Rabu

MASALAH TERTINGGAL TAHYAT AWAL

MASALAH TERTINGGAL TAHYAT AWAL

SOALAN :

Jika kita tertinggal baca tahyat awal dan naik ke rakaat yang ketiga adakah wajib kita turun semula baca tahyat?

JAWAPAN :

Jika orang yang sembahyang tertinggal membaca tahyat awal lalu naik ia ke rakaat yang ketiga maka jika belum sampai berdiri tegak nescaya disunatkan dia turun kembali duduk membaca tahyat.
Dan jika dia sudah berdiri tegak pada rakaat yang ketiga nescaya tidak lagi dia boleh turun duduk membaca tahyat dan jika dia turun juga dengan sengaja nescaya batal solatnya.

Akan tetapi jika ia solat berjemaah maka wajib ia kembali kepada duduk tahyat kerana mengikut imam.

Telah berkata oleh Syeikh Bafadhal :

وَلَو نسي التَّشَهُّد الأول فَذكره بعد انتصابه لم يعد إِلَيْهِ فَإِن عَاد عَالما بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بطلت أَو نَاسِيا أَو جَاهِلا فَلَا وَيسْجد للسَّهْو وَيجب الْعود لمتابعة إِمَامه

Artinya : “Dan kalau seorang itu lupa membaca tahyat awal kemudian dia teringat selepas tegaknya berdiri nescaya tidak harus dia kembali kepada tahyat. Maka jika dia kembali kepada tahyat  dalam keadaan dia tahu tentang diharamkannya dan sengaja nescaya batal solatnya. Atau dia kembali itu kerana terlupa atau tidak tahu maka tidak batal dan sunat dia sujud sahwi sebelum salam. Dan wajib makmum kembali duduk tahyat kerana mengikut imamnya.” (Kitab Muqaddimah Hadhramiyah)

Telah berkata Imam Ibnu Ruslan :

لَكِن على الْمَأْمُوم حتما يرجع ... إِلَى الْجُلُوس للْإِمَام يتبع
وعائد قبل انتصاب ينْدب ... سُجُوده إِذْ للْقِيَام أقرب

Artinya : “Akan tetapi wajib atas makmum kembali kepada duduk tahyat awal kerana mengikut imam dan yang solat sendirian sunat kembali kepada duduk tahyat apabila belum berdiri tegak dan sunat ia sujud sahwi jika sudah dekat kepada berdiri.” (Kitab Matan Zubad)

KETERANGAN

Dalam solat sendirian jika seorang itu terlupa duduk tahyat awal lalu ia berdiri maka jika sudah berdiri tegak nescaya tidak harus lagi dia duduk semula kerana membaca tahyat awal. Jika dia duduk semula kerana membaca tahyat awal nescaya batal solatnya kerana dia telah berada di rukun yang lain tidak boleh lagi ulang kepada perkara yang sunat. Dan sebelum salam adalah sunat dia lakukan sujud sahwi kerana tertinggalnya akan tahyat awal itu.

Yang dimaksudkan berdiri tegak itu ialah berdiri yang sudah memadai dinamakan qiam sekali pun belum meletakkan kedua tangannya di bawah dadanya.

Jika belum lagi berdiri tegak nescaya sunat dia turun membaca tahyat awal dan sebelum salam disunatkan dia sujud sahwi apabila dia telah naik lebih dari separuh berdiri atau lebih dari had rukuk.

Ada pun jika dia baru naik sedikit seperti belum sampai separuh atau belum sampai had rukuk nescaya disunatkan kembali duduk baca tahyat dan tetapi tidak disunatkan sujud sahwi sebelum salam kerana sedikit pergerakkannya.

Dan dalam solat berjemaah jika makmum terlupa tahyat awal dan naik berdiri nescaya wajib makmum itu duduk semula bersama imam membaca tahyat kerana kewajipan mengikut imam.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Selasa

JOM BERLAGAK SEPERTI ORANG KAYA TAPI BERKAT !!

*JOM BERLAGAK  SEPERTI  ORANG  KAYA TAPI BERKAT !!*

Nak merasa jadi orang kaya ? 
Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je. 

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima!

 Cuba Lepas tu Try ye

- Dikatakan....

"Para ibu dahulu setiap kali mereka ingin menyusukan anak mereka, mereka akan (mulakan) dgn mengucapakan Bismillah, kemudian mereka menyusukan anak itu dengan niat supaya satu hari nanti anak tersebut menjadi orang hebat, samada menjadi pahlawan yang berani, atau menjadi seorang yang alim (ulama') yg hebat, atau menjadi pemimpin yg bijak. Oleh kerana itulah datuk neneka moyang kita adalah orang2 yang hebat dan luarbiasa.

Adapun kebanyakan para ibu hari ini, mereka menyusukan anak2 mereka hanyalah dgn niat supaya anak tersebut TIDUR dan LENA....."

Mari bayangkan apakah hasilnya? 😎
 #jompahala
@TeamMediaDakwahGSTM.

Rabu

Nasihat pada orang mulia

Orang yang mulia melihat nasihat yg tiba padanya ibarat ubat, menjadi penawar pada penyakit yang mungkin tak disedari ada padanya, walau datang daripada orang yang kurang kedudukan daripada nya, 
manakala orang yang rugi , dia merasakan nasihat itu bagaikan pisau menusuknya, ia melukakan ia patut dijauhi.....