Sabtu

PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ketahuilah bahawa para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa mustahil Allah Taala diliputi oleh tempat dan arah kerana Maha suci Allah berada di mana-mana tempat. Inilah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan al ‘Asyari dan Imam Abu Mansor al Maturidi yang mana kedua-dua imam ini telah menerangkan akidah yang sebenar. Manakala dewasa ini akidah tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk pula telah dihidupkan semula serta disebarkan oleh satu golongan Wahabiah yang bertopengkan dengan nama Salafiah dan juga mereka yang sealiran dengannya.


DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT


1-Firman Allah Taala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maknanya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)







Isnin

Iklan Jawatan Kosong!Samada yang dah berjawatan atau belum


cepat! sebelum tawaran ini datang kepada anda..istimewa buat seluruh umat islam terutamanya

Memperingati sesama ummah..

Sabtu

Kisah orang yang meninggalkan solat

Untuk renungan bersama....

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yg bertugas memandikan mayat org Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor utk menguruskan jenazah lelaki yg sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya & seorg penjaga bilik tersebut yg berada dlm bilik berkenaan. Saya membuka dgn hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dgn teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Khamis





KULIAH DHUHA siri 1 sesi 2009 "3jan09"

OLEH: AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
TEMPAT : DARUL FUQAHA
MASA : SETIAP HARI SABTU jam 8.30PG

Labels:





Suka kepada harta merupakan tabiat semulajadi manusia.

Suka kepada harta merupakan tabiat semulajadi manusia. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Ali ‘Imran ayat 14 bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)”.









Ciri-Ciri dan Adab-Adab Seorang Ulama

Kali ni post ni ana ambil sekadar untuk koleksi dan bahan bacaan sendiri bagi mematangkan lagi diri.

Sumbernya dari link ini

PENGENALAN

Memandangkan terdapat beberapa ahli iLuvislam yang PM saya bertanyakan tentang ulama, maka saya mengambil kesempatan yang singkat ini untuk menjelaskannya secara ringkas mengenai ciri-ciri ulama. Selain itu juga, beberapa thread di iLuvislam juga turut membincangkan perkara ini dan saya melihat tiada kesudahan yang baik pada thread-thread berikut. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan perkara ini agar semua pihak dapat mengambil manfaatnya. InsyaAllah.





:

Ahad

Ana berpindah kepada domain berbayar

Salam semua,ana kini telah menggunakan domain berbayar....Harga domain ini hanya rm35 ringgit setahun...sangat-sangat murah...

Kalau para sahabat dan sahabiah berminat untuk guna domain macam ana ni ana boleh cuba tolong...Bagi ana ...terutamanya yang dah bekerja,apa la sangat dengan bayaran domain sebesar itu jika berbanding dengan kelebihan yang dapat diperolehi dari post-post tajuk-tajuk blog kita...

Jangan dok kedekut sangat la oiiii...heee...tapi ana masih juga lagi berminat guna blogspot ni...ada kelebihanya tersendiri...apa yang lebihnya?haaa....haaa..Free le...

Apakah beza domain berbayar dengan hanya menggunakan blogspot?ooo...banyak sangat bezanya...Nak tau?cari la dari pak google....ermm...malas nk letak la sini...

Domain yang ana pakai : 1) Http://sabriyunus.com atau http://sabriyunus.com/blog (Subdomain namanya) 2) http://syedsob.com/blog. Lain2 lagi yg biz tu tak mau la citer sini...rahsia...

Sabtu

Orang Putih Cakap Sabah


Culik?Apa Perlu buat

Anda tahukan sekarang ini kes culik kanak-kanak meningkat? Mungkin kita yang hanya mendengar berita merasakan perkara ini tak akan berlaku pada anak-anak kita. Sebenarnya orang yang berfikir begitulah akan ditimpa kejadian ini. Bukannya berfikiran negatif, tetapi sediakan payung sebelum hujan.

Semua kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi. Mereka fikir merekalah hero di atas dunia ini. Mereka rasa semua orang baik dan sayang mereka. Tetapi kerana berfikir begitu tanpa ilmu akan menyebabkan kejadian-kejadian yang kita tak nak.

Kanak-kanak perlu diajar berfikir supaya mereka tahu bezakan yang mana baik dan yang mana tak baik. Cuba perhatikan kanak-kanak sekarang, mereka mudah mengikut orang yang mereka tak kenal. Hanya dengan umpan gula-gula, mereka mudah mengikut orang yang mereka tak kenali itu.


Sebagai ibu-bapa, abang atau kakak, kita harus memegang tanggungjawab mendidik mereka cara berfikir. Ajarkan mereka cara bertindak jika berlaku sesuatu. Kita kena ceritakan kepada mereka mengenai kes culik. Biar mereka tahu apa yang terjadi sekarang.

Kenapa kita nak terlalu extreme salahkan penculik? Sebenarnya kita kena salahkan diri kita dahulu. Kita yang tak ajar kanak-kanak tersebut. Ajarlah mereka sehingga mereka betul-betul memahami perkara ini. Kebanyakkan keluarga ada mengajar anak-anak tetapi masalahnya tidak 100% difahami mereka. Mungkin sebelum anda baca artikel ini, anda tak pedulikan semua ini, tapi saya yakin jika anda benar-benar menyayangi mereka, anda pasti akan mula bertindak sekarang.


Mungkin sekarang anda sudah sedar, tapi bagaimana dengan yang lain? Bagaimana mereka nak sedar jika tiada orang memberitahu mereka? Maka terserahlah kepada anda. Jika anda sayangi semua kanak-kanak di atas dunia ini, beritahulah jiran-jiran anda, pengujung blog anda dan rakan-rakan anda. berkongsilah dengan mereka apa yang anda sedar.


Selasa

Wah..berabis suara bercakap...Elakkan bercakap nyaring


Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir'aun.

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid
Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit 'ujub dan sum'ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.

Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam..

Jangan keraskan suara di depan guru
Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi."

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa
Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi; "Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."

Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, "Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu."

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (Allah s.w.t).

Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, Auku dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka Allah s.w.t tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat.

Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL (rakyat) untuk mendapat restu Allah dalam pemerintahan mereka.

Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya.

Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi," kata baginda.

"Ya Rasulullah, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya anak tunggal mereka."

"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian baginda memutuskan.

Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan baik dan tabah hati.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." [Al-An'aam:74]

Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama..

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. [Surah at-Taubah: 113 - 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya.

Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan dan wasiat Imam Hasan al-Banna.

Oh Aku Mahu Kaya...!!!!Hang mau kaya?perrghhh



Ohhh...aku mau kaya mcm cina,org puteh,org jepun dll dan org kaya-kaya tu yg lain2 lg juga....rumah besar,kereta besar,ada kedai n gudang sendiri...bini besar....eh silap...ada tanah serata tempat..malah aku mau juga mau buka biz luar negeri dan negeri2 lain...

Tapi aku mahu kaya cepat cmna ni....aku mahu melabur...?mau main forex otai2....buat biz mlm betul2..mau buat projek itu dan ini...siang malam pikir & renung cmna nk kaya ni....

Ya allah pernahkah aku berfikir cmna nk kaya iman,kaya amal soleh...kaya dakwah...
kaya Ilmu....

Fikir lah aku n...

Ramai orang mahu kaya tapi malangnya mereka tidak merujuk kepada agama untuk mengetahui kunci-kunci kekayaan. Hadis Nabi saw secara jelasnya menyebut menyebut usaha menyambung rahim adalah antara kunci kepada kelapangan rezki. Rasulullah saw bersabda bermaksud: "sesiapa yang mahu dipanjangkan umurnya dan dilapangkan rezkinya hendaklah dia menyambung rahimnya."
Rahim merujuk kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan darah. Imam Zubaydi dalam Ittihaf al-Saadah al-Muttaqin menyebut bahawa rahim terbahagi kepada dua iatu rahim yang wajib disambung dan rahim yang sunat disambung. Rahim yang wajib disambung merujuk kepada kerabat yang menjadi mahram yang terdiri daripada antaranya ibu, ayah, datuk, nenek, moyang dan seterusnya ke atas, anak, cucu, cicit dan seterusnya ke bawah, ibu dan bapa saudara, datuk dan nenek saudara, anak,cucu dan cicit saudara. Yang sunat disambung pula ialah kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, dua pupu dan seumpamanya.

Persoalannya sejauh mana kita prihatain dengan kaum kerabat yang berstatus mahram ini? Kita barangkali masih berhubung rahim dengan ibu,bapa, anak dan cucu. tetapi bagaimana dengan ibu dan bapa saudara? Ramai yang tidak mempunyai kesungguhan untuk merapatkan hubungan dengan mereka. Apatah lagi sekiranya ada kalangan ibu dan bapa saudara yang mempunyai masalah hubungan dengan bapa atau ibu mereka. Anak-anak akan terikut-ikut dengan ibubapa mereka yang bermasalah lantas terus memutuskan hubungan rahim dengan ibu dan bapa saudara yang merupakan mahram yang wajib disambung oleh mereka.

Bagamana pula dengan datuk dan nenek saudara? Moyang saudara? Saya bimbang masyarakat Islam hari ini tidak lagi merasakan mereka adalah sebahagian daripada mahram yang wajib disambung hubungan rahimnya.

Mungkin ada yang berfikir, berhubung rahim dengan datuk dan moyang saudara tentu menyusahkan apatah lagi sekiranya mereka orang-orang miskin. Tentu ada sedikit sebanyak perlu dihulurkan bantuan.Sebenarnya sekiranya mereka sememangnya miskin inilah peluang untuk kita menghlurkan bantuan kepada mereka. Ini kerana sedekah kepada orang mempunyai hubungan kerabat lebih aula berbanding dengan orang yang tiada hubungan kerabat. Dua pahala akan diperolehi. Satunya pahala bersedekah. keduanya pahala menghubungkan rahim sebagaimana dijelaskan oleh para alim ulama berdasarkan petunjuk beberapa hadis.

Dan sebenarnya inilah peluang untuk kita mendapat rezki yang lapang.

Sebilangan orang tidak mahu membentuk kumpulan kerja di kalangan adik-beradik dan sanak saudara. Alasan mereka ialah nanti timbul pergaduhan dan perbalahan yang memutuskan terus hubungan.Ini juga pandangan yang silap. Membentuk kerja dan kerjaya untuk mendapatkan rezki secara berjamaah di kalangan ahli keluarga mendatangkan barakah. Di sinilah kelapangan rezki akan datang.

Jangan hairan jika sekiranya di sana terdapat sedikt sebanyak pertelingkahan kerana syaitan sentiasa cba memutuskan hubungan antara manusia apatah lagi antara yang bersaudara. Itulah ujian keimanan yan perlu ditangani dengan iman.

Yang pasti, nikmatilah kelapangan rezki menerusi hubungan rahim yang disambung dan dieratkan. Cubalah! Pasti anda merasai nikmatnya. Saya telah merasai nikmatnya sejak beberapa tahun yang lalu alhamdulillah.

Jumaat

Sambutan Raya Selain sambutan raya orang Islam bagaimana?



Ada orang bertanya tentang kewajaran kita menyambut Deeparaya (Deepavali + Raya Aidilfitri). Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat.

Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).

Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )

Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.

Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.

Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!

OlehMohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)


Rabu

Untuk sahabat sahabiah yang mahu domain termurah


salam sahabat sahabiah,kali ini lain dari kebiasaan posting ana,iaitu ana ingin kongsi sedikit ilmu berkaitan domain dan hosting...

Domain ialah nama yang kita mahu sebagai contoh url http://sabriyunus.com atau http://myceramah.com.Manakala Hosting ialah tempat kita sewa untuk menyimpan data-data atau maklumat kita.Untuk mendapatkan domain kita boleh memilih samada untuk menyewa domain lain tempat dan hosting di lain tempat.Kita boleh juga menyewa domain dan hosting secara pakej di satu tempat sahaja yang menyediakan domain dan hosting.

Harga sewa domain sahaja kebiasaan di antara harga rm35,45 dan lain-lain harga untuk jangka masa setahun.Manakala hosting pula macam-macam harga ada untuk disewa jangka masa setahun atau dua tahun sekaligus.

Disini ana ingin syorkan salah satu tempat menyediakan domain dan hosting termurah dan support yang agak baik.Kalau ada sahabat dan sahabiah berminat ingin memiliki domain atau hosting sendiri silakan la...sekiranya ada masalah berkaitan pembinaan blog atau web dengan hosting dan domain sendiri boleh la hubungi ana..insyaallah ana dapatmembantu sekadar yang mampu...Lihat banner di bawah untuk dapatkan domain dan hosting.