Khamis

Prof Dr. Ali Jum`ah (Mufti Mesir) - Menolak Hadith Dhaif Adalah Bid`ah. AlBani Melakukan Kesilapan Dalam Manhaj Hadith.




Mungkin ramai tak berkesempatan untuk mendengar pengajian seorang tokoh yang cukup disegani keilmuannya. Beliau adalah Fadhilat al-Syaikh Dr. Ali Jum`ah. Saya mengajak para pendengar yang cukup tebal dengan pegangan "Hadith Dhaif adalah ditolak" mendengar ucapan ulama besar. Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.

Cuma maaf sebab pengajian ini dalam bahasa Arab tanpa alih bahasa. Tapi kawan-kawan yang terkesan dengan al-Wahhabiyyah insyaallah pandai berbahasa Arab kerana mereka mampu untuk terus mencari hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah di samping untuk mengkaji darjat sesuatu hadith sebagaimana yang diceburi oleh para mujtahid sahaja satu ketika dahulu.



Maaf pada semua kalau tak bersetuju dengan tindakan saya yang banyak membincangkan kecelaruan Salafiah atau Wahabiah. Saya merasakan peri pentingnya kita membersihkan cara pemikiran muslim agar bertepatan dengan disiplin ilmu Islam yang murni.

Maaf sekiranya saya menyatakan satu kesimpulan bahawa:

masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian.

Agar faedah ucapan Mufti Mesir ini dapat dinikmati oleh seluruh pembaca, saya telah membuat beberapa kesimpulan daripada kalam beliau.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat saya paparkan para saudara pembaca hasil daripada syarahan Fadhilat al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum`ah (Mufti Kerajaan Mesir) di atas:

1) Meninggalkan seluruh hadith dhaif adalah BID`AH yang tidak pernah dibuat oleh umat Islam sebelum ini.

2) Hadith Dhaif boleh digunakan dengan beberapa syarat:

• Hadith tersebut tidaklah disandarkan kepada Rasulullah (kita tidak boleh menyatakan bahawa matan hadith tersebut adalah kalam Rasulullah secara yakin 100% kerana hadith tersebut tidak mencapat tahap hadith Sahih atau Hasan)
• Hadith Dhaif tersebut tidak boleh terlalu dhaif
• Tidak ada hadith lain yang membicarakan sesuatu bab melainkan hadith dhaif tersebut.
• Hadith Dhaif tersebut tidak bercanggah dengan perkara-perkara pokok dalam agama Islam
• Hadith Dhaif tersebut adalah digunakan hujah dalam Fadha`il A'mal

3) Fikrah yang dipegang oleh golongan Wahabi hasil daripada idea Syeikh Albani yang mahu agar hadith dhaif dibuang di dalam tong sampah adalah satu pandangan yang BID`AH.

4) Hujah bahawa tokoh ulama berikut menolak hadith dhaif adalah salah sama sekali. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah:

• al-Imam al-Bukhari: Beliau sendiri mengarang beberapa buku dan memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam buku-buku tersebut seperti kitab al-Adab al-Mufrad.

• Abu Syamah al-Maqdisi: Beliau telahpun mengarang satu buku yang berjudul al-Bahis `Ala Inkar al-Bida' Wa al-Hawadith (الباعث على إنكار البدع والحوادث) telah menggunakan hadith dhaif ketika berhujah.

• Ibnu Hazm al-Zohiri: Kitab al-Muhalla yang dikarang oleh beliau penuh dengan hadith-hadith yang dhaif.

• Abu Bakr bin al-Arabi: Beliau telah berhujah dengan menggunakan hadith dhaif di dalam kitab beliau Ahkam al-Qur`an.

5) Golongan Wahabi berhujah bahawa al-Imam Muslim menyatakan di dalam muqaddimah kitab beliau iaitu Sahih Muslim bahawa hadith dhaif tidak boleh dipakai sama sekali.

Dr. Ali Jum`ah mempersoalkan golongan Salafi/Wahabi mengapa mereka hanya berpegang dengan kalam al-Imam Muslim ini sahaja dan menolak pandangan ribuan para ulama yang lain yang membenarkan berhujah dengan hadith Dhaif. Bagi Dr. Ali Jum`ah, ini tidak lain dan tidak bukan kerana pandangan al-Imam Muslim bertepatan dengan hawa nafsu mereka.

6) Hadith Dhaif adalah diperlukan dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Contohnya kita memerlukan:

• Hadith dhaif yang berbunyi:


yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di kalangan kamu apabila dia bekerja, dia bekerja dengan penuh tekun.

• Hadith dhaif yang berbunyi:


yang bermaksud: Bersihkanlah halaman rumah kamu semua.

7) Antara contoh hadith dhaif yang digunakan sebagai dalil dalam hukum sesuatu perbuatan adalah seperti:


yang bermaksud: Rasulullah Sallalahu `Alaihi Wasallam melarang daripada menjual hutang dengan bayaran hutang.


yang bermaksud: Setiap hutang yang menyebabkan terhasilnya sebarang keuntungan, maka ia adalah riba

8) Orang yang cuba untuk menyebarkan fahaman bahawa hadith dhaif adalah ditolak sama sekali adalah orang yang jahil.

9) Syeikh Albani telah melakukan pelbagai kesilapan dalam manhaj hadith. Berikut adalah kesilapan beliau:

• 86% daripada pandangan Syeikh Albani terhadap martabat hadith-hadith Rasulullah adalah berubah sama sekali daripada pandanganya yang awal. Sekejap beliau mengatakan bahawa hadith tertentu adalah dhaif kemudia beliau menyatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Ada hadith yang pada awalnya beliau hukumkan sebagai hadith sahih namun akhirnya beliau menyatakan hadith tersebut adalah dhaif.

• Syeikh Albani telah mempertikaikan al-Bayhaqi, al-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Bukhari dan al-Muslim. Namun akhirnya beliau sedar bahawa beliau telah tersilap.

• Syeikh Albani menyatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir adalah hadith yang dhaif kerana Abu al-Zubayr adalah seorang Mudallis. Apabila orang mempertikaikan kenyataan Syeikh Albani dengan menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir ada di dalam Sohih Muslim, Syeikh Albani menyatakan bahawa beliau tidak kisah dengan Rijal (orang-orang tertentu). Akan tetapi beliau menghukum pula hadith tersebut sebagai hadith yang sahih.

10) Al-Imam al-`Iraqi tidak langsung menyatakan bahawa kitab al-Ihya' yang dikarang oleh al-Imam al-Ghazali adalah haram. (Kitab Ihya' Ulum al-Din mengandungi hadith-hadith yang dhaif). Al-Imam al-`Iraqi hanya menyatakan darjat hadith-hadith di dalam Ihya' Ulum al-Din dengan menyatakan bahawa hadith ini Sahih, hadith ini Hasan, hadith ini Dhaif, hadith ini Kadzib. Al-Imam al-`Iraqi menamakan buku beliau ini dengan nama:


Al-Imam al-`Iraqi sama sekali tidak menyatakan kepada kita bahawa Jangan Membaca Kitab Ihya' Ulum al-Din.


******

Inilah beberapa kesimpulan yang saya dapat petik daripada kalam tokoh ulama al-Azhar yang disegani ini. Semoga bermanfaat buat seluruh pembaca.




Isnin

Tok Kenali



Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1969 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.


Ahad

Di antara ulamak dan profesional

Akhir-akhir ini pelbagai alunan kata yang berdesir,beralun,berombak,beribut badai memperkatakan di mana-mana pelusok buah mulut dan buah fikiran manusia temntang siapa dia itu digelar ulama?apa syarat nk diiktiraf sebagai ulama dan apakah acuan untuk dikatakan seseorang itu sebagai profesional...

Dalam memilih siapa yang sepatutnya layak menjadi pemimpin dalam sesuatu tampuk politik bagi memerintah sesebuah negara adalah tentu sekali setiap di kalangan perkepala manusia lain kepalanya dalam berfikir dan membuat pilihan...

____________________________________________________________________________________

Tak kiralah samada pemimpin kita itu ulama atau profesional, yang penting dia bertaqwa. Jika taqwanya tercarik dengan sebab perlakuannya, kita pilih yang lain.

Pemimpin kita mesti bertaqwa. Mesti pula lebih taqwanya daripada kita pada andaian dan penelitian kita. Sebab, kita ini adalah umat taqwa. Taqwa adalah pencarian kita di dunia yang tertinggi. Taqwa adalah bekalan kita yang satu – satunya ke akhirat nanti. Maka pemimpin kita hendaklah orang yang boleh menunjuki kita kepada taqwa.
.
Justeru pemimpin kita mestilah taqwanya lebih baik daripada kita. Suluhannya lebih tajam melihat ke depan, lalu pimpinan dan panduannya jadi mudah, tepat dan tak terpesong. Barulah kita jadi pengikut yang selamat, untung dan tak rugi.

Lihat ayat 74 surah al Furqan. Allah mengajar kita bagaimana memohon daripadaNya. Jika rajin, bacalah daripada ayat 63 sampai habis surah itu. Fahami bagaimana Tuhan kita merencana untuk kita hambaNya yang disayangiNya.

Kita diminta olehNya untuk memohon daripadaNya agar menjadi imam atau pemimpin kepada umat yang bertaqwa. Seawalnya adalah dikurniai isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang dek taqwa yang menyelubungi kehidupan sekeluarga. Bolehkah dibayangkan perkenan Allah untuk doa suami yang buruk perangai untuk memiliki keluarga taqwa?

Itulah jenis pemimpin idaman kita. Dia memimpin di dunia untuk kehidupan kita di akhirat. Dalam Islam, memilih pemimpin tanpa taqwa, walaupun rencam kebolehannya, adalah kerugian. Kerugian yang besar.

Sebabnya, kita terlalu memerlukan pemimpin. Kita perlukan nabi yang memimpin. Sahabat nabi yang memimpin. Pewaris nabi yang memimpin. Kita buta tanpa pemimpin. Kita hari ini, begitulah manusia sejak dahulu kala lagi.

Adalah Bani Israel, pemimpin mereka adalah para nabi. Itu perkhabaran nabi kita untuk kita agar kita mengenali wibawa pemimpin. Kerana itu mereka telah menjadi bangsa pilihan. Apabila mereka membohongi dan membunuh para nabi, mereka dilaknat dan disumpah menjadi bangsa terkutuk.

Kemudian kita datang untuk menjadi bangsa pilihan pula. Kerana kita dipimpin oleh sebaik – baik nabi. Nabi penghulu segala nabi.

Nabi adalah bapa taqwa. Tiada nabi, tiadalah taqwa. Begitu sifat taqwa memuncak nilainya dalam kepimpinan Islam. Nabi mewariskan taqwa untuk kita meneruskan kepimpinan pilihan di dunia ini.

*******

Ya, taqwa. Mudah atau payah, kita kena cari pemimpin bertaqwa. kalau rasa pemimpin bertaqwa tak penting, tak payah baca surah al Furqan. Eloknya, tak payah baca al Quran langsung. Jenis tak lekat ajaran!

Ya, memang susah nak cari pemimpin bertaqwa. Sebabnya, taqwa itu memang susah nak dapat. Sebabnya kerana taqwa itu diperolehi hanya dengan ilmu. Ilmu pula hendaklah diiktiraf Allah sebagai ilmu yang berguna. Ilmu yang berguna ialah ilmu yang membawa kepada taqwa!

Yang bertaqwa hanyalah yang berilmu. Yang berilmu tanpa iman dan taqwa adalah tidak berilmu. Sekadar antah, disisih beras dan nasi.

Semua ilmu boleh memandu kepada taqwa. Ilmu adalah kurniaan agung daripada Allah kepada manusia.

Mereka kata, ulama ialah yang ilmu wahyunya adalah rasmi. Ada sijil. Mereka kata, profesional adalah yang ilmu akalnya adalah rasmi. Ada sijil.

Jika begitu dipakai guna, maka samada pemimpin kita itu seorang ulama atau profesional, dia mampu untuk menjadi pemimpin bertaqwa. Sebab, samada ilmu itu naqli (wahyu) atau aqli (akal), ia boleh mencetus taqwa.

Kata saja begini, ulama apabila bertaqwa adalah profesional. Juga, profesional apabila bertaqwa adalah ulama. Titik temu adalah taqwa. Taqwa itu isi profesionalisme. Taqwa itu isi ulamaisme. Begitu tafsiran dan istilah ugama.

Terbaru, ayahanda kata, jika Namrud itu profesional, dia pasti terima Ibrahim alaihissalam! Saya tambah, jika Obama itu profesional, dia pasti terima Islam!

Jika anda enggan memahami agama dengan tafsiran ugama, anda akan merapu - rapu dalam membuat kesimpulan. Jika anda mengira si kafir adalah profesional, anda jahil. Ulama pun tidak, profesional pun tidak!

*******

Kemudian, mari saya bimbing anda kepada sesuatu yang lebih ke puncak.

Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah yang terbaik dan terpilih?

Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah merupakan kurniaanNya yang teragung?

Jawabannya adalah ilmu wahyu. Kenapa? Sebabnya ilmu wahyu adalah lebih cepat kepada taqwa. Ia lebih cepat menuju Allah dan mengenaliNya.

Justeru para nabi dikurniai ilmu wahyu. Ia milik nabi tanpa kongsi. Ilmu wahyu mesti daripada nabi. Kemudian ia dipindah milik kepada manusia yang dipilihNya untuk memperolehi kurniaan agungNya. Lihat asy Syura:52.

Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis Sahih: ”Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan (yang banyak dan agung), pasti Allah menjadikannya faqih dalam ugama.” Agama adalah wahyu.

Ilmu wahyu, nabilah juara di depan. Ilmu aqli, tak semestinya nabi menjuarai. Kerana itu nabi bersabda, “Kamu lebih tahu perihal urusan duniawi kamu,” saat para sahabat mengadu kebun tamar yang kurang mengeluarkan hasil apabila cadangan awal nabi dipraktiskan.

Justeru anda akan menemui seorang miskin buta huruf di pedalaman jauh yang menangis di tengah malam kerana takutkan tuhannya. Dia tiada memiliki selain secubit ilmu wahyu yang diajar oleh guru ugama lepasan pondok ( yang tiada memiliki ilmu duniawi rasmi ) yang telah memperkenalkannya dengan tuhannya.

Tetapi anda boleh melihat seorang profesor di menara gading yang bertambunan sijil – sijil ilmu aqlinya, hari – hari kerjanya adalah menentang Allah dan rasulNya! Dia memiliki segalanya kecuali ilmu wahyu!

Setitik ilmu wahyu mungkin saja mencipta taqwa. Seluas lautan ilmu aqli pula tak mungkin mencipta taqwa kecuali selepas dititikkan dengan ilmu wahyu.

Ilmu naqli ( wahyu ) tidak memerlukan ilmu aqli sedang ilmu aqli memerlukan ilmu naqli untuk menuju tuhan.

Ilmu aqli membimbing anda mengenali wujud tuhan yang satu. Ilmu naqli menyudahkannya dengan berkata, yang satu itu adalah Allah!

*******

Mari membaca dan memahami sebahagian surah Fathir yang menjadi rujukan perihal ilmu,ulama dan taqwa.

Ayat 27 dan 28, Allah mengarahkan kita mengkaji dan memerah akal untuk memahami kemukjizatan alam semesta ciptaanNya. Hasilnya adalah ilmu yang mencetus taqwa! ” Sesungguhnya hanya yang takut pada Allah adalah ulama ( ilmuan ).”

Tetapi perhatikan awal ayat, “Tidakkah kamu lihat bahawa Allah…” Taqwa hanya terhasil apabila si pengkaji itu terlebih dahulu mengenal Allah. Jika tidak, dia pasti dalam kebingungan dan kehairanan sendirian tanpa jawaban melihat kehebatan alam semesta.

Anda mungkin mendengar bagaimana ramainya ahli sains barat dan timur hanya memeluk Islam selepas mereka mengenali Allah daripada pembacaan al Quran atau diperkenalkan oleh ulama Islam! Sebelum itu, bukankah mereka buntu?

Lihat, titikan ilmu wahyu menjadikan segalanya adalah emas!

Jangan berhenti di ayat 28, sehinggalah anda melihat ayat berikutnya.

Lihat pula ayat berikutnya, dari ayat 29 hingga 32. Allah memperincikan perihal manusia yang bertaqwa.

Dalam 4 ayat ini, Allah menyebut ‘KitabuLlah‘ ( al Quran ) sebanyak 3 kali!

Selepas penegasan bahawa taqwa itu milik para ulama ( hatta ulama sains ), Allah mengembalikan kita kepada nikmat membaca dan memahami al Quran ( ayat 29 ). Kemudian, Allah mempertegaskan al Quran sebagai sumber kebenaran dan al haq ( ayat 31 ). Akhirnya Allah memberitahu kita kepada siapakah al Quran itu diwarisi daripada al Rasul ( ayat 32) dan siapakah yang terbaik daripada mereka. Mereka yang menjuarai berpegang dengan al Quran disifatkan sebagai telah memperolehi kurniaan yang agung!

Begitulah taqwa. Ia bermula dengan al Quran dan berakhir dengan al Quran. Ditengahnya adalah segala ilmu aqli dan naqli yang saling memperkenalkan kita dengan tuhan, lalu mencetus taqwa.

Selepas anda memahami ini, bolehlah anda memahami saya ketika saya sering mengajak anda menjadikan ulama al Quran sebagai pemimpin.

Saya bermaksud bahawa kepimpinan mestilah ditunjangi taqwa. Kemuncak taqwa adalah apabila anda memahami kitab Allah sepenuhnya. Anda mesti memahami bahasa Arabiah sebaiknya kerana al Quran diturunkan dalam bahasa Arabiah sepenuhnya. Sebahagian keindahan al Quran adalah pada memahami bahasa itu. Sebahagian lagi adalah pada memahami ilmunya yang khusus seperti ulum tafsir, ulum hadis (penafsir al Quran yang pertama selepas al quran sendiri ), fiqh dan usulnya, selain kemuncaknya, iaitu ilmu merawat hati yang sakit dan mensejahterakannya.

Tidakkah memimpin manusia adalah memimpin hatinya? Dunia ini hancur rosak selepas hati manusia rosak. Dunia ini sejahtera apabila hati manusia telah sejahtera.

Siapa anda untuk berani berkata ulama al Quran tidak boleh memimpin dalam iklim politik negara hari ini? Siapa anda untuk berani mempertikaikan imej dan watak ulama tradisional?

Seperti saya sebutkan di atas, jika anda melihat pemimpin anda telah tercarik sifat taqwanya dengan penyakit – penyakit hati seperti cintakan dunia, cintakan jawatan, bohong, dengki, politik wang, rasuah politik, politik cantas, memfitnah dan sebagainya, tukarlah saja pemimpin sedemikian jika ada yang lebih baik.

Jika tiada, malanglah kita. Berdoakan semoga Allah mengurniakan kita pemimpin yang baik – baik yang memandu kita menuju Allah

Sumber daripada sini


Sabtu

Maksiat Lawannya Taat

Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat...

Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.

1.Tidak Mendapat Ilmu
2.Tidak Mendapat Rezeki
3.Kerisauan dan Kesepian Hati
4.Banyak Mendapat Kesulitan
5.Kegelapan di dalam hati
6.Melemahkan Hati dan Badan
7.Kehilangan ketaatan
8.Mengurangi umur dan mengikis berkah

1. Tidak Mendapatkan Ilmu
Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut.
Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya,
"Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada Waki', hafalanku lemah; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."

2. Tidak Mendapatkan Rezeki
Dalam Musnad Imam Ahmad:
"Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat." Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan Kesepian di Hati
Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.
Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

4. Banyak mendapat kesulitan
Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya
Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya.
Berkata Abdullah bin Abbas:
"Sesungguhnya pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya. Adapun pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."

6. Melemahkan hati dan badan
Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan
Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.

8. Mengurangi umur dan mengikis berkah
Sebahagian ulamak mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:

Ia akan berkata:
"Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
(Al-Fajr:24).


Jumaat

Anakku Anugerah ALLAH yg tak terhingga


FIRMAN Allah, Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. (An-Nahl: 58)

Huraian

Al-Quran telah menunjukkan gambaran tentang sikap buruk orang arab Jahiliah yang apabila dikurniakan anak perempuan mereka merasa terlalu dukacita sehingga ternampak kemurungan di wajah masing-masing.



Memendam perasaan marah dan dukacita seolah-olah anak perempuan itu membawa kecelakaan kepada keluarga mereka. Sedangkan anak perempuan juga adalah kurniaan Allah s.w.t seperti anak lelaki.

Mengapa mereka berdukacita, sedangkan mereka sendiri tidak berkuasa untuk menentukan jantina anak di dalam rahim ibu, apatah lagi untuk meniupkan roh ke dalam janin.

Dengan hanya mengenangkan hayat seorang insan yang berkembang subur dengan keizinan Allah dari setitis nutfah kepada seorang manusia sempurna sudah cukup untuk kita menyambut bayi yang lahir itu dengan penuh kegembiraan, walau apa pun jantinanya.

Oleh itu, mengapa orang yang disampaikan berita kelahiran anak perempuan itu menjadi dukacita dan menyembunyikan dirinya dari orang ramai setelah menerima berita yang buruk itu, sedangkan dia tidak pernah mencipta dan membentuk rupa bayi itu, malah dia hanya merupakan alat kudrat Ilahi dalam proses kelahiran mukjizat yang gemilang itu.

Hikmat Allah dan peraturan hidup telah menentukan bahawa anak itu adalah terjadi dari pasangan lelaki dan perempuan. Oleh itu, perempuan merupakan unsur utama di dalam peraturan hidup sama seperti lelaki juga, malah peranan perempuan lebih besar lagi kerana merupakan wadah perkembangan dan pertumbuhan bayi.

Kesimpulan

Sebagai hamba yang lemah, kita hendaklah menerima anugerah Allah sama ada anak lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.

Anak lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai peranan kerana tanpa kedua-duanya tidak akan wujud generasi manusia yang akan memakmurkan bumi ini. Bahkan peranan wanita itu sangat besar dalam menempatkan atau mengandung bayi sebelum ia menjadi seorang manusia sama ada ia lelaki atau perempuan.

Oleh sebab itu, sikap dukacita atau bimbang menerima kelahiran anak perempuan adalah cetusan sikap yang tidak bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Khamis

Mencela Marah, Dendam Dan Dengki

Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.


Orang yang melihat dengan nuril-yaqin (cahaya keyakinan) dapat menyingkap, bahwa dari manusia itu telah ditarik sepotong urat, berkontek dengan syaitan yang terkutuk, apabila api kemarahannya mula berkobar-kobar, maka kontek itu menjadi kukuh, sebagaimana pernah diucapkan oleh syaitan sendiri dan diceritakan oleh al-Quran:
“Engkau (tuhan) telah menciptakan aku dari api, dan engkau ciptakan ia (manusia) dari tanah.” (al-A’raf: 12)
Bukankah sifat tanah itu sentiasa bertenang dan tetap manakala sifat api pula bernyala-nyala, menyerang, berkobar-kobar dan bergejolak.
Kemudian timbul dari sifat marah itu perasaan-perasaan yang lain; iaitu dendam, hasad dan dengki, dan menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak. Pokok segala kebinasaan dan kerosakan itu, bersebab dari segumpal daging (hati), jika daging itu dijaga dengan baik, baik pulalah seluruh tubuh.
Jika sekiranya kita telah mengetahui, bahwa sifat-sifat dendam, dengki dan marah itu di antara sifat-sifat yang menarik manusia kepada sebab-sebab kemusnahan dan kecelakaan, maka alangkah perlunya manusia itu untuk mengetahui sebab-sebab pendorongnya atau punca-punca perosaknya, agar ia dapat menghindarkan diri daripada bahaya-bahaya itu, dan agar ia dapat berhati-hati dan menjauhkannya dari hati dengan seberapa yang boleh.

Kecelaan sifat marah
Allah s.w.t berfirman:


“Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)
Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.
Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya. Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.
Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.
Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.
Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedang kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudharat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya.
Berkata al-Hasan pula: Di antara tanda-tanda seorang Muslim yang sejati, ialah teguh agama, lemah-lembut kelakuan, penuh iman dan yakin, berilmu pengetahuan dan bertoleransi, pandai menjaga kepentinagn dan berbelas kasihan, selalu memberi dengan hak, tidak boros meskipun kaya, murah hati meskipun miskin, berbuat baik walaupun berkuasa, menanggung jerih-perih bersama kawan-kawan, bersabar walaupun susah, tiada dikuasai oleh kemarahan, tiada selalu menurutkan perasaan, tiada dipengaruhi oleh syahwat dan nafsu, tiada dimalukan oleh kebatinan, tiada mementingkan keinginan, tiada terhad niat baik, sering menolong orang yang teraniaya, mengasihani orang yang lemah, tidak kikir dan tidak boros, tidak berbelanja berlebihan-lebihan dan tidak mengenggam tangan, bersedia mengamuni orang yang menganiayai, suka memaafkan oarng bodoh, biarlah dirinya berada di dalam kepayahan asalkan semua orang berada di dalam kesenangan.

Tingkatan manusia ketika marah
Ketahuilah bahawasanya keganasan marah itu berpunca dari hati. Maknanya darah yang berada di dalam hati sedang menggelegak, lalu darah itu pun mengalir ke dalam urat-urat badan, dan terus memuncak tinggi ke anggota badan yang teratas sekali, sebagaimana api dan air memuncak tinggi ketika makanan mendidih di dalam periuk. Oleh kerana itu bila marah mula memuncak kelihatanlah darah manusia itu menyerap ke muka, sehingga wajah dan mata menjadi merah padam, dan kulit pula kerana kejernihannya, dapat menampakkan warna air yang di dalamnya.
Manusia dalam menghadapi keganasan marah terbahagi kepada tiga bahagian:
(1) ketiadaan sifat marah
(2) keterlampauan sifat marah
(3) pertengahan antara marah dan tidak marah

Ketiadaan sifat marah
Orang yang tiada bersifat pemarah, ataupun yang lemah sifat kemarahannya itu tercela. Itulah orang yang dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Allah s.w.t. telah mensifatkan para sahabat Nabi s.a.w. dengan terkadang-kadang bersifat keras dan berperasaan cemburu atas diri seperti firman Allah ta’ala:
“Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir.”
Allah telah berfirman ke atas NabiNya s.a.w.:
“Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka.” (at-Tahrim:9)
Yang dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumber dari adanya tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, iaitu yang menyebabkan sifat marah.
Keterlampauan sifat marah
Yang dikatakan keterlampauan dalam marah itu, ialah bila sifat marah itu tidak dapat dikuasai lagi, sehingga ia terkeluar dari batas pertimbangan akal dan agama dan kepatuhannya. Orang yang bersikap seperti itu, tentulah tidak lagi mempunyai bashirah atau matahati yang dipandang dengannya, atau pemikiran untuk menimbang dengan akalnya dan ia tidak pilihan lagi, melainkan seperti seorang yang terpaksa saja.
Di antara tanda-tanda marah pada lahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak-geri tidak menentu arah lagi, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam, lubang hidung kembang kuncup, batang tubuh berupah rupa. Andaikata si pemarah ketika sedang marah dapat mengesan betapa buruk sifatnya pada masa itu, niscaya ia akan melenyapkan kemarahannya serta-merta, kerana sangat malu melihat keburukan sifatnya dan perubahan bentuk dan rupanya pada ketika itu. Ini hanya pada sifat lahiriahnya saja, dan sifat batinya tentulah lebih buruk lagi dari sifat lahirnya, kerana sifat lahir menunjukkan kepada sifat batin. Yang lazimnya bila rosak, rosak dululah sifat batin, lalu kerosakan itu berjangkit pada sifat lahir pula. Oleh itu dikatakan lerosakan pada lahir adalah pertanda adanya kerosakan pada batin. Bandingkanlah pohon dengan buahnya. Beginilah kesan-kesan atau tanda-tanda sifat terlampau marah itu pada tubuh badan.
Adapun kesan-kesan atau tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah, umpamanya kelancangan lidah ketika menyebutkan caci-maki, dan kata-kata yang terkeji dalam percakapan, yang apabila didengar oleh orang yang waras fikiran, niscaya ia akan merasa malu dan segan, dan kalau diceritakan semula kepada orang yang mengucapkannya setelah hilang marahnya, tentu sekali ia juga akan merasa malu dan menyesal atas kelakuannya itu. Sebab ketika ia marah tadi, percakapannya kelam-kabut dan tidak teratur, sehingga semua perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya itu tidak menerima pertimbangan akal fikiran yang waras dan wajar.
Tentang kesan-kesan marah dan alamat-alamatya pada anggota, ialah suka memukul, menyerang, menghancurkan harta benda, melukai bahkan membunuh sekalipun, jika berkuasa melakukan seperti ity. Malah ada kalanya ia sampai menganiaya diri sendiri, mengoyak-ngoyakkan pakaiannya, memukul-mukul dirinya, atau terkadang-kadang ia memukul-mukul tanah. Biasa juga orang yang berkelakuan begini diserang oleh perasaan tidak sedarkan diri, sehingga semua tindakanya itu seperti tidakan orang tak siuman atau hilang akal. Orang yang dalam keadaan begini, tidak mustahil akan merosakkan harta benda, menganiaya binatang, memecahkan pinggan-mangkuk, ataupun sampai memaki-maki binatang. Tidaklah hairan pula, jika binatang itu menendangnya, ia akan menendang balik binatang itu. Jelaslah ketika itu, ia akan bersikap seperti orang gila.
Adapun kesan-kesan dan tanda-tandanya pada hati pula, ialah lahirnya sifat-sifat dendam dan dengki, memendamkan niat jahat terhadap orang lain, suka bersifat dengan segala sifat-sifat yang dicela dan dikeji. Ia tidak senang apabila melihat orang bergembira. Ia tidak segan untuk membocorkan rahasia orang. Ia suka melanggar penghormatan orang dan mengejek-ejeknya. Pendek kata semua sifat-sifat yang buruk itu akan dilengkapinya di dalam dirinya.
Demikianlah hasil sifat marah yang berlebih-lebihan atau yang melampaui batas.
Manakala hasil sifat marah yang lemah, ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang menggangu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri. Ia bersifat acuh tak acuh saja, ketika peribadinya dihinakankan oleh orang-orang yang rendah budinya. Ia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain. Ini juga termasuk sifat yang tercela, sebab ia menelurkan sikap tidak cemburu ke atas kehormatan diri dan keluarga, padahal melindunginya dari pencabulan adalah wajib.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesungguhnya Sa’ad orang yang cemburu, dan saya lebih cemburu dari Sa’ad, manakala Allah pula lebih cemburu dari saya.”
Sifat cemburu itu dijadikan semata-mata kerana memelihara keturunan. Andaikata manusia amat bersenang-senang dalam soal cemburu ini, niscaya keturunannya akan bercampur aduk dan tidak terpelihara. Sebab itu ada pepatah mengatakan: Setiap ummat yang menentukan sifat cemburu pada kaum lelakinya, niscaya terpeliharalah kaum wanitanya. Dari sebab lemahnya sifat marah, akan timbul pula sifat suka menganiaya diri, serta mendiamkan diri apabila menyaksikan berbagai-bagai kemungkaran yang dilakukan. Allah s.w.t. telah berfirman:
“Dan jangan kamu semua merasa belas kasihan terhadap kedua penzina itu dalam menjalankan agama (hukuman) Allah.”
Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya adalah sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintak agama. Adakalanya marah itu perlu dan adakala penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan, kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan sampai melampaui batas. Biarlah yang dilakukan itu pertengahan, seperti yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. ke atas sekalian hamba-hambaNya; iaitu cara tengah yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam salah sebuah sabdanya:
“Sebaik-baik perkara ialah yang pertengahan.”
Melenyapkan marah dengan latihan diri
Ketahuilah selagi manusia tetap bersifat suka dan benci sesuatu, maka ia tidak terlepas dari sifat jengkel dan marah, sebab kedua-dua sifat itu menjadi sebahagian dari tabiat semula jadi manusia. Akan tetapi latihan diri itu perlu juga dijaga untuk menghapuskan keganasan marah itu; iaitu dengan jalan perjuangan dan memaksa diri dengan sifat penyantuan dan penanggungan seketika waktu, sehingga semua sifat-sifat itu menjadi kebiasaan dan kelakuan yang kekal dalam diri.
Dengan latihan-latihan di atas itu saja tidak boleh sama sekali menghapuskan kemarahan hati, kerana yang demikian itu memang tidak mungkin. Tetapi tujuannya ialah untuk memimpinnya ke batas yang dianjurkan oleh syara‘ dan dipandang baik oleh akal fikiran. Caranya ialah dengan mematahkan gejolaknya dan melemahkannya, sehingga api kemarahan itu tidak menyala-nyala di dalam batinnya. Perbuatan itu diteruskan sehingga kesan-kesannya tiada lagi kelihatan di wajah.
Adakalanya kemarahan seseorang itu dapat dilenyapkan dengan mengalihkan pemikirannya kepada pentauhidan Zat Allah Ta’ala, ataupun mengingatkan dirinya bahwa Allah s.w.t. menginginkannya supaya ia tidak marah. Mungkin pengaruh cintanya kepada Allah Ta’ala itu dapat menolong memadamkan api kemarahannya, ataupun mengalihkan perhatian hati kepada perkara yang lebih penting daripada kemarahan itu. Ketika itu hatinya tidak ada tempat lagi untuk menyimpan marah, sebab ia telah dikuasi oleh urusan lain yang lebih penting. Apabila hati sedang sibuk dengan perkara-perkara yang penting, tentulah ia akan menyisihkan ke samping perkara-perkara yang kurang penting.

Sebab-sebab kemarahan
Anda telah mengetahui, bahwa ubat segala penyakit mestilah dengan memotong pangkalnya dan melenyapkan sebab-sebabbya. Dengan hal yang demikian, maka anda mestilah mengetahui sebab dan punca timbulnya kemarahan itu terlebih dulu. Sebab-sebab yang membangkitkan kemarahan itu, ialah meninggi diri,ujub dan bangga, senda gurau, omong kosong, mengejek-ejek, mencela, berbantah-bantah, berlawan-lawan, berkhianat, kemahuan yang tak terbatas pada mencari wang dan menuntut kedudukan; semua sifat-sifat ini merupakan perilaku-perilaku yang tercela di dalam syariat Islam. Seseorang itu tidak mungkin terlepas dari sifat marah, selagi semua sifat-sifat ini masih kekal di dalam dirinya. Maka sayugialah, ia bersungguh-sungguh untuk menghapuskan segala sifat-sifat ini dengan sifat-sifat lawannya.
Hendaklah menyirnakan sifat membesar diri dengan merendah diri, menyirnakan sifat ujub dan bangga diri dengan mengenal diri sendiri, menyimpan sifat memuji diri dengan mengingati diri bahwa ia adalah dari jenis makhluk yang sangat rendah, yang bersatu keturunan dengan bapa yang satu, iaitu Adam a.s. Seterusnya untuk menyirnakan sifat megah diri pula, ialah dengan mengerjakan seberapa banyak kebajikan dan kebaikan dan hendaklah ia menyakini bahwa sifat megah diri atau bangga diri itu, adalah termasuk sifat-sifat yang amat tercela.
Adalah sifat senda gurauan itu, dapat disirnakan dengan menyibukkan diri dengan urusan-urusan agama yang penting, sehingga mengambil masa yang lanjut dari umur, ataypun lebih dari itu. Sifat suka beromong kosong dapat disirnakan dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berguna yang mendatangkan feadah, seperti mencari kelebihan-kelebihan hidup, mendidik diri dengan akhlak dan budi pekerti yang terpuji, dan menlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan agama yang boleh menyampaikan kepada kebahagiaan akhirat.
Seterusnya untuk menyirnakan sifat mengejek-ejek itu, dengan mengekang diri dari berbuat sesuatu yang boleh menyakiti orang lain, dan memeliharanya dari apa saja yang boleh menyebabkan orang lain mengejek balik. Sifat suka mencela orang lain dapat disirnakan dengan sentiasa menahan diri dari segala kaata-kaata yang tidak senonoh, dan memeliharanya juga dari menjawab orang lain dengan kata-kata pedas.
Adapun sifat suka mementingkan diri sendiri, dapat disirnakan dengan banyak-banyak sabar ke atas kepahitan hidup, dan selalu bersyukur terhadap apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sekadar yang termampu, untuk menjaga kemulian diri dari suka meminta-minta dan mengangkatnya dari kehinaan keperluan yang tidak ada batasnya.
Setiap perilaku dari perilaku-perilaku ini, dan setiap sifat dari sifat-sifat ini, memerlukan pengikidan dan pengubatan melalui jalan latihan dan penanggungan terhadap semua percubaannya. Tujuan menjalankan latihan seumpama ini, ialah untuk engetahui kebencanaan sifat-sifatnya, agar jiwa merasa tidak senang kepadanya, dan melarikan diri dari segala keburukan-keburukan sifat-sifat tersebut. Kemudian membiasakan diri bersifat dengan sifat-sifat lawannya setakat jangka masa yang panjang pula, sehingga dengan kebiasaan itu dapat diterapkan kepada jiwa sifat-sifat yanfg baru itu, manakala jiwa pun tidak merasa berat untuk menerimanya setelah sifat-sifat itu menjadi kebiasaannya.
Apabila sifat buruk dan tercela itu telah disirnakan dari jiwa dan dihapuskan sama sekali, maka ketika itu jiwa akan suci murni, bersih dari segala sifat-sifat keji, dan barulah ia akan terselamat dari angkara sifat marah yang mencetuskan segala sifat-sifat yang tak baik itu.
Sementara itu punca utama yang menimbulkan sifat marah pada golongan orang yang bodoh dan jahil itu, ialah anggapan mereka bahwa sifat marah itu adalah semacam keberanian, ketangkasan dan kemuliaan diri. Sebab itulah, maka jiwa orang-orang ini tertarik kepada sifat marah, dan menganggapnya suatu sifat yang baik, Anggapan ini adalah suatu kebodohan dan kejahilan dala diri, maka suatu penyakit dalam hati dan kurang pentimbangan dalam akal fikiran.
Untuk mengubati penyakit orang-orang bodoh ini, ialah dengan mendengarkan kepada mereka cerita-cerita para ahli penyantun dan pemaaf, dan menunjukkan kepada mereka bagaimana orang-orang itu memilih cara menahan diri dari marah. Cara beginilah yang merupakan sebaik-baik cara, sebab telah dipratikkan oleh para Nabi dan para ulama yang terdahulu.

Bagaimana mengubati kemarahan yang sedang bergejolak
Apa yang dihuraikan pada lembaran-lembaran yang lalu, ialah bagaimana caranya hendak melenyapkan pangkal kemarahan dan menghapuskan sebab-sebabnya, supaya ia tiada terus bergejolak. Tetapi jika ini tiada berjaya, malah sebab-sebab kemarahan itu hidup juga, maka ketika itu hendakkah menetapkan diri supaya orang yang dihinggapi penyakit ini, tiada sampai terpaksa melakukan sesuatu menurut wajah yang tercela. Sayugialah ia menyegerakan pengubatan kemarahannya itu, dalam seketika bernyala-nyalanya, dengan pati dan inti ilmu pengetahuan dan amalan.
Untuk mengubati penyakit marah menerusi ilmu pengetahuan, ada beberapa caranya, iaitu:
Pertama: Hendaklah anda cuba mengingatkan kembali segala anjuran-anjuran yang ditunjuk oleh syariat dalam keutamaan dan kelebihan sifat-sifat menahan marah, pemaaf, penyantun dan menanggung perilaku buruk. Dengan jalan itu jiwa anda akan inginkan pahala yang dijanjikan kerana menolak kemarahan itu, lalu anda akan menentang keinginan diri untuk membalas dendam, maka dengan itu perasaan marah anda akan terhapus dari dalam diri.
Kedua: Hendaklah anda ingat tentang ancaman Allah Ta’ala dan siksaanNya, andaikata diteruskan juga sifat marah anda itu. Anda harus merenung pula, apakah anda boleh terselamat dari kemurkaan Allah Ta’ala pada Hari Kiamat kelak, meskipun ketika itu anda sangat memerlukan kepada pengampunan dan kemaafan Allah Ta’ala.
Ketiga: Hendaklah anda ingat akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam lawan anda, kelak sudah barang tentu ia akan berusaha untuk menceroboh kehormatan diri anda. Ia akan cuba menjaja segala keburukan anda. Ia akan merasa suka, bila anda tertimpa sesuatu bencana, sedangkan anda sendiri tentu sekali tidak sunyi dari berbagai-bagai keburukan dan kecelaan diri. Dengan yang demikian, anda akan merasakan keburukan akibat marah itu di dunia, kiranya anda masih tidak mengendahkan akan akibat dosanya di akhirat.
Keempat: Hendaklah anda gambarkan bertapa buruknya rupa anda kelak bila anda marah, iaitu dengan mengingat rupa orang lain ketika dalam dalam kemarahan. Bayangkanlah rupa anda yang buruk ketika itu, dengan rupa sahabat ada yang diumpamakan seperti anjing galak yang hendak menerkam, atau seekor binatang buas yang mengganas. Kemudian bayangkanlah pula seorang penyantun yang bertenang saja, yang tidak suka marah-marah, yang menurut perilaku para Nabi, para wali, para alim ulama dan orang-orang yang bijaksana. Pilihlah antara dua perilaku itu, mana yang lebih sesuai bagimu? Menyerupakan dirimu dengan perilaku anjing-anjing, binatang-binatang buas dan orang-orang yang tercela kelakuannya? Ataupun menyerupakan dengan perilaku para Nabi dan alim ulama dalam adat kebiasaannya, supaya jiwa anda kelak tertarik kepada perjalanan hidup mereka itu, itu pun jika ada lagi padamu sedikit otak yang boleh memikirkan baik buruknya kedua-dua perilaku tadi.
Kelima: Hendaklah anda fikirkan apa sebabnya anda ingin membalas dendam? Dan apa pula sebabnya anda tidak dapat menahan diri dari kemarahan itu? Mungkin juga syaitan membisikkan di telinga anda, bahwa sikap itu akan menunjukkan kelemahan dan kehinaan diri, dan anda akan kelihatan rendah di mata orang ramai. Ketika itu hendakkah anda menjawabnya dengan berkata: Wahai nafsu! Aneh sekali engkau ini. Engkau tak sanggup menahan penghinaan sekarang. Apakah engkau lebih sanggup menahan penghinaan di Hari Kiamat kelak? Apakah engkau tidak bimbang, kelak di sana engkau akan dihinadinakan di hadapan Allah, para Malaikat dan pada NabiNya?
Apabila anda menahan kemarahan, maka hendaklah anda menahannya semata-mata kerana Allah. Anda menahannya juga kerana ia seperkara yang dipandang berat di sisi Allah. Jangan sampai anda terpengaruh dengan kata-kata orang, ataupun menahan kemarahan itu dengan sesuatu sebab keduniaan
Adapun cara memadamkan api kemarahan menerusi amalan, iaitu hendaklah anda mengucap Ta’awwudz dengan lidahmu begini: A’uudzu billaahi minasy-syaithaanir-rajiim (Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk). Apabila kemarahan itu muncul ketika anda sedang berdiri, maka hendaklah anda segera duduk: jika sedang duduk, maka hendaklah anda baring. Orang yang sedang dalam kemarahan, sunnat baginya mengambil wudhu’ (air sembahyang) dengan air yang dingin, kerana kemarahan itu berpunca dari api, manakala api itu pula tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

Keutamaan menahan diri dari kemarahan
Allah s.w.t. telah berfirman:
“Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (ali-Imran: 133-134)
Ayat tersebut di atas telah membuktikan kepada kita, bahwa orang yang menahan kemarahannya termasuk dalam golongan muttaqin; iaitu orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala. Tambahan pula, bahwasanya Allah Ta’ala akan memberikan pengampuananNya kepada mereka, lalu menyediakan bagi mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya balasan itu!
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa menahan kemarahannya, niscaya Allah akan menahan siksaNya terhadap orang itu. Barangsiapa mengemukakan keuzurannya kepada Allah, niscaya Allah akan menerima keuzurannya itu, dan barangsiapa menyimpan lisannya, niscaya Allah akan menutup segala keburukannya.”
Bersabda Rasulullah s.a.w. lagi:
“Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang memberikan maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas.”
Sekali peristiwa Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. telah didatangi oleh seorang dusun yang berwatak kasar, lalu berkata kepadanya: Wahai Umar! Demi Allah, engkau tidak berlaku adil dalam pemerintahanmu dan tidak memberikan secukupnya kepada kami. Mendengar itu, maka menjadi marahlah Khalifah Umar, hingga kemarahan itu ketara pada wajahnya. Tiba-tiba salah seorang para hadirin telah menyampuk dan berkata: Wahai Amirul Mu’minin! Bersabarlah. Tidakkah tuan mendengar firman Allah Ta’ala:
“Ambillah sikap pemaaf san suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu.”
(al-A’raf:199)
Mendengar peringatan orang itu, Khalifah Umar pun bertenang semula, dan beliau memaafkan si penuduh itu.

Keutamaan sifat penyantun
Ketahui bahwasanya sifat penyantun itu adalah lebih utama dari sifat menahan marah, sebab menahan kemarahan itu diumpamakan sebagai perbuatan sementara dari sifat penyantun, yakni memaksa diri untuk bersifat penyantun ketika sedang marah. Sedangkan menahan kemarahan itu tidak perlu, melainkan bagi orang yang sedang berkobar-kobar kemarahannya. Kemudian untuk melenyapkan kemarahan itu, perlu pula kepada perjuangan yang sungguh-sungguh, tetapi tentulah tidak dikhuatiri lagi bahwa kemarahan ity berkobar-kobar lagi, andaikata kemarahan itu berkobar-kobar juga tidaklah menjadi sukar lagi untuk memadamkannya. Itulah yang dikatakan penyantun tab’I yang telah menjadi sifat yang utama dan terpuji.
Tegasnya penyantun itu adalah tanda-tanda kesempurnaan akal fikiran dan penguasaanya terhadap keinginan hawa nafsu yang dapat mematahkan segala kekuatan dan kegejolakan sifat marah dalam diri, serta menundukkannya menurut pertimbangan akal fikiran. Tetapi pada mulanya mestilah dicuba dengan menyantunkan diri dan menahankan kemarahan secara paksaan, sehingga akhirnya perbuatan itu menjadi suatu kebiasaan.
Dalam sebuah Hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Hanyasanya ilmu pengetahuan itu didapati dengan belaja, dan sifat penyantun didapati dengan bersopan santun”
Hadis itu menunjukkan kepada kita, bahwasanya untuk melengkapkan diri dengan sifat penyantun itu, mestilah mula-mula dibiasakan diri dengan sifat itu secara paksaan, sebagaimana kalau hendak mendapatkan ilmu pengetahuan pula, mestilah dengan memaksakan diri supaya tekun belajar.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya seseorang Muslim itu akan mencapai darjat orang yang berpuasa (pada siand hari) dan beribadat (pada malam hari) menerusi sifat penyantun.”
Al-Hasan, ketika memberikan komennya terhadap ayat berikut berkata:
“Dan apabila orang-orang bodoh itu berkata kepada mereka, niscaya dijawabbya: Selamat sejahtera.” (al-Furqan:63)
Ia berkata: Maksudnya orang-orang itu bersifat penyantun, mereka tidak ingin membalas orang-orang bodoh itu dengan cara yang setimpal, seperti yang diperlakukan kepada diri mereka.
Dari Mujahid, ketika memberikan komennya terhadap ayat berikut pula:
“Dan apabila mereka melalui di hadapan orang-orang yang beromong kosong itu, mereka berlalu secara hormat (tidak pedulikan mereka itu).”
(al-Furqan”72)
Kata Mujahid: Maksudnya apabila mereka disakiti dan dianiayai, niscaya mereka memaafkan saja. Ini juga termasuk sifat penyantun.
Dari Ali bin Abu Talib r.a., katanya: Bukanlah kebaikan itu bila harta kekayaamu bertimbun-timbun dan anak pinakmu bersusun-susun, bahkan kebaikan itu ialah bila ilmu pengetahuanmu bertambah, sifat penyantunmu sikenang orang, dan anda tidak menunjuk-nunjuk kepada orang ramai mengenai ibadatmu kepada Allah, dan bila anda berbuat baik, anda sentiasa bersyukur kepada Allah, tetapi bila anda berbuat jahat, segera anda bertaubat dan meminta ampun kepadaNya.
Aktsam pula berkata: Tonggaknya akal ialah sifat penyantun, dan pokok segala perkara ialah sabar.
Berkata Mu’awiyah: Seseorang manusia tidak akan mencapai puncak pemikiran, melainkan sesudah penyantuannya mengalahkan kebodohannya, dan kesabarannya mengatasi keinginan syahwatnya, dan tidak akan tercapai semua itu, melainkan dengan kekuatan dan pengetahuan.
Bertanya Mu’awiyah kepada Amru Ibnul-Ahtam: Orang yang bagaimanakah yang diakata pemberani? Amru menjawab: Sesiapa yang dapat mengalahkan kebodohannya dengan penyantunannya. Kemudian Mu’awiyah bertanya lagi: Orang yang macam manakah yang dikatakan paling pemurah? Jawabnya: Orang yang membelanjakan kekayaan dunianya untuk maslahat akhiratnya.
Mu’awiyah pernah bertanya kepada Irabah: Dengan cara apakah engkau dapat mengetahui kaummu itu? Jawabnya: Saya sering bersikap penyantun terhadap orang yang bodoh di antara mereka dan memberi setiap permintaan mereka dan berusaha untuk menunaikan segala hajat keperluan mereka. Barangsiapa yang melakukan seperti yang saya lakukan, maka ia pun samalah seperti saya, malah barangsiapa dapat melebihi saya, tentulah ia menjadi lebih utama dari saya. Tetapi jika ia melakukan kurang dari saya, maka saya lebih baik daripadanya.
Berkata Anas bin Malik, ketika memberi keterangan terhadap firman Allah Ta’ala:
“Tolaklah kejahatan itu dengan cara sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antaramu dengannya akan menjadi seorang kawan yang setia, dan kelakuan seumpama itu tiada dikurniakanNya kepada sesiapa pun, melainkan orang-orang yang bersabar, dan tidak diberikanNya melainkan kepada orang-orang yang bersabar, dan tiada diberikanNya melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Fushshilat:34-35)
Kata Anas: Itulah orang yang bila dicaci-maki oleh saudaranya, lalu ia berkata: Andaikata anda telah berdusta dalam caci-makimu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni anda. Tetapi jika anda benar dalam ucapanmu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni saya.
Dari Saiyidina Ali bin al-Hussain radhiallahu-anhuma, pada suatu ketika beliau telah dimaki oleh seorang, maka beliau pun menghadiahkan kepada orang itu sehelai pakaian, dan memberikannya pula sebanyak seribu dirham. Setengah orang yang mendengar cerita itu telah mebuat komen, kata mereka: Telah terkumpul pada peribadi Saiyidina Ali bin al-Hussain itu lima sifat yang terpuji, iaitu:
(1) Penyantun
(2) Melenyapkan sakit hati.
(3) Melepaskan orang itu dari sesuatu yang boleh menjauhkannya daripada Allah azzawajalla.
(4) Menyebabkannya merasa kesal terhadap perbuatannya lalu bertaubat.
(5) Mengubah sikapnya yang mencela tadi kepada sikap memuji pula.
Beliau telah membeli kesemua sifat-sifat yang terpuji ini dengan sesuatu yang tidak terpandang dari harta dunia.

Kadar yang dibolehkan untuk membalas umpatan
Ketahuilah bahwasanya setiap penganiayaan yang ditimbulkan oleh seseorang, tiadalah dibolehkan membalas dengan penganiayaan yang sama. Tidak dibolehkan membalas umpat dengan umpat, intip dengan intip, maki dengan maki, dn seterusnya terhadap semua maksiat sibalas dengan maksiat yang sama pula.
Rasulullah s.a.w. telah melarang orang membalas orang yang mengata-nista kepada mu dengan kata-nista dalam sbadanya:
“Jika seseorang mengata-nistamu dengan menyebut sesuatu keburukan yang asa pada dirimu, maka janganlah anda membalas dengan menyebut keburukan-keburukan yang ada pada dirinya pula.”
Setengah para ulama membolehkan membalas dengan mengatakan sesuatu yang tidak mengandungi perkara dusta. Mereka berkata: Larangan yang bersabdakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk membalas kata-caci orang itu, bukanlah merupakan suatu larangan yang haram atau dosa, hanya yang lebih baik lagi meninggalkannya, tetapi jika ia membalas juga, maka tidaklah terkira berdosa.
Tetapi yang dibolehkan membalas dengan berkata: Siapa engkau ini sampai berkata seperti ini? Ataupun: Wahai orang yang rendah budinya! Ataupun: Wahai manusia bodoh! Kerana setiap orang mestilah ada padanya sifat rendah budi dan sifat bodoh.
Begitu juga, jika dia memanggil dengan berkata: Wahai orang yang buruk akhlaknya! Ataupun: Wahai orang yang mencaci peribadi orang lain! Dan sebenarnya memanglah sifat yang dicacinya itu ada pada orang itu, maka tidaklah ditegah. Ataupun ia berkata: Jika ada sifat malu pada diri anda, tentulah anda tidak berkata seperti itu. Ataupun ia berkata: Alangkah buruknya kelakuanmu pada pandangan mataku!
Para alim ulama membolehkan ucapan-ucapan membalas seumpama itu, berdalilkan sabda rasulullah s.a.w.:
“Dua orang yang bermaki-makian itu, selagi masing-masing sama kata-mengata, maka dosanya ke atas orang yang memulakan memaki dari keduanya, sehingga orang yang dizalimi (dimaki) itu pula melampaui batas ke atas orang yang memulakan.”
Hadis ini menentukan, bahwa bagi orang yang teraniaya itu boleh membuat pembalasan sekadar yang sama dengan apa yang diperlakukan kepadanya, tetapi hendaklah is tidak melampaui batas, jika ia melampaui batas, maka ketika itu dialah yang akan menerima dosanya pula.
Itulah kadarnya yang diperbolehkan oleh para alim ulama dalam menuntut pembalasan, yakni suatu keizinan untuk menentang penganiayaan yang ditujukan kepada dirinya, iaitu kadar yang seimbang tanpa melampaui batas.
Berkata Iman Ghazali selanjutnya: Memang sudah jelaslah keizinan membalas itu diperbolehan dalam kadar yang tersebut di atas, tetapi yang lebih utama meninggalkan saja niat untuk membalas itu, sebab yang demikian akan menariknya kepada suatu akibat yang lebih meruncing sesuatu itu. Bahkan mungkin nanti ia tidak dapat menguasai dirinya lagi untuk menuntut pembalasan dalam kadar hak yang diperbolehkan saja, dan dikhuatiri kelak ia akan melampaui batas. Dengan yang demikian, menahan diri dari membuat pembalasan itu adalah lebih baik dan lebih senang daripada memulakan pembalasan dan berhenti dalam kadar yang diperbolehkan oleh syara’.
Walau bagaimanapun, memanglah ada juga manusia yang tiada berkuasa untuk mengekang hawa nafsu dalam masa marahnya sedang meluap-luap. Tetapi tidk kurang pula ada yang insaf sesudah itu, lalu kembali tenang dan marahnya pun reda.
Dalam sebuah Hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sebaik-baik anak Adam, ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam yang lekas marahnya dan lambat pula reda marah itu.”
Akibat dendam dan faedah belas kasihan
Ketahuilah bahwasanya sifat marah itu bila tidak dikekang dengan segera, niscaya sukarlah ia disembuhkan dengan serta-merta, maka ketika itu ia akan terpendam di dalam kebatinan, dan bersarang di situ, sehingga menjadi sifat dendam pula.
Pengetian dendam itu, ialah bila hati anda merasa sangat berat terhadap, seseorang, seperti membencinya, menjauhi diri darinya dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati anda dan sentiasa hidup di situ.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Orang Mu’min itu bukanlah seorang yang pendendam.”
Jadi nyatalah, bahwa sifat dendam itu bersumber dari sifat marah, dan ia akan menimbulkan berbagai-bagai perkara mungkar iaitu:
(1) Perasaan hasad dan dengki dalam diri, sehingga anda merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu anda mencita-citakan terhapusnya nikmat itu daripadanya. Tegasnya anda tidak suka seseorang yang hidupnya senang-lenang, sebaliknya anda merasa gembira bila ia ditimpa bahaya atau kesusuhan. Perilaku ini adalah contoh dari perilaku orang-orang munafik.
(2) Anda bukan saja menyimpan perasaan hasad dan dengki di dalam diri anda, malah anda merasakan senang sekali, bila orang itu terkena sesuatu musibat atau bala bencana.
(3) Anda akan menjauhinya dan memutuskan semua perhubungan dengannya. Tidak mahu bergaul dengannya, meskipun ia cuba berbaik-baik denganmu dan mendapatimu.
(4) Kiranya orang itu lebih rendah kedudukannya darimu, maka anda memalingkan dirimu daripadanya, kerana menganggapnya kecil di hadapan matamu.
(5) Anda akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang itu, tidak kira sama ada dengan berbohong, mengumpat


Rabu

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif )



Salam perjuangan buat semua. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi.

Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia ( PAS ).

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .

Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.

Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing [ klik ] dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.

Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .

Selamat berjuang dan bermuktamar .

Sumber Disini