Selasa

Aku merenung ke luar tingkap....



Aku merenung ke luar tingkap. Hujan di luar seperti hujan di hatiku. Sedih, duka bercampur menjadi satu. Manik-manik jernih mulai turun membasahi pipi. " Mama..abah, maafkan akak," bisikku sendiri. Tragedi 13 tahun lalu, ku sematkan sebaik mungkin di dalam hati ini. Biarlah aku menanggung kesepian ini sendiri. Semua ini salahku..andai aku tidak memulakan episod itu, pasti ia takkan berlaku...

* * * * *

13 tahun yang lalu.. " Akak, mari makan sayang. Makanan dah siap ni. Kalau sudah sejuk, tak sedap pula," laung mama dari luar kamarku.





Sabtu

PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ketahuilah bahawa para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa mustahil Allah Taala diliputi oleh tempat dan arah kerana Maha suci Allah berada di mana-mana tempat. Inilah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan al ‘Asyari dan Imam Abu Mansor al Maturidi yang mana kedua-dua imam ini telah menerangkan akidah yang sebenar. Manakala dewasa ini akidah tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk pula telah dihidupkan semula serta disebarkan oleh satu golongan Wahabiah yang bertopengkan dengan nama Salafiah dan juga mereka yang sealiran dengannya.


DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT


1-Firman Allah Taala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maknanya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)