Ahad

Tarbiah Keluarga

Jika da'ie mat adalah seorang yang sudah berkeluarga, satu lagi aspek tarbiyyah yang mesti dilonjakkan dalam penjara adalah tarbiyyah isteri, anak-anak dan ahli keluarga.
Iklan



Isteri dan anak-anak mesti terus diyakinkan bahawa da'ie Tapol tidak bersalah tetapi sebaliknya ia dizalimi dan dianiaya oleh pemerintah yang rakuskan kuasa.

Isteri dan anak-anak mesti berdiri teguh dan bangga kerana memiliki seorang pemimpin keluarga yang cekal menghadapi tribulasi dan ujian. Bahkan, isteri dan anak-anak juga mesti disanjung kerana turut tabah menghadapi penyeksaan emosi dipisahkan secara paksa dengan orang yang mereka kasihi.

Unsur-unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga adalah seperti berikut:

Adakan pertemuan keluarga

Pastikan isteri dan anak-anak anda menziarahi anda pada setiap kesempatan yang dibenarkan oleh pihak penjara. Sebaik-baik setiap minggu.

Wujudkan sistem sokongan untuk memudahkan perjalanan dan perbelanjaan mereka menziarahi anda sekerap mungkin.

Dalam konteks kempen mansuhkan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA atau GMI akan membantu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberi persetujuan agar GMI membantu keluarga anda.

Anda juga mesti beri galakan dan sokongan agar isteri dan anak-anak anda menghubungi dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada GMI.

Tujuan utama lawatan keluarga adalah untuk membolehkan anda mengetahui perkembangan di luar secara langsung daripada isteri dan anak-anak. Pada masa yang sama juga, isteri dan anak-anak anda juga mesti dimaklumkan secara langsung tentang perkembangan yang berlaku kepada anda di dalam penjara.

First hand news adalah mustahak. Ia menyuntik kekuatan dan keyakinan untuk terus bangkit menentang kezaliman. Lawatan keluarga mesti dijadikan medan bagi senaikkan semangat anda dan isteri serta anak-anak anda. Unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga mesti diserlahkan dalam lawatan keluarga.

Bahkan dengan memasuki kawasan penjara, khasnya kem tahanan seperti Kem Kamunting dapat menimbulkan satu perasaan yang lain daripada lain dalam diri isteri dan anak-anak!

Kem Kamunting yang merupakan sebuah kandang menahan orang tanpa bicara adalah satu simbol kezaliman dan kemunkaran yang besar di negara ini. Jiwa muda anak-anak yang memasuki tempat yang menjadi simbol kezaliman tersebut sudah pasti akan ditarbiyyahkan untuk terus berazam sepanjang hayat mereka menentang dan menghapuskan kezaliman!

Manfaatkan pertemuan keluarga untuk membakar semangat pengorbanan dan semangat perjuangan anda, isteri, anak-anak dan anggota-anggota keluarga anda. Dalam pertemuan keluarga bincang dan cakaplah apa yang anda sekeluarga mahu! Mintalah isteri dan anak-anak bercerita tentang penyelewengan, rasuah, penipuan dan pembohongan yang sedang dilakukan oleh pemerintah!

Usah hiraukan pengawal yang memantau dan mencatatkan perbualan anda! Anggaplah mereka tidak wujud! Proses sedemikian adalah satu pentarbiyyahan bagi isteri dan anak-anak anda untuk berani demi mempertahankan hak kebebasan mereka untuk bersuara.

Semarakkan lagi pertemuan keluarga dengan meminta anak-anak anda menyanyikan lagu-lagu atau nasyid yang menaikkan semangat! Minta juga mereka buat persembahan dan lakonan yang bertemakan kezaliman dan penindasan serta perjuangan melawan kezaliman dan penindasan!

Selaraskan tindakan menentang kezaliman

Apa yang anda fikir, rancang dan lakukan mesti seiring, sehaluan dan seragam dengan apa yang difikir, dirancang dan dilakukan oleh isteri, anak-anak serta rakan-rakan anda di luar.

Keselarasan dan keseragaman tindakan di dalam dan di luar penjara dalam kempen menentang kezaliman akan membawa hasil yang lebih berkesan.

Pertama sekali, anda mesti menjadikan lawatan keluarga sebagai saluran paling utama bagi menyelaraskan sikap, semangat dan keazaman antara anda dengan isteri dan anak-anak anda.

Proses ini mesti dikekalkan sepanjang mana anda berada dalam penjara. Jika dua tahun, sepanjang dua tahunlah anda mesti menyelaras dan menseragamkan sikap, pendirian dan tindakan bersama.

Jika empat tahun?...mesti juga seragam! Jika lapan tahun? ... mesti terus seragam!! Insya'Allah jika anda, isteri, anak-anak dan rakan-rakan di luar berjalan seia-sekata serta bertindak secara strategik bersama-sama, penahanan anda akan menjadi terlalu panas bagi pemerintah jika mereka sambung melebihi dari dua tahun!

Tulis surat setiap minggu

Pastikan anda menulis surat berunsur tarbiyyah setiap minggu kepada isteri dan anak-anak.

Gunakan sepenuhnya peluang menulis surat yang diperuntukkan oleh penjara. Surat anda akan dibaca dan ditapis oleh pihak penjara. Tiada apa yang perlu anda gusarkan jika apa yang anda tulis hanyalah kebenaran.

Tulis sejelas-jelasnya perasaan hati serta pemikiran anda. Tumpukan penulisan surat untuk anak-anak agar mereka sentiasa teguh pendirian dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka mesti ditarbiyyah untuk terus sabar dan tabah dalam mendukung keyakinan


0 ulasan:

Catat Ulasan