Ahad
Sabtu
Masih Sibuk Dengan Isu-Isu Khilafiyyah?
Published :
3:09 PTG
Author :
.
Assalamualaikum Warahmatullah.
PENGENALAN
Sesungguhnya Islam adalah agama penyatuan dan perpaduan bukanlah sebuah agama perpecahan dan pergaduhan. Islam juga adalah agama toleransi dan berkasih sayang bukanlah sebuah agama kekerasan dan kezaliman. Ini dapat kita fahami berdasarkan beberapa dalil di antaranya:
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah Taala (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai.
(Surah ali-Imran: Ayat 103).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang beriman disatukan dan tiada kebaikkan bagi sesiapa yang tidak bersatu dan yang tidak disatukan.
(Riwayat Ahmad).
Kita dapati pada hari ini masyarakat Islam di Malaysia (khususnya) kian berpecah-belah lantaran keghairahan beberapa pihak yang begitu gemar mengadakan perdebatan dan perbahasan isu-isu khilafiyyah secara terbuka. Keadaan menjadi lebih parah kerana golongan awam turut diajak bersama-sama menjadi hakim yang tidak bertauliah tanpa didasari oleh ilmu dan akhlak. Fenomena ini berlaku di mana-mana sahaja lantaran peranan yang dimainkan oleh media massa (televisyen, radio, akhbar, majalah, website, blog dll) merupakan salah satu faktor utama perpecahan dan permusuhan umat Islam di Malaysia kian menjadi-jadi. Mungkin mereka ini terlupa dengan ingatan dan pesanan Allah Taala sepertimana berikut:
Firman Allah Taala bermaksud:
Tolong-menolonglah kamu pada jalan kebajikan dan taqwa dan jangan kamu tolong-menolong pada jalan dosa dan permusuhan.

(Surah al-Maidah: Ayat 2).
Di dalam kesibukkan dan keghairahan mereka ini menaburkan benih-benih perpecahan dan permusuhan, mungkin juga mereka terlupa bahawa umat Islam pada masa kini kian diambang kehancuran dan kemusnahan. Pelbagai masalah muncul pada setiap ketika tidak kira di mana-mana sahaja, akan tetapi umat Islam terus dilamun kelekaan dan kelalaian. Mereka tetap sibuk dengan isu-isu khilafiyyah! Musuh-musuh Islam terus ketawa dan ketawa-ketawa melihat umat Islam pada waktu ini begitu leka dengan isu khilafiyyah tanpa memperdulikan keadaan umat Islam yang lain. Mereka bertepuk tangan dengan gembiranya di atas kejayaan mereka menyuntik jarum-jarum perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam sendiri tanpa perlu menghantar bala tentera walaupun seorang. Kita masih lagi leka dengan isu-isu khilafiyyah?
Berikut saya jelaskan secara ringkas empat isu besar umat Islam (walaupun sebenarnya banyak lagi) yang patut kita ketahui berbanding menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah ialah:
GEJALA MURTAD DI MALAYSIA
Sejak berakhirnya perang Salib di antara Islam dan Kristian, para pendakyah Kristian di sebelah Barat kelihatan kurang mempedulikan perkembangan Islam di negara-negara Eropah kerana mereka mengetahui bahawa Islam akan mula bangkit dari sbelah Timur. Mereka juga tidak memperdulikan apabila gereja-gereja di Eropah bertukar menjadi masjid-masjid bagi umat Islam. Rancangan hebat mereka lebih tertumpu di sebelah Timur termasuklah di negara kita Malaysia. Negara jiran kita Singapura telah berada di dalam gengaman mereka. Manakala Indonesia pula sudah menampakkan tanda-tanda awal akan turut serta dikuasai oleh Kristian. Sabah dan Sarawak juga sudah hampir-hampir mereka kuasai sepenuhnya. Sekarang adalah giliran masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia pula akan menerima para pendakyah agama Kristian.
Firman Allah Taala bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
(Surah al-Baqarah: Ayat 120).
Isu murtad di Malaysia bukanlah suatu isu yang baru kita sedari dan dengari sehari dua, bahkan isu ini pernah mengemparkan umat Islam di Malaysia melalui pendedahan ekseklusif mengenai krisis murtad ini beberapa tahun lalu oleh Mufti Kerajaan Perak. Namun umat Islam sehingga waktu ini masih lagi dibuai mimpi indah bagaikan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan berkenaan murtad. Gejala murtad ini bagaikan tidak membawa apa-apa pengertian dan keinsafan kepada umat Islam bahawa Allah Taala sedang mendatangkan ujian dan bala. Lebih menyedihkan lagi, isu khilafiyyah juga diutamakan berbanding dengan peranan yang boleh kita mainkan bagi membantu menangani krisis murtad yang kian meruncing dari sehari ke sehari. Umat Islam tetap terus leka dengan isu-isu khilafiyyah yang ditaja oleh segolongan pihak. Apakah peranan dan tugas kita hanya sekadar memerhatikan sahaja murtad kian berleluasa di samping menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah?
UMAT ISLAM DI PALESTIN
Isu Palentin ini bukanlah berhenti setakat isu perjuangan negara merdeka Palestin dari rejim Yahudi sahaja bahkan isu ini adalah isu umat Islam sejagat. Umat Islam di Palestin diancam dengan kematian dan kemusnahan pada setiap masa dan ketika daripada tentera-tentera Israel. Berita-berita serta gambar-gambar rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam sentiasa diulang-tayang secara visual kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengan segala kelemahan dan perpecahan yang berlaku di antara sesama umat Islam, kita hanya mampu melihat dan berlinangan air mata merenung episod demi episod pembunuhan dan penyiksaan rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kita tidak mampu berbuat apa-apa!
Seperti di negara-negara Arab yang sentiasa bertelagah dan berpecah-belah, umat Islam di Malaysia juga terlalu sibuk dengan perbahasan serta perdebatan isu-isu khilafiyyah yang membawa kepada berlakunya pergeseran dan pergaduhan sesama sendiri. Perbalahan ini sudah pasti akan melemahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang amat diperlukan pada ketika ini bagi membantu umat Islam di Palestin. Janganlah kita menjadi punca atau penyebab kepada berlakunya perpecahan dan pergaduhan ini sedangkan isu besar berkenaan umat Islam di Palestin tidak kita pedulikan. Masyarakat terus menjadi leka dan lalai dengan percakapan dan tulisan-tulisan kita. Jika inilah keadaan dan tindakannya, bagaimanakah kita hendak menjawab segala pertanyaan di hadapan Allah Taala nanti?
Firman Allah Taala bermaksud:
Adapun orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (wahai orang-orang yang beriman) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah Taala (keteguhan persaudaraan serta kesatuan dan perpaduan sesama orang yang beriman) nescaya akan terjadi kekacauan dimuka bumi dan kerosakkan yang besar.
(Surah al-Anfal: Ayat 73).
GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
Masalah gejala sosial di kalangan remaja Islam memang hebat diperbincangkan di mana-mana sahaja termasuklah di Malaysia. Gejala seperti seks bebas, pembuangan bayi, mengedar serta menagih dadah, minun arak, lumba haram, mengugut, black metal dan sebagainya lagi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Masalah ini bukan sahaja berlaku di negara-negara maju seperti Amerika dan United Kingdom, bahkan masalah ini turut melanda negara-negara umat Islam dari dunia ketiga seperti Malaysia. Golongan remaja pada hari ini hidup dengan penuh kebebasan di tengah-tengah dunia kemodenan dan globalisasi. Kebebasan tanpa batasan inilah yang menyebabkan mereka terus hanyut dan leka dengan segala keseronokkan duniawi tanpa memikirkan masa depan umat Islam.
Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi membendung masalah gejala sosial di kalangan remaja Islam di Malaysia yang kian meruncing dari sehari ke sehari. Tanggungjawab dan tugas mendidik para remaja Islam mestilah bermula daripada institusi keluarga hinggalah kepada peranan yang wajib dimainkan oleh pihak kerajaan. Jika kita terlalu sibuk dengan isu-isu khilafiyyah dan menyebabkan masyarakat Islam saling menyalahkan diantara satu sama lain, berpecah-belah, tiada sifat kasih-sayang dan sebagainya lagi, bagaimana mungkin kita hendak menghadapi dengan semua ini dengan berkesan? Sibuk dengan isu-isu furuk (cabang-cabang yang berlaku khilaf) fiqh dan aqidah sehingga menyebabkan maruah umat Islam tergadai adalah satu pengkianatan kepada Islam!
Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:
Menjadi suatu bentuk pengkhianatan terhadap umat (Islam) pada hari ini dengan membawakan mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furuk fiqh atau pinggiran aqidah.
(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum).
KEPERLUAN ILMU PENGETAHUAN TERHADAP UMAT ISLAM
Firman Allah Taala bermaksud:
Allah Taala akan meninggikan (kedudukan) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
(Surah al-Mujaadilah: Ayat 11).
Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu telah mengangkat martabat sesiapa sahaja yang memilikinya. Sebagai contohnya, sesebuah negara akan menjadi maju dan berkuasa sekiranya negara itu telah menguasai ilmu pengetahuan dunia pada hari ini seperti negara Amerika, United Kingdom dan Jepun. Walaupun kita amatlah membenci negara Amerika yang sentiasa melindungi dan membantu Israel memerangi rakyat Islam di Palestin, namun umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita tiada ilmu untuk melawan mereka. Negara mereka menguasai bidang persenjataan dan perindustrian sedangkan negara umat Islam pula tidak menguasai mana-mana bidang ilmu bahkan negara-negara Islam sentiasa bergaduh dan berpecah-belah kerana isu-isu remeh. Bukan sahaja di negera-negara Arab, akan tetapi di negara-negara sebelah Nusantara termasuklah di Malaysia juga masih jauh ketinggalan di dalam institusi keilmuan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap orang Islam.
(Riwayat Abu Yaala).
Janganlah kita terlalu menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah sedangkan ilmu pengetahuan yang perlu kita kuasai tidak dikuasai sepenuhnya. Bagi mereka yang belajar jurusan agama maka bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu agama di samping tidak melupakan juga ilmu akademik. Bagi mereka yang belajar jurusan akademik maka bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu akademik di samping tidak melupakan juga ilmu agama. Sebagai seorang pelajar ataupun mahasiswa, inilah salah satu daripada jalan-jalan utama yang dapat kita sumbangkan kepada umat Islam. Janganlah disebabkan kejahilan kita terhadap ilmu yang patut kita kuasai menyebabkan fitnah dan kehancuran terus menimpa Islam. Manakala sebagai seorang pekerja pula, manfaatkanlah segala ilmu yang ada untuk kepentingan dan kebaikkan umat Islam sejagat.
MEMAHAMI HAKIKAT DAN PENGERTIAN KHILAF
Sesungguhnya perbezaan pendapat dan pandangan dengan kepelbagaian buah fikiran di kalangan masyarakat Islam merupakan salah satu sunnah (hukum alam) yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Jika manusia terus-menerus melaksanakan tanggungjawab yang telah ditaklifkan oleh Allah Taala secara ikhlas maka umat Islam pastilah dapat memagarkan diri masing-masing daripada perselisihan-perselisihan yang boleh merosakkan Islam. Manakala perselisihan-perselisihan yang berlaku namun didasari oleh ilmu dan akhlak sudah pastilah perselisihan-perselsihan itu akan membuahkan hasil yang lumayan kepada khazanah ilmu Islam. Umat Islam akan beroleh rahmat daripada khilaf para ulama. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang menunjukkan bahawa perselisihan di kalangan para ulama adalah rahmat bagi umat Islam sepertimana berikut:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Ikhtilaf umatku adalah rahmat.
(Riwayat Maqdisi, Baihaqi dan Haramain).
Nota: Perbahasan berkenaan taraf hadis ini agak panjang. Saya tidak bercadang untuk menjelaskannya atau memanjangkan tulisan berkaitan taraf hadis ini di sini.
Jika seseorang manusia itu berusaha untuk menyelesaikan perselisihan ini dengan cuba menukar kepelbagaian pendapat dan mazhab kepada satu pendapatnya sahaja maka sudah tentu ia akan mengubah perselisihan tersebut kepada perbalahan dan pertentangan yang sengit. Keadaan ini sudah tentu akan membuka ruang-ruang kepada musuh Islam untuk menyelinap masuk dan mengambil kesempatan dengan kelemahan umat Islam itu untuk kepentingan dan kemaslahatan mereka. Sedangkan Allah Taala telah menyebutkan di dalam al-Quran al-Karim agar umat Islam tidak berpecah-belah dengan perselisiahan-perselisihan yang tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam di antaranya:
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselihan (di dalam agama mereka).
(surah ali-Imran: Ayat 105).
Jika kita dalami dan meneliti secara mendalam serta ikhlas berkaitan dengan perbezaan pendapat di antara imam-imam mazhab, kita akan dapati bahawa semua pendapat yang mereka kemukakan adalah betul bekala. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh kaedah-kaedah yang digunapakai bagi mengistinbatkan hukum-hakam adalah berbeza-beza menurut mazhab masing-masing. Di samping itu juga, pemahaman terhadap sesuatu dalil bagi masalah-masalah yang timbul adalah berbeza-beza di antara setiap mujtahid. Jikalau kita sentiasa lazimi membaca dan bertalaqi kitab-kitab fiqh yang membahaskan perincian para ulama terhadap sesuatu hukum-hakam, nescaya kita akan berasa betapa rendah dan hinanya diri kita ini berbanding kehebatan mereka. Mereka benar-benar diberikan petunjuk dan cahaya oleh Allah Taala!
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah Taala akan kebaikkan padanya maka sudah tentulah Allah Taala menjadikannya seorang yang mengerti perihal agama (alim ulama).
(Riwayat Ibnu Majah).
Suatu ketika dahulu saya tidak menjangkakan sememangnya wujud segolongan pihak yang sentiasa bersungguh-sungguh menyeru masyarakat awam Islam kepada tidak bermazhab untuk menghapuskan khilaf. Mereka ini membayangkan mazhab-mazhab adalah rekaan para ulama muktabar semata-mata tanpa didasari dalil-dalil yang kukuh. Mungkin juga mereka beranggapan pendapat mereka sahaja yang betul kerana mereka sentiasa menyeru untuk berpegang dengan al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. sahaja walaupun hakikatnya mereka tidak memahami nas-nas maksum tersebut. Mereka menafsirkan nas-nas secara zahir!
Berkata Imam Jalaluddin al-Sayuti:
Sesungguhnya ikhtilaf (perselisiahan) di antara mazhab-mazhab di dalam agama ini adalah nikmat yang besar dan kurniaan yang hebat. Di sana terdapat hikmah yang hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang berilmu. Manakala orang-orang yang jahil tidak mampu melihatnya. Bahkan aku (Imam al-Sayuti) pernah mendengar sesetengah golongan yang jahil berkata: Nabi S.A.W. datang dengan syariat yang satu, dari manakah datangnya mazhab yang empat?
(Artikel: Jazil al-Mawahib Fi al-Ikhtilaf al-Mazahib).
Untuk maklumat tambahan sila rujuk di sini: http://buluh.iluvislam.com/?p=66
TERLALU SIBUK MEMBAHASKAN ISU-ISU KHILAFIYYAH
Pada hari ini, telah wujud segolongan pihak yang terlalu sibuk serta amat gemar membahaskan dan memperdebatkan isu-isu khilafiyyah di tengah-tengah masyarakat awam di Malaysia yang majoritinya bermazhab Shafie dengan alasan amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia tidak bertepatan dengan syarak. Amalan-amalan yang dimaksudkan ini adalah seperti qunut Subuh, zikir berjemaah selepas solat, tahlil, bacaan Yaasin berjemaah pada hari Jumaat, sambutan Nisfu Syaaban, sambutan maulid Rasul S.A.W. dan sebagainya lagi sentiasa dihentam hebat oleh golongan tersebut. Keadaan ini mengundang pelbagai kesan negatif dan berlaku bibit-bibit perpecahan di kalangan umat Islam di atas tindakan mereka yang tidak memahami Fiqh al-Waqi (kefahaman keadaan semasa). Diperbahaskan persoalan-persoalan khilafiyyah yang begitu sarat dengan perselisihan ulama di hadapan masyarakat awam, bahkan ada di antara mereka yang begitu berani mengatakan bidaah sesat dan kufur hanya sekadar tidak sependapat dengan pandangannya.
Berkata Imam Abu Muhammad Abdullah Qutaibah:
Perbuatan membidaah (pendapat orang lain yang masih bersandarkan hujjah) di dalam agama Allah Taala adalah bidaah!
(Kitab: al-Ikhtilaf Fi al-Lafzi Wa al-Rad Ala al-Jahmiyyah Wa al-Musyabbihah).
Diperbesarkan juga persoalan-persoalan khilafiyyah fiqh dan aqidah sehingga umat Islam terus leka dengan isu-isu ini sampaikan terlupa isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh Islam. Musuh-musuh Islam sememangnya menantikan keadaan seperti ini bagi menghancurkan kekuatan umat Islam yang kian rapuh dari sehari ke sehari. Pada saya, golongan yang suka berbahas dan berdebat isu-isu khilafiyyah ini mungkin terpedaya dengan mainan dan suntikkan jarum-jarum syaitan.
Berkata Imam Abi Faraj al-Jauzi ketikamana menegaskan dan menerangkan di antara bentuk mainan syaitan ialah:
Sibuk atau banyak berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk membetulkan dalil hukum serta pengistinbatan syarak yang halus di antara mazhab-mazhab.
(Kitab: Talbis Iblis).
Saya tidak pasti apakah faedah dan manfaatnya bagi golongan yang sibuk dengan perbahasan isu-isu khilafiyyah ini. Untuk mendapat publisiti murahan? Untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai ilmu? Untuk mengatakan orang lain salah dan mereka sahaja yang betul? Persoalan-persoalan ini cuma andaian saya sahaja. Mungkin salah dan mungkin juga betul. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan tidak boleh membahaskan terus perkara-perkara yang berkaitan dengan khilaf para ulama, namun maksud yang saya ingin sampaikan ialah perbahasan ini tidak kena pada tempatnya. Jika mereka benar-benar inginkan perbahasan seumpama ini, silalah belajar ilmu agama secara bersungguh-sungguh mengikut urutan dan disiplin tanpa mengenal erti penat dan jemu daripada lidah-lidah alim ulama. Bila sudah sampai masanya maka perbahaskanlah perselisihan para ulama ini dengan ilmu dan akhlak yang terpuji. Masalahnya sekarang ini ialah sesetengah umat Islam terutamanya golongan remaja yang inginkan ilmu agama secara jalan pintas lantas mereka menjadikan buku-buku sebagai guru. Mereka merasakan diri mereka sudah cukup berilmu.

Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.
(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).
Sila rujuk link ini untuk maklumat tambahan: http://buluh.iluvislam.com/?p=67
MENGUTAMAKAN PERPADUAN DAN KESATUAN
Pada pendapat saya, perpaduan dan kesatuan umat Islam adalah lebih utama dan dilihat sebagai kefardhuan berbanding dengan isu-isu khilafiyyah. Isu-isu khilafiyyah pula kebanyakkannya hanyalah berlegar di sekitar perkara-perkara yang digalakkan ataupun tidak mengikut pandangan seseorang ulama itu. Jadi bagaimanakah kita hendak menghadapi perkara-perkara khilaf ini? Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap kali tulisan saya yang membincangkan perkara berkaitan khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.
Berkata Imam Jalaluddin al-Sayuti sepertimana Kaedah Fiqhiyyah berikut:
Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.
(Kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah).
Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada sesiapa sahaja yang memilih salah satu pendapat di dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu (Fiqh al-Waqi). Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.
Zaman sekarang adalah zaman perpaduan dan kesatuan, bukan zaman perpecahan dan pergaduhan. Zaman sekarang adalah zaman persaudaraan dan persepakatan, bukan zaman pergaduhan dan persengketaan. Bagaimanakah umat Islam akan berjaya melawan musuh-musuh Islam jikalau kita lemah? Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam sebenarnya adalah rancangan jahat golongan kuffar terutamanya Yahudi dan Nasrani. Umat Islam yang sayangkan agama Islam mestilah sedar dan tidak leka daripada segala bentuk mainan dan tektik kotor mereka. Jika kita yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan persengketaan di kalangan umat Islam maka kitalah agen-egen kuffar!
KESIMPULAN
Terlalu sibuk dengan perbahasan dan perdebatan isu-isu khilafiyyah bukanlah suatu tindakan yang bijak bagi umat Islam pada waktu kini. Tindakan ini lebih menjurus kepada perpecahan dan pergaduhan hasil daripada mainan licik syaitan dan rancangan kotor kuffar. Pendebatan yang tidak mendatangkan manfaat dan kredit terhadap umat Islam adalah suatu penyakit yang boleh membawa kerosakkan kepada Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tiada Allah Taala menyesatkan sesuatu kaum setelah diberikan hidayah melainkan Dia akan mendatangkan penyakit suka berdebat.
(Riwayat Ahmad dan Tarmizi).
Para mufti, alim ulama, para pendakwah dan ustaz-ustaz yang sepatutnya boleh memberikan tumpuan yang lebih serius terhadap perkara yang lebih besar sekitar masalah-masalah umat Islam terpaksa menghabiskan masa yang banyak semata-mata untuk menerangkan isu-isu khilafiyyah ini kapada masyarakat Islam. Saya melihat keadaan ini amatlah merugikan ruang masa dan tenaga para ilmuan tersebut. Jadi, sebagai seorang umat Islam yang prihatin terhadap Islam, bagaimanakah peranan kita menghadapi isu ini? Marilah kita fikirkan bersama-sama.

Sesungguhnya jika Allah Taala mengkehendaki sesuatu umat akan kejahatan maka Dia akan menurunkan penyakit suka berdebat yang menyebabkan mereka tidak bekerja. Dimaksudkan di sini adalah pendebatan yang hanya membincangkan permasalahan-permasalahan sejarah lampau, kajian yang beku ataupun masalah khilafiyyah yang terjadi secara tabiatnya.
(Kitab: Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah).
Wallahualam.

تعزية للأمة في فقيدها العالم العارف الحبيب عبد القادر بن أحمد السقاف
Published :
5:39 PTG
Author :
.

انتقل إلى رحمة الله قبل صلاة فجر هذا اليوم الأحد 19 ربيع الثاني 1431هـ الموافق 4 إبريل 2010م العالم الرباني، العارف بالله والدال عليه، الولي التقي الحبيب العلامة خليفة الأسلاف عبد القادر بن أحمد بن عبد الرحمن السقاف ، رحمه الله رحمة الأبرار وأسكنه فسيح جناته ... وعظم الله أجركم جميعا. وخلفه الله في الأمة بخير خلف.
وستكون الصلاة عليه بعد صلاة العشاء بالمسجد الحرام بمكة المكرمة.
الحبيب عبدالقادر بن أحمد السقاف
ونعلن للجميع بأن درس الحبيب عمر الأسبوعي في التزكية ضحى الأحد قد تأجل إلى الأسبوع القادم إن شاء الله .
عظم الله أجركم في الحبيب عبد القادر، ونوصي الجميع بالدعاء له بالرحمة والرضوان، وأن يوسع الله شفاعته في الأمة، ويخلفه في المسلمين بخير خلف. ولنكثر من قراءة القرآن على روحه الطاهرة، ونصلي عليه صلاة الغائب بعد موعد صلاة العشاء في مكة المكرمة.
إنا لله وإنا إليه راجعون.
sumber
Rahsia&Kelebihan Berwuduk
Published :
1:03 PG
Author :
.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
dipetik dari: tranungkite
Sabtu
Download Pelbagai Ebook Berfaedah
Published :
11:14 PTG
Author :
.
Ebook di bawah adalah 'full version' yang dijual di internet.
Kesemua Ebook berikut terdapat di laman :

Motivasi
2 Motivasi dan Kebutuhan.pdf
Buku Motivasi Keajaiban Ikhlas.pdf
Membangun Motivasi Dalam Diri.pdf
Membina Web Yang Berjaya.pdf
Motivasi dalam Bekerja.pdf
Motivasi dan Emosi.pdf
Motivasi.pdf
TIPS UNTUK BERJAYA BERSAMA PERNIAGAAN CAELY.pdf
Tips Meningkatkan Motivasi Diri Pemenang.pdf
ebook motivasi.pdf
Peluang & Perniagaan
BARU ! Panduan Bisnis Online GRATIS DVD.pdf
Buku Panduan -MoreNiche-.pdf
EBOOK MENJANA WANG DENGAN SISTEM KUASA RM 20.pdf
PANDUAN MENCARI UANG DI INTERNET.pdf
PANDUAN MENDAPATKAN DOLLAR GRATIS.pdf
PTC ebook-Panduan Buat Duit online.pdf
Panduan Belajar Affiliate Marketing Bagi Pemula.pdf
Panduan Main Forex Online.pdf
Panduan Mendapatkan Pekerjaan.pdf
Panduan Tidak Perlu Kerja Versi 1.0.pdf
Panduan_asas_forex_onlinebisnes.pdf
Fiksyen & Novel
Novel - Mahkota Cinta.pdf
Novel - Takbir Cinta Zahrana.pdf
Novel Ayat Ayat Cinta.pdf
Novel Fajar Agustanto - Bidadari untuk Ikhwan.pdf
Novel Ketika cinta bertasbih Episode 2 full bab 1-29.pdf
Novel Laskar Pelangi.pdf
Novel_Dalam_Mihrab_Cinta_Habiburrahman_el-shirazy.pdf
Novel_PUDARNYA_PESONA_CLEOPATRA_habiburrahman_el-shirazy.pdf
novel Andrea Hirata - Sang Pemimpi.pdf
Politik & Isu
Al-Jabiri dan Nalar Politik Arab dan Islam.pdf
DIMENSI-EKONOMI-POLITIK-PEMBANGUNAN-INDONESIA.pdf
DISKUSI_REPUBLIK_DAN_KEBEBASAN_POLITIK.pdf
Hubungan_Ekonomi_dan_Politik.pdf
Islam Politik dan Spiritual (IPS).pdf
Koreksi Total Masalah Politik -- Ulama Besar Arab Saudi.pdf
Mengenal Budaya Politik Indonesia.pdf
SISTEM POLITIK ISLAM (siyasiah).pdf
Sejarah Perubahan Politik Islam.pdf
mahasiswa_ kampus dan politik.pdf
Kemahiran & Panduan
Cara merawat sihir atau ilmu guna-guna.pdf
Ebook Teknik Menulis Surat Jualan.pdf
Lailaha illa Allah Panduan Hidup - Sayyid Qutub.pdf
Membina Web Yang Berjaya.pdf
PANDUAN FIKIH JIHAD FII SABILILLAH [Syaikh Abdul Qodir Abdul.pdf
Panduan Haji_edit_.pdf
Panduan Membuat Ebook.pdf
Panduan Paypal v2.pdf
Panduan Pembinaan Generasi Muda Muslim (LP2I).pdf
Panduan SMS.pdf
Panduan Smart Machine System.pdf
Panduan WordPress 2.7.pdf
Panduan access.pdf
Panduan menulis karya ilmiah.pdf
Web - Panduan Membuat Blog Di Wordpress Bagi Pemula.pdf
buku_panduan_akademik.pdf
ebook Cekap Komputer 2009 ( Edisi Percuma).pdf
panduan membuat blog.pdf
panduan_simpel_berbisnis_ebook.pdf
panduan_wpecommerce.pdf
pkpa021991 panduan pengurusan mesy.pdf
pp0507 panduan pengurusan pej.pdf
Keluarga & Seks
10 MANFAAT SEKS.pdf
10 Rahasia Seks Ternikmat.pdf
69-fakta-seks.pdf
Aneka-Pengetahuan-Seks.pdf
Ebook - Buku Panduan Sehat untuk Remaja.pdf
MENCEGAH PERILAKU SEKS YANG TIDAK SEHAT PADA REMAJA.pdf
Mitos-Seks.pdf
Panduan Mencari Pasangan Hidup -Buku.pdf
Panduan Urutan Besar & Panjangkan Zakar.pdf
Pendidikan-seks-menurut-AlQuran.pdf
Pengajian & Islam
100 pesan nabi untuk wanita salihah.exe
76 Karakter Yahudi dalam Quran.pdf
Allah Dalam Aqidah Islamiyah - Al-Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna.pdf
Asas-asas Akhlak Dalam Harakah Islamiah.pdf
BEBERAPA rahsia di dalam A-Quran.PDF
Buku Saku Ruqyah.pdf
Dialog_antara_Raja_Iblis_dan_Nabi_Muhammad.pdf
Fiqh Dakwah dalam Al-Quran.pdf
Fuad bin Sayyid - Yahudi dalam informasi dan organisasi.pdf
Hadis daif dan palsu dalam ihya.pdf
Hijab & Pakaian Muslimah dalam Shalat .pdf
Ingin Dikayakakan Allah Dalam Segala Hal_ _Kaya Amanah Kaya Manfaat_.pdf
Islam dalam berbagai dimensi pemikiran dan sejarah.pdf
KEDUDUKAN JIHAD DALAM SYARI_AT ISLAM [Yazid bin Abdul Qadir .pdf
Kedudukan Wanita Dalam Islam.pdf
Keikhlasan dalam Telaah - Harun Yahya.pdf
Kekeliruan Yang Terdapat Dalam Kitab al-Barzanji.pdf
Kisah-Kisah Shahih Dalam Al-Qur_an & As-Sunnah.pdf
Kumpulan Doa Dalam Al-Quran dan Sunnah.pdf
PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM.pdf
Rintangan_Perjuangan_dalam_Kehidupan_Pendakwah - Fathi Yakan.pdf
Sistem masyarakat Islam dalam Al Quran dan Sunnah (Dr.Yusuf Qaradhawi).pdf
Syaikh Albany dalam kenangan.pdf
Syeikh Imam Usamah bin Ladin - Rambu-Rambu Dalam Perjuangan.pdf
Tafsir Ibnu Katsir Juz 1.pdf
Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu.pdf
Tuntunan Sholat.pdf
Umar Sulaiman Al Asyqor - Kisah Shahih dalam Al Quran & Sunnah.pdf
Utsman bin Affan.pdf
WALA_DAN BARA _ DALAM ISLAM.pdf
konsep muamalah dalam islam.pdf
posisi_imam_dan_makmum_dalam_shalat_berjamaah.pdf
wajibnya sholat berjamaah dimasjid.pdf
Biografi & Tokoh
Beberapa_Studi_Tentang_Islam syed qutb.pdf
Masa Depan Di Tangan Islam - Syed Qutb.pdf
Petunjuk Sepanjang Jalan_ Syed Qutb.pdf
Salah Faham Terhadap Islam - Syed Qutb...pdf
Fiksyen & Novel
Novel - Mahkota Cinta.pdf
Novel - Takbir Cinta Zahrana.pdf
Novel Ayat Ayat Cinta.pdf
Novel Fajar Agustanto - Bidadari untuk Ikhwan.pdf
Novel Ketika cinta bertasbih Episode 2 full bab 1-29.pdf
Novel Laskar Pelangi.pdf
Novel_Dalam_Mihrab_Cinta_Habiburrahman_el-shirazy.pdf
Novel_PUDARNYA_PESONA_CLEOPATRA_habiburrahman_el-shirazy.pdf
novel Andrea Hirata - Sang Pemimpi.pdf
dan banyak lagi ada......dalam versi bahasa inggeris lagi banyak yang anda boleh download...
Jumaat
Ciri-Ciri Pemimpin Yang Diredai
Published :
10:10 PTG
Author :
.
PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.
i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Langgan:
Catatan (Atom)