Jumaat

Soalan Audien pd panel

السلام عليكم ورحمة الله
*SOALAN-SOALAN CADANGAN*

1. Apakah pengajaran yg paling besar perlu Kita umat Islam di Malaysia ambil iktibar dari keadaan perpecahan umat Islam di dunia Arab sehingga presiden amerika berani buat pengistiharan baitulmaqdis sbg ibu kota negara Israel.

2. Apa implikasi pengisytiharan baitulmaqdis sbg ibu kota isreal kepada kesucian masjid aqsa

3. Kita maklum bahawa baitulmaqdis merupakan kota suci bagi ketiga2 agama samawi iaitu Islam, yahudi Dan kristian...kalau ikut sejarahnya siapakah yg lebih berhak ke atas kota suci ini

4. Akhir2 in masyarakat awam byk bersembang ttg ramalan2 kemunculan dajal, imam Mahdi, malhamah qubra. Apakah isu baitulmaqdis in salah satu petunjuk kpd perkara2 yg disebut rasulullah berkenaan akhir zaman
5. Isu baitulmaqdis ini adakah bersifat isu nasionalis antara orang Arab dengan yahudi atau issue berkaitan kesucian Serta kedaulatan umat Islam seluruh dunia...

6. Akhir2 ini Kita melihat umat Islam dlm negara by terkeliru dr segi perbezaan mazhab dan perkara2 furuq dlm agama sehingga isu label melebel antara org Islam di msia. Adakah mungkin perbezaan ini kalau x ditgni boleh mmbawa kpd perpecahan umat Islam seperti di dunia Arab antara syiah dan Sunni sehingga x mampu mmpertahankan masjid aqsa dari puak zionis

6 PERKARA PENTING DALAM PELABURAN MATAWANG DIGITAL SEPERTI BITCOIN

Assalamualaikum WBT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*# 6 PERKARA PENTING DALAM PELABURAN MATAWANG DIGITAL SEPERTI BITCOIN# *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*1. Ia tidak menepati sifat matawang sebenar*

Walaupun pada satu-satu keadaan bitcoin nampak bernilai dengan mengalami kenaikan yang amat mendadak dan diterima oleh pihak-pihak tertentu, ia tetap tidak menepati sifat matawang.

Antara sifat matawang yang sebenar adalah ia disahlakukan oleh sesebuah badan yang berautoriti seperti BNM dan perbankan dunia.

Boleh rujuk :

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_announcement&pg=bm_announcement&ac=50&lang=bm

Keadaan seperti di atas akan menyebabkan "pelaburan bitcoin" akan wujud ketidakimbangan dalam pelaburan tersebut dan ia menyebabkan wujud unsur (gharar/ketidaktentuan) yang amat ditegah syarak

*2. Risiko Keselamatan Yang Amat Tinggi*

Urusniaga bitcoin adalah bersifat maya (cloud) dan menggunakan kod khusus seperti (wallet code). Keadaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya risiko kehilangan nilai dengan gangguan sistem seperti "virus" dan "hacking" daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ia dilihat daripada sudut Islam, ia amat ditegah apabila wujud mencampakkan diri dalam kebinasaan/kerugian.

*3. Aktiviti Jenayah Dalam Urusan Bitcoin*

Tidak dinafikan bahawa aktiviti jenayah juga melibatkan wang yang sebenar seperti RM dan USD.

Namun, dalam urusan yang melibatkan bitcoin, dengan tidak melibatkan transaksi yang betul dan berdaftar (keluar masuk wang tanpa berdaftar), maka aktiviti jenayah seperti jenayah dadah, pelacuran, pemerdagangan manusia dan seumpamanya akan lebih berleluasa tanpa sekatan pihak berkuasa.

Keadaan seperti ini akan menyebabkan kita seolah-olah menggalakkan jenayah-jenayah berkenaan apabila membuat pelaburan dalam bitcoin.

*4. Dasar kerajaan atau pihak antarabangsa*

Bila-bila masa sahaja pihak berwajib boleh mengenakan tindakan atau undang-undang terhadap penggunaan bitcoin di peringkat negara dan antarabangsa atas alasan-alasan keselamatan dan jaminan.

Tindakan oleh kerajaan antaranya boleh mengharamkan penggunaan bitcoin di peringkat nagara dan antarabangsa. Apabila tindakan telah diambil, maka semua pelabur dalam bitcoin akan mengalami kerugian yang amat besar.

*5. Wujud Skim Cepat Kaya (SCK) dalam pelaburan bitcoin*

Apabila di mata dunia terdedah dengan persepsi dan spekulasi tentang bitcoin yang amat bernilai di masa kini dan masa hadapan dengan kenaikan nilai yang amat mendadak, maka akan wujud penganjur SCK memanipulasi bitcoin dalam SCK mereka. Dengan tawaran pulangan mengikut jadual bayaran tertentu seperti 1% setiap hari (atau 365% setahun), adalah satu bentuk pulangan yang amat tidak masuk akal dan amat berisiko. SCK adalah haram di sisi Syarak dan Perundangan.

*6. Belum ada fatwa KEHARUSAN tentang mana-mana matawang digital oleh badan berkuasa khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan*

Dalam kes matawang digital ini, ia amat perlu kepada "lampu hijau" atau keharusan daripada badan berautoriti. Ini kerana dalam sesetengah kes tentang matawang digital, kaitannya adalah berkenaan matawang. Matawang dalam Islam adalah termasuk dalam perkara barang ribawi dan ia perlu dan sedanga diperhalusi oleh pakar-pakar muamalat dunia termasuklah di Malaysia. Maka, isu matawang digital ini mestilah diambil berat oleh masyarakat Islam. Setakat hari ini, masih belum ada fatwa keharusannya oleh badan berautoriti.

# Kesimpulan :

Masyarakat usahlah terpengaruh dengan iklan-iklan seumpama bitcoin tersebut kerana ia menyebabkan kita akan terdedah kepada Skim Cepat Kaya (SCK) dan risiko kerugian dan semestinya melihat sudut pandang agama terhadap skim-skim tersebut. SCK adalah Haram di sisi syarak/Tidak Patuh Syarak. Carilah peluang perniagaan lain yang halal lagi baik dan bebas daripada isu syariah di luar sana. Boleh pilih ratusan kaunter saham patuh syariah oleh BNM atau kepada hartanah, perladangan dan seumpamanya. Mencari yang halal dan baik adalah satu tuntutan bagi setiap muslim.

Jika mahu juga terlibat dengan mana-mana matawang digital seperti bitcoin, tunggulah sehingga :

*1. Bank Negara Malaysia mengiktiraf secara rasmi matawang digital tersebut.*

*2. Fatwa KEHARUSAN dikeluarkan oleh pihak berautoriti khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan.*

Namun, harus hati-hati....

Moga bermanfaat.

InsyaAllah, jika kita semua melihat daripada perspektif agama dan bukannya perspektif keduniaan, kita akan terselamat dalam amalan RIBA yang amat ditegah Agama.

Dalil :

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ فَأْذَنُوا۟ بِحَرْبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَٰلِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya :

"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya".
(QS Al-Baqarah : 279)

SANGGUPKAH KITA BERPERANG DENGAN ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW!!!!!

Moga bermanfaat

Wan Mohammad Helman Wan Hussin
Ijazah Sarjana Ekonomi Islam, Pengkhususan Kewangan Islam (UKM) dan sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi Islam
02 Februari 2016
hijrahekonomi@yahoo.com

Moga sama2 kongsikan dengan kenalan@group2 di *(FB, WhatsApp, Telegram atau mana-mana media)* lain agar kita semua mendapat iktibar dan pengajaran. Amin...

*Katakan tidak kepada riba!!!!

Wassalam