Ahad

Tabiat Meninggalkan Solat

Bila sudah bertabiat dalam sesuatu perkara tentu sekali sukar dan teramat susah untuk ditinggalkan,samada tabiat yang baik atau buruk.Tapi Hamba nak bincangkan Pasal tabiat buruk dalam solat,Tabiat Bergaru,Berkhayal,Tabiat Was-was dalam Solat,Tabiat Goyang badan....

Kalau Tabiat tu ok lagi sebab masih melakukan ibadah solat ,Tabiat yang lebih buruk dari itu ialah tabiat melengah-lengahkan solat,Tabiat melengah-lengahkan solat ini akan terbawa-bawa juga dalam tabiat kehidupan seharian,kerana solat yang wajibpun disegerakanpun buat main-main dan tak menyegerakan ,apatah lagi tugas kewajiban yang lain-lain lagi....

Tabiat melengahkan solat ini kadang kala boleh sehingga terbawa-bawa ke arah sehinggakan boleh meninggalkan solat.Apabila tabiat sekali sekala meninggalkan solat dari hari kehari dan dari tahun ketahun berlarutan,maka tabiat meninggalkan solat secara kerap akan turut berlaku...Akhirnya melakukan ibadah solat kadang-kadang dan kemudianya jarang-jarang dan seterusnya langsung tak solat...Inilah perkara yang teramat malang sekali sebagai yang bergelar orang yang menganuti Agama Islam.