Selasa

Oh Aku Mahu Kaya...!!!!Hang mau kaya?perrghhh



Ohhh...aku mau kaya mcm cina,org puteh,org jepun dll dan org kaya-kaya tu yg lain2 lg juga....rumah besar,kereta besar,ada kedai n gudang sendiri...bini besar....eh silap...ada tanah serata tempat..malah aku mau juga mau buka biz luar negeri dan negeri2 lain...

Tapi aku mahu kaya cepat cmna ni....aku mahu melabur...?mau main forex otai2....buat biz mlm betul2..mau buat projek itu dan ini...siang malam pikir & renung cmna nk kaya ni....

Ya allah pernahkah aku berfikir cmna nk kaya iman,kaya amal soleh...kaya dakwah...
kaya Ilmu....

Fikir lah aku n...

Ramai orang mahu kaya tapi malangnya mereka tidak merujuk kepada agama untuk mengetahui kunci-kunci kekayaan. Hadis Nabi saw secara jelasnya menyebut menyebut usaha menyambung rahim adalah antara kunci kepada kelapangan rezki. Rasulullah saw bersabda bermaksud: "sesiapa yang mahu dipanjangkan umurnya dan dilapangkan rezkinya hendaklah dia menyambung rahimnya."
Rahim merujuk kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan darah. Imam Zubaydi dalam Ittihaf al-Saadah al-Muttaqin menyebut bahawa rahim terbahagi kepada dua iatu rahim yang wajib disambung dan rahim yang sunat disambung. Rahim yang wajib disambung merujuk kepada kerabat yang menjadi mahram yang terdiri daripada antaranya ibu, ayah, datuk, nenek, moyang dan seterusnya ke atas, anak, cucu, cicit dan seterusnya ke bawah, ibu dan bapa saudara, datuk dan nenek saudara, anak,cucu dan cicit saudara. Yang sunat disambung pula ialah kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, dua pupu dan seumpamanya.

Persoalannya sejauh mana kita prihatain dengan kaum kerabat yang berstatus mahram ini? Kita barangkali masih berhubung rahim dengan ibu,bapa, anak dan cucu. tetapi bagaimana dengan ibu dan bapa saudara? Ramai yang tidak mempunyai kesungguhan untuk merapatkan hubungan dengan mereka. Apatah lagi sekiranya ada kalangan ibu dan bapa saudara yang mempunyai masalah hubungan dengan bapa atau ibu mereka. Anak-anak akan terikut-ikut dengan ibubapa mereka yang bermasalah lantas terus memutuskan hubungan rahim dengan ibu dan bapa saudara yang merupakan mahram yang wajib disambung oleh mereka.

Bagamana pula dengan datuk dan nenek saudara? Moyang saudara? Saya bimbang masyarakat Islam hari ini tidak lagi merasakan mereka adalah sebahagian daripada mahram yang wajib disambung hubungan rahimnya.

Mungkin ada yang berfikir, berhubung rahim dengan datuk dan moyang saudara tentu menyusahkan apatah lagi sekiranya mereka orang-orang miskin. Tentu ada sedikit sebanyak perlu dihulurkan bantuan.Sebenarnya sekiranya mereka sememangnya miskin inilah peluang untuk kita menghlurkan bantuan kepada mereka. Ini kerana sedekah kepada orang mempunyai hubungan kerabat lebih aula berbanding dengan orang yang tiada hubungan kerabat. Dua pahala akan diperolehi. Satunya pahala bersedekah. keduanya pahala menghubungkan rahim sebagaimana dijelaskan oleh para alim ulama berdasarkan petunjuk beberapa hadis.

Dan sebenarnya inilah peluang untuk kita mendapat rezki yang lapang.

Sebilangan orang tidak mahu membentuk kumpulan kerja di kalangan adik-beradik dan sanak saudara. Alasan mereka ialah nanti timbul pergaduhan dan perbalahan yang memutuskan terus hubungan.Ini juga pandangan yang silap. Membentuk kerja dan kerjaya untuk mendapatkan rezki secara berjamaah di kalangan ahli keluarga mendatangkan barakah. Di sinilah kelapangan rezki akan datang.

Jangan hairan jika sekiranya di sana terdapat sedikt sebanyak pertelingkahan kerana syaitan sentiasa cba memutuskan hubungan antara manusia apatah lagi antara yang bersaudara. Itulah ujian keimanan yan perlu ditangani dengan iman.

Yang pasti, nikmatilah kelapangan rezki menerusi hubungan rahim yang disambung dan dieratkan. Cubalah! Pasti anda merasai nikmatnya. Saya telah merasai nikmatnya sejak beberapa tahun yang lalu alhamdulillah.

0 ulasan:

Catat Ulasan