Selasa
Sepanjang jalan tawakal
Published :
9:53 PTG
Author :
.
Tawakal adalah sifat terpuji yang tertinggi. Ia adalah ibadah hati. Tawakal itu dirasai. Zahirnya tidak kelihatan tetapi kesannya sangat besar dalam kehidupan. Mengapa? Ini kerana hanya dengan bertawakal kita boleh menjadi hamba Allah yang sebenar. Jika tidak kita akan sentiasa terhalang, malah terhijab terus daripada menjadi akrab dengan Allah. Halangan terbesar seseorang menuju Allah ialah kekhuatiran, kebimbangan, kesibukan kesukarannya mencari rezeki. Hati dan fizikal menjadi letih dalam mencari, menjaga dan menambah rezeki. Namun dengan tawakal, segala keletihan itu akan dapat diatasi.
Apabila kita bertawakal ertinya kita mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain. Dalam konteks ini, ‘pihak lain’ itu ialah Allah. Insya-Allah, apabila kita menyerah urusan kepada Allah hati kita akan teguh dan kukuh, tidak goncang dan goyah lagi. Ini kerana kita yakin ‘wakil’ kita itu ialah zat yang Maha Gagah, Maha kaya, dan Maha sempurna. Keyakinan itulah yang membuahkan ketenangan.
Justeru, menurut Abu Zakaria Ansari, tawakal itu ialah “Keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain.” Bayangkan apabila seseorang Muslim dengan sepenuh hati berserah diri kepada Keagungan dan Kekuasaan Allah dalam berusaha sambil menunggu hasilnya dengan penuh sangka baik kepada Tuhannya.
Insya-Allah, seorang yang bertawakal akan mendapat sekurang-kurangan manfaat-manfaat berikut:
1) Ketenangan hati.
Orang yang bertawakal akan merasakan ketenangan memenuhi hatinya, yakin, mantap, optimis dan reda. Ketenangan inilah yang dirasakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada dalam gua. Ketika Sayidina Abu Bakar khuatir dengan keselamatan baginda, Nabi Muhammad SAW telah bersabda kepadanya “janganlah bersedih, kerana sesungguhnya Allah berserta kita. ”
Ketenangan inilah juga yang dirasai oleh Nabi Ibrahim ketika dilemparkan ke dalam api yang menyala-nyala. Baginda tidak endahkan pertanyaan manusia mahupun malaikat apabila berkata, “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung. ”
2) Kekuatan jiwa.
Bukan sahaja tenang, orang yang bertawakal juga akan mendapat kekuatan jiwa. Fitrah manusia, akan merasa kuat apabila ada sandaran atau ‘back up’ daripada pihak yang kuat. Orang yang bertawakal merasa kuat berdepan dengan musuh yang ramai kerana merasakan Allah akan membantu mereka.
Inilah rahsia dalam medan Badar, apabila 313 tentera Badar mampu mengalahkan musuh yang lebih ramai. Firman Allah: Ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb (Tuhan)-mu, lalu dikabulkan-Nya bagimu, “Sesungguhnya Aku (Allah SWT) akan mendatangkan bantuan kepadamu seribu malaikat yang datang bersambungan.” Dan tidaklah hal itu dijadikan oleh Allah untukmu kecuali sebagai berita gembira dan untuk menenteramkan hatimu. Dan tiada lain kemenangan itu kecuali datang dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. (Al Anfal: 9-10)
4) Diri yang reda
Apabila bertawakal, hati akan reda, pasrah dan menyerah atas segala ketentuan Allah sekalipun apa yang berlaku bertentangan dengan apa yang kita inginkan. Jiwa merasakan apa yang berlaku semuanya baik-baik belaka. Tidak ada ruang untuk kecewa, marah dan putus asa. Semua ini impak daripada sangka baik kepada Allah yang tidak akan menyusahkan apalagi menzalimi hambanya.
Orang bertawakal akan terpujuk oleh firman Allah ini: ““Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (Al-Baqarah: 216). Justeru, ada ulama berkata, ”Selagi aku reda Kepada Allah sebagai pelindung, maka aku akan sentiasa mendapat jalan untuk setiap kebaikan. ”.
5) Harapan yang segar.
Orang yang bertawakal tidak akan putus harapan. Harapannya sentiasa segar dan tinggi sekalipun ketika dihenyak oleh ujian yang paling menggentarkan. Allah tidak akan mengecewakan ku, begitulah detik hati orang yang berserah nasibnya kepada Allah. Sentiasa ada ‘talian hayat’ dalam bentuk doa, solat dan sabar ketika diuji. Sekalipun, seluruh manusia telah berpaling, namun mereka yakin Allah tetap tidak berpaling kepada hambaNya yang bertawakal.
Bahkan semakin cemas dan beratnya ujian yang melanda, semakin dekat mereka rasakan bantuan Allah akan tiba. Firman Allah: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (ketahuilah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” ( Al Baqarah: 186)
Khamis
Doa Kepada Bayi Yang Baru Di Lahirkan
Published :
12:07 PG
Author :
.
Doa Kepada Bayi Yang Baru Di Lahirkan

Ustaz Hj Zahzan Mohammad didalam bukunya 101 Doa dari Al Quran[1] menyebut emak Maryam ketika ia melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya ia bernazar kepada Allah jika ia mendapat anak akan disuruh berkhidmat kepada Baitul Makdis.[2]
Emak kepada Maryam adalah Istri Imran[3] bernama Hannah[4] Binti Faqud bernazar dengan berkata:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitulmakdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.[5]
Maka selepas Hannah melahirkan anaknya, dia pun berkata:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan
إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada setan yang terkutuk.”[6]Ustaz Haron Din di dalam Bukunya Ikhtiar penyembuhan Penyakit, menulis doa tahnik seperti berikut:

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada syaitan-syaitan serta dijauhkan daripada penyakit-penyakit yang menyerang manusia.
[1] 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam al-Quran, Penulis : Ustaz Haji Zahazan Mohamed , HARGA : RM 19.90
[2] Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi dengan merujuk kepada Ibnu Ishak dan lain-lain sumber.
[3] Menurut Ibnu Katsir , ulama sepakat mengatakan Imran adalah keturunan Nabi Daud a.s.
[4]
Ada pendapat Hanah adalah saudara perempuan kepada isteri nabi Zakaria.
Isteri Nabi Zakaria bernama Elisabeth. Mengikut pendapat ini maka
Maryam adalah anak saudara Zakaria a.s yang mengasuhnya.(Rujuk Ibnu
Katsir : Kisah para Nabi)
Pendapat lain mengatakan Elisabeth adalah sepupu Maryam. ( Maulana Abdullah Yusof Ali memetik daripada Luke. i.36.)
Nama lain bagi Hannah ialah Anna (bahasa Latin) dan Anne ( bahasa Inggeris)
Pendapat lain mengatakan Elisabeth adalah sepupu Maryam. ( Maulana Abdullah Yusof Ali memetik daripada Luke. i.36.)
Nama lain bagi Hannah ialah Anna (bahasa Latin) dan Anne ( bahasa Inggeris)
[5] QS Ali Imran 35
[6]
QS Ali Imran 36 – penulis memaparkan teks al Quran hanya pada bahagian
doa berkaitan. Teks doa tersebut diulas oleh Ustaz Zahazan, elok
diamalkan membaca doa ini kepada bayi yang baru di lahirkan untuk
mendapat perlindungan Allah. Beliau merujuk kepada Tafsir al-Khazin ayat
36 surah Ali Imran
Langgan:
Catatan (Atom)