Rabu

Sideburn' ditakrifkan di dalam kitab fiqh

Sideburn' ditakrifkan di dalam kitab fiqh sebagai:
1) 'الشعر النابت المحاذي للأذن بين الصدغ والعارض   (al-Iqna: 1: 129) maknanya 'bulu yang tumbuh, yang berada setentang dengan telinga, dan berada antara bulu pelipis dan jambang.'
2)  'وهو أول ما ينبت للأمرد غالباً' (al-Iqna': 1:129) maknanya 'ia secara kebiasaannya bulu yang mula-mula tumbuh bagi amrad.'

Hukum Membasuhnya Ketika Wuduk:
1) Hukum membasuhnya ketika berwuduk adalah wajib seperti yang disebut di dalam al-Minhaj,
      "ويجب غسل كل هدب وحاجب وعذار." Maknanya wajib membasuh setiap daripada bulu mata, bulu kening dan 'sideburn'.
2) Ulama asy-Syafiiyyah bersepakat bahawa wajib membasuh zahir dan batin 'sideburn' ketika wuduk sama ada ia tebal atau nipis selagi ia berada di dalam had muka.
'فيجب غسل ظاهر هذه الشعور وباطنها مع البشرة تحتها وإن كثفت' (ar-Raudhah: 1: 162)
3) Terdapat pendapat syaz bahawa tidak wajib membasuh bahagian kulit tempat tumbuh bulu-bulu tersebut sekiranya ia lebat. (ar-Raudhah: 1: 162)
4) Adapun sekiranya 'sideburn' keluar dari had muka maka terdapat dua qaul Imam dalam masalah ini. Qaul pertama wajib membasuh kesemuanya sekiranya ia nipis dan zahir sahaja sekiranya ia tebal. Pendapat ini adalah 'الأظهر'. 
(ar-Raudhah: 1:163)
Qaul yang kedua tidak wajib membasuh bulu yang keluar dari had muka (di antaranya 'sideburn' ).
5) Hukum ini sama di antara lelaki dan wanita kerana semua hukum syarak asalnya sama taklifnya di antara lelaki dan wanita selagi tiada dalil yang menyatakan perbezaan dan 'sideburn' adalah bulu yang biasa tumbuh pada lelaki dan wanita.
6) Apakah yang dimaksudkan dengan bulu yang keluar dari muka? Terdapat perbezaan ulama ketika meletakkan dabit bagi masalah ini.
Pertama 'بأن كان لو مد خرج بالمد عن جهة نزوله' (Tuhfat ul-Muhtaj: 1:205) maknanya iaitu bulu yang kalaulah ditarik dari arah turunnya maka dia akan terkeluar dari had muka.
Zahirnya Syeikh Ibn Hajar mentarjihkan dabit ini.
Kedua 'بأن يخرج عن تدويره بأن طال على خلاف الغالب' maknanya iaitu bulu itu keluar dari had bulatan iaitu ia panjang berbeza dengan kebiasaan.
Ketiga 'أن يلتوي بنفسه إلى غير جهة استرساله كأن يلتوي شعر الذقن إلى الشفة أو الى الحل maknanya bahawa membengkok bulu itu dengan sendiri tetapi bukan kearah menjulurnya ia seperti bulu dagu membengkok ke arah bibir
7) Kesimpulannya 'sideburn' wanita wajib dibasuh zahir dan batin samaada ia tebal atau nipis sekiranya ia masih dalam lingkungan bulatan muka dan sekiranya ia telah terkeluar dari bulatan muka maka wajib membasuh zahir dan batin juga sekiranya ia nipis dan sekiranya ia tebal maka wajib membasuh zahir sahaja.
Menurut satu riwayat dari Imam Shafie tidak wajib membasuh mana mana bulu yang telah terkeluar dari bulatan muka .
8- Khilaf dalam masaalah ini ialah pada martabat azhar
9-Peringatan , perbincangan ini iaah seputar sideburn yang takrifnya telah dinyatakan diatas dan ia juga ditakrifkan sebagai bulu yang tumbuh diatas tulang yang timbul bertentangan telinga
10- Adapun bulu yang tumbuh di

موضع التحذيف
الصدغ
Maka ia tidak wajib dibasuh