Rabu

HAKIKAT DOSA DAN PAHALA

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد
HAKIKAT DOSA DAN PAHALA

Islam meletakkan setiap orang yang beramal dengan kebaikan akan diberikan ganjaran yang setimpal dan sesiapa yang beramal dengan amal kejahatan juga akan dibalas dengan balasan yang setipal berdasarkan firman Allah Taala yang berbunyi:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

MaksudnyaL“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya kan dilihatnya(dalam surat amalnya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalnya)” Surah Az Zalzalah :7-8

Tidak ada pengecualian dalam amalan kebajikan dan kejahatan menurut Islam antara hamba-hambaNya, lelaki atau wanita, ibu bapa melainkan para Nabi dan Rasul yang ma’sum daripada melakukan sebarang kesilapan.

Ahad

Jatuh menjatuhkan@Cah keting wujud segenap peringkat

Kehidupan cah keting atau jatuh menjatuhkan orang lain wujud dalam pelbagai peringkat kehidupan manusia ,Samada di peringkat tertinggi dan serendah-rendahnya lapisan hirarki kemanusia.

Kedengaran selalunya budaya cah keting dan jatuh menjatuhkan antara sama lain berlaku di kalangan ahli politik,kakitangan organisasi serta di peringkat untuk menjadi jaga sekolah dan tukang sapupun kewujudan berkocak..

Ianya berlaku secara perancangan rapi dengan penuh taktik dan tipu daya serta ada juga berlaku dengan sikap budaya sudah tertanam mau cas keting orang supaya dirinya naik ke atas atau tidak ingin orang itu naik lebih atau sama dengannya..

Kenapakah ianya berlaku...Pembaca ada idea silalah bagi komentar ,cadangan atau lainya untuk kita kongsi bersama isu ini di kupas...