Jumaat

Lagu sempena Pilihanraya Di Bagan Pinang



Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak : 6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)

Latar Belakang Pendidikan

* Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat Communication), Universiti Putra Malaysia (UPM)

* Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM


Latar Belakang Politik Dalam PAS

* Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )

* Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)

* Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)

* Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)

* Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)

* Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)

* Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)

* Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)


Latar Belakang Kerjaya

* Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd

* Mantan Pengurus Kanan (Perniagaan) – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)

* Mantan Ketua Bahagian (Market Planning-C & B) – Telekom Malaysia

* Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor

* Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom

* Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa


Latar Belakang Organisasi NGO

* Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)

* Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan

* Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga)

* Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan

* Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)

* Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jele




Ahad

Fadhilat Dan Hikmah Korban




Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."