahagian:




* Memahami maqasid syariat
* Memahami aulawiyyat
* Memahami sunnah alam (Sunnatullah)
* Memahami perimbangan antara Masalih (Kebaikan) dan Mafasid (Kerosakan)
* Memahami perselisihan kalangan muslimin.


Memahami agama yang disebut sebagai "Tafaqquh fi deen" bukan bermaksud menguasai ilmu agama tetapi mampu mengaplikasikan ilmu agama tersebut dengan selari dengan tujuan sesuatu disyariatkan, keutamaan dalam perkura yang menuntut pilihan, meraikan sunnah alam, tahu menimbang mana yang memberi masalahah atau lebih ringat mafasidnya serta mengerti bahawa persilihan muslimin dalam hal ijtihadi adalah sentiasa benar.

Sesungguhnya orang yang faham agama akan berdiri dalam masyarakat sebagai manusia yang unik. Tidak akan ramai manusia yang sebegini kerana tidak akan ramai manusia yang diberikan kebaikan melebihi orang lain. Mereka adalah golongan yang sedikit.


Demikian tidak ramai hamba Allah yang bersyukur kerana hamba yang bersyuykur adalah sedikit. Firman Allah swt:

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِي الشَّكُورُ
(Dan hanya sedikit hambaku yang bersyukur)

Kerana itu Umar Al-Kattab berdoa:

اللهم اجعلني من القليل
Wahai Allah...jadikan kami golongan yang sedikit. Golongan yang bersyukur kepadamu. Golongan yang memahami agamamu!